Tuesday, June 7, 2011

Teknik untuk berlari (semasa larian bahagian 1)



Sebelum ni aku ada buat entry pasal senaman sebelum larian…. Kalau badan dah panas dan semua otot dah diregangkan boleh la mula berlari… pada awal larian adalah digalakkan untuk bermula dengan perlahan… slow jog bak kata org putih… ada 2-3 sebab penyebab mengapa kita perlu bermula dengan perlahan… pertama, untuk menaikkan kadar degupan jantung dengan kadar perlahan bukan mendadak… kenaikan kadar degupan jantung secara mendadak amat merbahaya kerana boleh menyebabkan jantung kita tetiba jem… kedua, kita taknak la kat mula2 larian dah pancit, kehabisan tenaga sebab dengar jer bunyi tembakan dah lari macam kena kejar dengan hantu kak limah… ketiga, kalau kita masuk acara larian, diwaktu mula2 peserta dilepaskan… memang orang2 akan berkumpul2, yang tidak membolehkan kita berlari laju, kang terlanggar plak orang lain… bila dah jauh sikit, pelari akan mula berpecah, waktu nil lah kalau kita nak start laju dah boleh dah…
teknik kurang tepat

Kaedah yang terbaik semasa berlari adalah tidak menggunakan tumit semasa kaki mencecah tanah… ini adalah kerana kegunaan tumit macam brek… untuk berhenti… macam orang naik roller blade…. Kan breknye ada kat belakang… oleh itu sewaktu berlari, biar kawasan midsole (tengah tapak kaki hingga jari kaki) menyentuh tanah… kaki perlulah dihayunkan hingga ke punggung… kaki perlu dibengkokkan sedikit dan badan sedikit kehadapan seperti mahu jatuh… tangan dihayunkan untuk membina momentum larian… pandangan mata perlu difokuskan kehadapan… pernafasan pula, ditarik secara mendalam melalui hidung dan dilepaskan secara perlahan2 dengan mulut… ni semua adalah teknik larian yang dikenali sebagai TEKNIK POSE… dicipta oleh seorang professor rusia kalau tak salah aku… boleh check dalam internet kalau nak gambaran yang lebih jelas… aku sewaktu berlari seboleh2nya cuba untuk mengamalkan teknik ini… tetapi teknik ini memerlukan sedikit latihan untuk mahir… kaki juga perlu mempunyai kekuatan untuk mengekalkan teknik larian ini… kalau tak salah aku, kebanyakkan atlit2 ternama mengamalkan teknik larian ini…
teknik yang betul

Tetapi kalau kita berlari mendaki bukit, kena tukar sikit gaya lariannya… adalah dicadangkan hayunan/langkah  kaki dipendekkan tetapi digerakkan secara laju… terus pandang kehadapan keatas puncak bukit untuk focus objektif sampai ke puncak… kadar pengambilan oksigen perlu ditingkatkan dengan menarik dan melepaskan nafas melalui mulut… aku buat masa ni kalau larian berbukit… bukit yang pertama takde masalah… tapi kalau masuk bukit yang kedua mesti konfom kene berjalan kat puncak bukit… sewaktu menuruni bukit… ambil kesempatan untuk pick up kelajuan dengan membuka langkah panjang dan berlari mengikut tarikan gravity dan momentum… dengan cara ni kita boleh kejar balik lost time yang hilang sewaktu berlari perlahan mendaki bukit… idea tentang teknik berlari sewaktu mendaki bukit ini aku dapat dari seorang pelari otai Mr. YIM… mamat ni minat berlari pakai kain pelikat kalau event2 jarak dekat nih… dia yang kata lari dengan langkah yang pendek sewaktu mendaki bukit dapat membantu kita lari lebih lama…

Oleh kerana banyak lagi tips dan panduan yang nak aku kongsi… so aku akan buat entry ni dalam 2 bahagian… so, tamat bahagian pertama…

No comments: