Thursday, June 16, 2011

Teknik untuk berlari (bahagian ke-2)



Ini merupakan sambungan kepada entry aku sebelum ini (teknik untuk berlari bahagian 1)… semasa larian, adalah digalakkan untuk terus memandang kehadapan… jangan pandang kebawah kerana beberapa perkara… yang pertama, kita kena la tengok arah larian kita sebab kita kena perhatikan pelari2 yang lain dan juga keadaan trafik… biasanya semasa kejohanan larian aka ada marshall2 dan pihak polis yang membuat kawalan keselamatan dan trafik sewaktu kejohanan…. Tetapi ini tidak bermakna kita boleh berbuat sesuka hati sebab kalau kena langgar dengan kereta atau langgar antara sesama pelari… yang sakit kita jugak… yang kedua, bila kita pandang kehadapan, kita boleh focus kepada matlamat larian, ini dapat membantu kita untuk berlari dengan lebih baik…

Sewaktu berlari juga kita digalakkan untuk memberi perhatian kepada pernafasan dan juga bunyi hentakkan kaki… jika sewaktu berlari, pernafasan kita menjadi termengah2 maka kita digalakkan untuk memperlahankan larian… kerana ini adalah tanda kita kekurangan oksigen… jika kita meneruskan larian didalam keadaan ini adalah amat2 merbahaya… adalah lebih selamat untuk memperlahankan larian supaya pernafasan kita kembali normal daripada kita tiba2 jatuh pitam… perkara yang kedua yang perlu kita beri perhatian semasa berlari adalah bunyi hentakkan kaki… jika bunyi hentakkan terlalu kuat, ini bermakna impak yang ditanggung oleh kaki adalah besar… ini amat merbahaya untuk kesihatan kaki terutama bahagian sendi… cuba dapatkan transasi yang lancar antara kaki kanan dan kiri… sebab itu kita digalakkan untuk berlari dengan menggunakan midsole… ini ada terkandung didalam teknik POSE…

Juga untuk mengelakkan kaki dari terus menerus menerima impak yang kuat semasa berlari… adalah amat digalakkan jika berpeluang semasa larian untuk berlari pada permukaan yang lembut seperti atas tanah dan rumput… kebanyakkan acara larian berlangsung ikut route jalan raya… ini bermakna akan berlari diatas jalan bertar yang keras… jika terdapat kawasan berumput di bahu jalan… ambil peluang untuk berlari dikawasan ini untuk mengurangkan impak pada kaki…

Sebenarnya banyak lagi tip2 larian yang ada… korang boleh google it up… ni yang aku tulis ni adalah yang aku ingat dan aku selalu amalkan setiap kali aku berlari…

Sewaktu aku taip entry ni… aku tengah countdown untuk international event aku yang ke-2, iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM) yang mana aku akan berlari dalam kategori 10K… jarak larian terjauh aku… tinggal 9 hari lagi ke hari larian dan aku dah mula dengan rejim latihan aku… aku rasa gabra jugak nih sebab jumlah pelari yang dijangkakan akan berlari semasa SCKLM adalah 22000 orang (semua kategori)… ramai tuh… camne agaknye yea… apa2 pun akan aku ceritakan dengan lebih lanjut dalam race report aku selepas larian nanti… tunggu yea…

No comments: