Thursday, June 9, 2011

Race report #3 (Larian KTM Komuter 2011)


Butir2 acara:
Tempat mula & tamat: dihadapan ibupejabat KTMB kuala lumpur (bersebelahan masjid Negara)
Kategori: A, lelaki terbuka, 7km
Race kit: T-shirt logo larian, bib (A657)
Tarikh & masa: 23 april 2011
Ini merupakan larian yang ke-3 sepanjang penglibatan aku dalam acara larian dan larian yang ke-2 untuk 2011… pada mulanya acara larian ni tak termasuk dalam acara yang aku target nak masuk tahun ni dan secara kebetulan aku terserempak dengan acara ni semasa malayari internet… sebab dari mulanya aku dah plan untuk masuk acara larian sebulan sekali… so aku sertai acara ni untuk memenuhi jadual larian aku pada bulan april…
Larian ni adalah julung2 kali dianjurkan oleh pihak KTMB dengan kerjasama FTAAA… pihak KTMB juga pada hari yang sama akan melancarkan satu produk baru untuk KTM Komuter mereka dimana mereka akan menawarkan tiket komuter pada harga RM1 untuk semua pelanggan 100 pertama pada 1hb tiap2 bulan… mereka yang layak untuk mendapatkan tiket adalah terdiri dari golongan pelajar sekolah yang beruniform, OKU dan warga emas… harap2nya semua info yang aku bagi ni tentang produk ni betul… kalau salah mintak maaf la yea… untuk kepastian boleh check sendiri dengan pihak KTMB… hehheheee
Preparation yang aku buat untuk race ni sama lebih kurang macam persediaan aku menhadapi larian hari wilayah… route larian pun lebih kurang larian hari wilayah jugak… Cuma kali ni aku masuk sensorang je… aku naik moto, kuar dari rumah dalam kul 6.30pagi dan terus menuju ke stesen keretapi kuala lumpur… parking moto atas divider jalan kat depan stesen… aku sampai kul 7.00pagi… dah ramai peserta yang sampai… peserta kali ni nampaknya lebih ramai jika dibandingkan dengan acara larian hari wilayah kerana ada satu kontijen khas dari INTAN… ada pelbagai kategori yang dipertandingkan termasuk khas untuk kakitangan KTMB… tempat bermula adalah betul2 dihadapan ibupejabat KTMB… penganjur ada menaikkan beberapa khemah untuk pendaftaran peserta… selesai medaftar, aku pun mula buat stretching dan memanaskan badan…
pelepasan peserta

Kategori pertama yang dilepaskan adalah kategori A, terbuka lelaki… majlis pelepasan peserta dilakukan oleh Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, menteri wilayah persekutuan… sebaik sahaja peserta dilepaskan dari hadapan ibupejabat KTMB, kami terus membelok menaiki bukit kearah hospital Tang Ling… aku agak terkejut jugak la… sebab awal2 dah jumpa bukit… tapi larian kali ini aku labih bersedia dan nekad untuk tidak berjalan dikawasan bukit… aku hanya berjalan di puncak bukit yang kedua…
Sepanjang route larian… ada 2 water station… mula2 aku ingat ada air 100+… tapi rupanya dia org bagi jus epal… kira2 bole la, sebab bagi aku 100+ lebih sesuai untuk menghilangkan dahaga pelari… aku kira larian aku kali ni adalah lebih baik kerana aku kurang berjalan… kalau aku rasa pancit sangat, aku akan memperlahankan larian dan cuba untuk menenangkan fikiran… dengan cara ini aku rasa lebih rilek dan bertenaga semula…
Penghujung route larian ini adalah kawasan menurun bukit… so, aku ambil kesempatan dengan berlari pada bukaan langkah yang lebih panjang… aku melepasi garisan penamat pada masa 42minit… 5 minit lebih laju berbanding larian hari wilayah… tapi kali ni tiada medal penamat kerana jumlahnya terhad… aku Cuma dapat sijil penyertaan sahaja…
Selesai larian aku buat aktiviti warming down sambil berborak dengan sorang brader nih… dia ajak masuk jogathon RTM pada minggu depannya… tapi aku kata aku tak dapat nak ikut sebab aku masuk acara larian sebulan sekali jer… selepas selesai warming down, aku pun lepak2 sambil minum milo sejuk dengan jus apple F&N free… sambil tengok acara penyampaian hadiah, petunjukkan artis jemputan… antara yang paling best masa Ana Rafali menyanyi… bebudak dari INTAN siap berjoget sama tuh… memang meriah sungguh… aku tunggu gak jabutan bertuah… macam biasa la, takde tuah… pas abis semua acara aku pun balik…
t-shirt larian & sijil penyertaan

Secara keseluruhannya aku rasa acara ni, walaupun kecil tetapi telah Berjaya di anjurkan dengan baik sekali… aku dengar daripada beberapa pelari otai, depa kata acara2 kecil macam ni kenkadang lebih baik dari acara yang besar2… antara acara besar yang F**K UP adalah Energizer Night Race… korang boleh check kat internet kekecohannya… aku tak boleh buat perbandingan la sebab aku tak pernah masuk acara besar… tetapi next event aku adalah international race… mungkin masa tu baru aku dapat rasa kot macam mana lari dalam acara yang besar… ok until next entry adios…

No comments: