Tempat:
Desa Parkcity
Kategori:
Lelaki Senior 10km
Race
kit: Running vest, BIB (C642), timing chip, Goodies
Post-race:
Finisher medal, E-Cert
Tarikh
& masa : 27 November 2011, 7.10am
Ini merupakan race yang ke-8 untuk tahun
ni… kali ini race ni diadakan di desa parkcity, kuala lumpur… desa parkcity ni
merupakan salah satu kawasan kediaman yang baru dan agak elite… kawasannya
memang terjaga dan mempunyai banyak kawalan keselamatan… boleh dikatakan semua
pintu masuk ke kawasan ni mempunyai pintu berhalang yang dijaga oleh security…
Untuk race kali ni, aku akan berlari
sekali dengan ajat… oleh kerana aku bekerja, maka aku minta ajat pergi ambil
REP pada hari jumaat… disebabkan aku Cuma membekalkan resit pembayaran pendaftaran
sahaja, maka masa nak ambil REP jadi kelam kabut sedikit kerana tak tahu
kategori larian… sebenarnya aku dan ajat berlari dalam 2 kategori yang
berlainan… ajat kategori men’s junior dan aku men’s senior… hhuhhhuhu, dan rasa
macam tua sangat rasanya… nasib baik Race Director Mr. Lauterdaux membantu…
ajat kata berbelit lidah dia bercakap dengan Frenchman tu… Mr. Lauterdaux
(kalau tak salah ejaan aku) adalah antara mereka yang terkenal dalam dunia
marathon di Malaysia nih… dia dah menang banyak larian dan merupakan salah
seorang jurulatih marathon masa SCKLM… dia merupakan seorang rakyat perancis
yang bekerja di Malaysia… sewaktu mengambil REP, goodies bag terus diberi
sekali… maknanya selepas larian takde goodis bag la…
vest yang diberikan agak menarik jugak…
tapi aku tak berapa minat dengan BIB yang diberikan kerana jenis stiker…
masalah dengan BIB jenis ni adalah mudah tertanggal bila baju dah basah dengan
peluh… aku pernah gunakan BIB jenis ni semasa larian FUN RUN yang dianjurkan
oleh kilang tempat aku bekerja… boleh tengok race report#1… tapi aku rasa
penganjur memang dah tahu masalah BIB macam ni sebab itu dia orang bagi sekali
pin… kali ni aku akan berlari dengan running cap yang baru… running cap aku
yang lama macam berat sikit lebih2 lagi bila dah basah dek peluh dan tidak ada
pengudaraan yang cukup ke kepala aku yang membuat aku merasa panas dan tak
selesa… running cap baru aku lebih ringan dan diperbuat dari material yang
macam jarring yang membolehkan aliran udara yang lebih baik…
Sabtu malam ahad, ajat datang
bermalam kat rumah aku… kami plan sebelum kul 6 dah kuar rumah naik kereta…
jarak parkcity dengan rumah aku takdela jauh sangat, aku budget dalam 30min dah
boleh sampai… masa ajat ambil REP aku dah suruh dia rekon tempat nak parking
kereta… sebab kat parkcity ni takleh nak suka2 parking kete, nanti boleh kena
lock dan denda…
antupancing |
ajat & seluar Breath |
Kami sampai ke parkcity dalam kul
6.30am dan parking di sportcentre parkcity… dari tempat parking kami kena
berjalan lebih kurang 500m untuk sampai ke international school, tempat larian
akan dilepaskan.. semasa sampai di international school dah ramai peserta yang
sampai… kami mula buat senaman memanaskan badan dan regangan… sebelum pukul 7
ada sesi senamrobik dan sebelum pukul 7 peserta untuk kategori 5km diminta berkumpul
kerana mereka akan dilepaskan terlebih dahulu… tepat jam 7 pagi, peserta 5km
pun dilepaskan…
Sebaik selepas peserta 5km
dilepaskan, semua peserta 10km diminta berkumpul… seperti biasa, aku dengan
ajat berada dalam area pertengahan kelompok pelari… tengah sebok2 tengok2 org
kiri kanan, tetiba dengar bunyi hon, bermakna larian dah dilepaskan… selepas
2minit, aku dan ajat pun melintasi gerbang mula… bahagian pertama larian ni
akan ada banyak kawasan berbukit… organizer dah bagitau awal2… so, berlari la
aku naik turun bukit… aku berlari tanpa henti untuk 3km yang pertama, aku
berhenti pun sebab dah sampai water station yang pertama… malangnya, water
stationnya kecik sangat, sampai nak kena beratur ambil air… selepas water
station ni aku terus berlari dengan pace yang agak baik… kawalan trafik
sepanjang larian adalah baik, tapi macam biasala mesti ada pengguna jalan raya
yang lain yang marah2 dan tak puas hati kerana jalan terpaksa ditutup untuk
bagi ruang kepada runner…
menghampiri jarak 5km, yang mana ada
bukit (nak panggil gunung pun bleh kot) yang amat tinggi sejauh 600m… sewaktu
ni aku terpaksa membuat technical strategy, iaitu untuk power walk semasa
MENDAKI dan berlari semasa menuruni bukit… ini untuk mengelakkan aku daripada
keletihan dibahagian kedua larian… diatas bukit ada satu checkpoint mat yang
perlu dilintasi oleh semua pelari… aku rasa ada diantara runner yang tak
berlari melintasi checkpoint mat diatas bukit kerana ada runner yang ada result
penamat tapi takde result checkpoint… ngelat la tuh… semasa menuruni bukit aku
membuka langkah tetapi berhati2 supaya tidak mengenakan impact yang berlebihan
kepada lutut… sewaktu menuruni bukit aku berselisih dengan ajat di pertengahan
bukit… aku menjerit memberi kata2 semangat kat dia…
Selepas dari bukit ni… keadaan trek
adalah menurun bukit dan jalan yang rata… pace larian aku masih lagi baik…
keadaan di water station 2 adalah juga lebih baik… aku berhenti minum dan
mengambil sepeket GU gel… bila dah menghampiri KM yang terakhir, aku
dikecewakan kerana terpaksa membuat U-turn baru dapat melintasi garisan
penamat… aku tamatkan larian dengan langkah yang panjang dan larian yang laju…
cuba untuk memperbaiki rekod larian 10km… waktu rasmi aku semasa melintasi
garisan penamat adalah 1jam 11min… YES!!!, ini adalah PB aku, Berjaya memintas
masa larian aku sewaktu SCKLM…
Sebaik sahaja melintasi garisan
penamat, aku diberikan medal penamat… larian kali ini penganjur menggunakan
E-Certificate, ini bermakna sijil larian boleh di muat turun dari internet
selepas larian berserta nama dan masa larian dicatat atas sijil… so, takdela
terima sijil kosong lepas larian… oleh kerana larian kali ni aku tak bawa
bersama2 air, maka lepas abis larian aku memang dahaga gile… aku masuk ke dalam
kawasan sekolah untuk mencari air… aku dapati ada satu line yang amat panjang
untuk mengambil cereal breakfast dan minuman Gatorade… oleh kerana aku ni
memang tak minat nak beratur lama2, maka aku ambil keputusan untuk warming down
dahulu sambil menunggu ajat menamatkan lariannya…
barangan dari parkcity |
medal penamat |
Setelah beberapa kali aku mundar
mandir kat kawasan penamat tu, tetiba aku Nampak ajat keluar dari kawasan
sekolah dengan membawa cereal breakfast dan secawan Gatorade… rupanya dia sampai
tak lama lepas aku sampai… masa dia 1jam 16min… lepas dia sampai, dia terus
beratur ambil ceral breakfast dengan air Gatorade… kemudian kami beredar ke
kawasan parking kereta di parkcity sportcentre… di kawasan parking aku buat
stretching dan minum 100+ yang bawa dari rumah…
Tak lama lepas tu kami pun gerak
balik… tapi sbelum tu singgah dulu kat kedai mamak untuk sarapan pagi dan beli
sarapan untuk orang2 kat rumah…
No comments:
Post a Comment