Dah nak masuk separuh bulan januari baru dapat nak post race report larian terakhir aku 2011... maaflah yea.... sibuk sikit dan internet pun buat hal
Tempat:
Bukit Kiara Equestrian Resort
Kategori:
Lelaki Terbuka 12km
Race
kit: Running T-shirt, BIB (A0299), timing chip
Post-race:
Finisher medal, E-Cert, Goodies bag
Tarikh
& masa : 18 December 2011, 7.10am
Acara
penutup dan penamat untuk aktiviti larian tahun 2011. Larian tahunan yang
dianjurkan oleh Malakoff seperti biasa diadakan di Bukit Kiara. Pemula dan
penamat larian adalah di dalam kawasan Bukit Kiara Equestrian Resort. Larian
yang sama juga dianjurkan oleh Malakoff di pulau pinang. Selepas mengharungi
larian berbukit semasa Parkcity run, aku Berjaya sekali lagi menterjebakkan
diri aku dalam larian yang berbukit… yang pasti aku akan menempuhi beberapa
bukit dalam larian kali ini… aku tahu ada beberapa runner yang mengelakkan diri
dari menyertai larian ini kerana tidak sanggup mengharungi litar yang berbukit
bukau…. Hahahaaa, padan muka aku…
REP
collection dibuat di Athlete Circle di Jaya One, PJ… nak cari Jaya one tu
senang je… tapi nak cari Athlete Circle kat dalam Jaya One tu berbelit jugak
la… aku kira2 adela dalam 30min aku berlegar2 dalam kawasan Jaya One tu mencari
Athlete Circle… aku perasan dalam masa yang sama ada orang lain gak mencari2
AC… tapi aku buat bodo jer… sebab kalau dia org tanya aku, buka aku tahu pun…
pintu masuk ke AC pun tak berapa strategic… menghala ke kawasan parking… lepas
amik REP, aku berlegar2 tengok barang dalam AC… tapi reganya boleh tahan la….
So, tengok je la…. Belinya jangan harap… sekali lagi aku dapat running t-shirt
berwarna hijau… banyak betul running tee dengan vest warna hijua tahun ni,
pakat apa….
gerbang mula dan tamat... jam 6.30pagi |
Pada
hari kejohanan aku bangkit kul 4 pagi… lepas bersiap, dengan berbekalkan 2 pek
GU gel dan sebotol air 100+ (yang diisi dalam botol NIKE)…. Aku pun kuar rumah
dalam kul 5 pagi… aku kuar awal sebab nak try cari parking dekat2 bukit kiara
equestrian… kalau tak aku kena parking kat desa sri hartamas dan naik bas ke
bukit kiara equestrian… setibanya di kawasan bukit kiara, aku tengok ramai yang
parking kat tepi jalan menghala ke pusat sains Negara… aku pun selit la kereta
aku kat tepi jalan… lepas parking aku berjalan masuk ke dalam kawasan bukit
kiara equestrian dan mencari surau untuk solat subuh… selepas solat, aku
mempersiapkan diri dengan mengikat kasut, timing cip dan memakan sepeket GU
gel… rasa macam nak muntah lak makan GU gel pepagi cam ni… lapas tu aku mula
buat stretching… lepas stretching aku pusing kat kawasan mula sambil2 tengok
orang… sebenarnya kau mencari 2 orang kawan dari opis aku yang kata nak masuk
acara larian ni… tapi tak Nampak pun batang hidung….
Menghampiri
jam 7 pagi semua peserta 12km wanita mula berkumpul kerana mereka akan
dilepaskan dahulu… dan pada jam 7.10pagi peserta lelaki 12km dilepaskan pula…
aku berlari pada pace yang agak baik pada permulaan ini… keluar sahaja dari
kawasan equestrian, terus jumpa bukit yang pertama… bukit yang pertama dan
kedua aku dapat berlari dengan GAGAHnya… masuk bukit yang ke-3, aku Cuma mampu
berlari sehingga separuh bukit…. Pastu berjalan sehingga ke puncak bukit, bila
turun bukit baru aku mula berlari semula… sewaktu aku nak mula berlari baru la
aku diberitahu yang untuk melengkapkan 12km, aku kena buat 2 pusingan di
kawasan bukit damansara…. Bermakna aku akan tempuh 2kali setiap bukit…. PEHHHHH
seksa… semasa min ke-26 peserta paling depan (orang Kenya rasanya) dah overlap
aku, masa tu aku belum masuk lap yang ke-2 lagi…. Laju betul dia lari… masa
sampai ke water station yang pertama aku tak berhenti pun sebab ramai sangat
orang dan kena beratur untuk dapatkan air… nasib baik aku bawa botol air
sendiri…. Water station yang kedua aku berhenti untuk ambil sepeket GU gel…
Bahagian
terakhir larian adalah sedikit mudah kerana menuruni bukit… aku bukak langkah
panjang sebab nak kejar balik masa berjalan aku semasa mendaki bukit… turun
dari bukit terus masuk kekawasan equestrian… aku menamatkan larian dengan masa
yang agak baik… 1jam 26min… sebaik sahaja melintasi garisan penamat, aku terus
menuju ke gerai Gatorade dengan sarapan nestle… tapi ramai sangat pulak yang
beraturnya… so, aku terus ke tempat tempat untuk claim medal dan goodies bag…
lepas tu boleh ambil sarapan, tapi macam biasa beratur panjang… aku lepas lari
memang takde selera sangat, so aku skip ambil sarapan dan lepak kat tepi padang
polo sambil minum 100+ yang aku bawa dan buat stretching down… sambil2 tu
tengok orang2 main kuda… best gak kalau dapat naik kuda nih…
selesai sudah |
Selepas
penat aku hilang… aku pergi balik untuk dapatkan sarapan nestle cereal dengn
Gatorade… masa ni orang dah tak ramai beratur… selesai sarapan aku pun gerak
balik… walaupun masa yang aku catatkan adalah baik, tetapi overall standing aku
tak berapa ok… aku berada pada kedudukan yang ke-646 daripada 922 pelari dalam
kategori aku… aku rasa event kali ni banyak fast runner yang masuk… ok, itulah event
penutup 2011… entry selepas ni aku akan buat kesimpulan untuk semua aktiviti
larian setahun aku…
running t-shirt dan medal |
medal front view |
medal rear view |
BIB no antupancing |
No comments:
Post a Comment