Goodbye |
2011 merupakan tahun yang bermakna
buat aku… banyak perkara2 penting yang berlaku pada tahun 2011… antaranya, aku
dah kurangkan aktiviti memancing… aku mula menyertai kejohanan larian… blog
antupancing dah aktif semula, dari blog memancing menjadi blog pelari…. Aku dah
settling down sebagai seorang trainer di tempat kerja aku… aku travel sampai ke
hujung dunia (tangjung langsat) untuk menghadiri temuguda…. Hahahaaa…
Yang paling aku nak imbas kembali
adalah aktiviti larian aku… pada bulan mac aku mula bertanding dalam kejohanan
larian dan kejohanan sulung aku adalah Larian Hari Wilayah Menjana
Transformasi… sejak dari itu, setiap bulan aku menyertai kejohanan larian…
acara yang paling unik aku sertai sepanjang 2011 adalah KL Tower Towerthon…
pengalaman memanjat KL Tower pada waktu malam adalah amat menarik sekali… acara
terbesar yang aku sertai adalah SCKLM 2011… berlari 10k bersama2 10000 pelari
yang lain di tengah2 kuala lumpur… jarak terjauh dalam acara larian adalah
sewaktu Men’s Health Night Run 2011, 12.3km (atau 13km mengikut data h/set
aku)… Men’s Health merupakan larian malam aku yang pertama dan juga larian yang
memberikan goodies bag yang terbaik iaitu pelbagai barangan yang bernilai lebih
kurang rm300… Putrajaya pula adalah tempat yang paling jauh aku pergi untuk
menyertai acara larian… acara yang paling fun aku sertai adalah larian KTM
Komuter… walaupun tak mendapat apa2 pingat tetapi penganjur dapat menganjurkan
temasya yang agak hebat… jumlah keseluruhan pingat penamat yang aku dapat
collect sepanjang 2011 adalah 7 butir… this is my treasure… and I love it..
Aktiviti larian juga telah
memperkenal aku kepada beberapa perkara yang sebelum ni aku tak pernah tahu…
aku mula memerhatikan kasut yang orang pakai dan pakaian yang orang pakai
sewaktu larian terutama sewaktu sesi latihan aku di taman tasik titiwangsa dan
metropolitan… kerana jenis kasut dan pakaian memberikan idea tahap
kecenderungan seseorang terhadap aktiviti larian… lokasi2 utama aktiviti larian
termasuk Dataran Merdeka, Padang Merbuk dan Putrajaya… website2 seperti
PENONTON, HOOHA, MYRACEONLINE, THEMARATHONSHOP dan KLMARATHON adalah website2
yang wajib dilayari setiap kali melayari internet… tak ketinggalan setiap kali
melewati kedai2 sukan, mesti singgah punya… jenama2 seperti ADIDAS, NIKE,
BROOKS, NEWTON, MIZUNO, DIADORA, POWER, COMPRESSION, 2XU, GU, POWERBAR, DRYFIT,
HYDRATION BELT menjadi pujaan hati…
Secara keseluruhannya aku amat2
berpuas hati dan enjoy dengan aktiviti larian aku sepanjang 2011…
Welcome |
Sekarang dah masuk 2012… harapan aku
untuk tahun ni adalah… untuk terus kekal aktif dalam aktiviti larian… aku plan
tahun ni aku mesti lari dalam acara 21k @ HM… aku target untuk lari HM sewaktu
SCKLM 2012 yang mana pendaftarannya akan dibuka dihujung bulan jan ’12… aku nak
daftar awal supaya dapat early bird fee, murah sikit… tahun ni juga aku nak
tarik kengkawan aku supaya join aktiviti larian… dan buat masa ni dah ada 2-3
orang yang mula termakan racun aku… hahahaaa…. 2012 juga kau mulakan dengan
menyertai acara MPIB run 2012 sejauh 12k…. race reportnya akan menyusul
kemudian… semoga maju jaya tahun ni… adios…
GO… GO…. GO…. ANTUPANCING
Long Distance Runner (LDR)
No comments:
Post a Comment