Saturday, February 25, 2012

Trip Kenyir (Trip Tengas 2012)



            AKHIRNYA…. AKHIRNYA… tercapai juga hajat aku nak memancing kat tasik buatan terbesar kat m’sia ni… sebelum ni aku ada pernah buat satu entry pasal nak pergi memancing kat tasik kenyir tapi tak kesampaian… segala2nya bermula bergini…
            Aku menerima satu sms dari kawan baik aku yang berkerja kat Melaka kira2 2 minggu sebelum cuti tahun baru cina tempoh hari… bertanyakan apa aktiviti aku semasa cuti tahun baru cina nanti memandangkan cuti tahun baru cina tahun ni agak panjang… 4 hari sebab bersambung dengan cuti hujung minggu… bermula dari hari sabtu hingga hari selasa… aku mula dah agak mesti acai nak ajak aku pergi memancing… mula2 aku agak gi memancing kat kolam2 area kl ni jer… memandangkan aku memang takde plan nak pergi mana2 waktu cuti tu… so, aku memang free la…
            Tak lama lepas tu acai terus call aku… dia kata adik ipar dia, farid, ada plan untuk buat satu trip memancing ke tasik kenyir pada cuti tahun baru cina nanti… bertolak dari kl malam jumaat, masuk kenyir pagi  sabtu dan keluar pagi selasa… 4hari 3malam… setelah aku confomkan dengan betty maka aku bagitau acai aku ON…
            Sepanjang 2 minggu sebelum tarikh trip, aku pun buat la persediaan  yang sepatutnya seperti menyediakan peralatan perkhemahan dan melengkapkan peralatan memancing… aku juga ada membeli beberapa gewang baru jenama rapala dan beberapa jenis gewang sudu… aku sebenarnya tak tahu jenis pancingan apa yang aku akan buat kat kenyir nanti… sebagai persediaan aku beli la semua yang patut
            Trip aku bermula pada hari jumaat 20 Feb 2012… acai bergerak dari Melaka lepas kerja terus pergi ambil farid di kajang… pastu terus amik aku kat Gombak… acai sampai kat rumah aku dalam kul 12 tgh/malam… lepas loading barang aku dalam kereta acai yang memang dah sedia sarat dengan barang lain… kami pun bertolak dengan kereta Honda acai dlm kul 1pagi… miza yang belum tido waktu tu melambai2 menghantar aku pergi…
            Aku jangkakan jalan akan jem pepagi ni di sebabkan cuti panjang sebab ramai nak balik ke pantai timur… tapi jalan lengang plak… tak tahu la kape… perjalanan sepanjang Lebuhraya Pantai Timur lancar… kami berhenti rehat di hentian termerloh untuk re-group dengan geng2 yang lain… semua ada 2 kereta dalam konvoi kami seramai 7 orang… kami keluar highway di jabor dan terus menuju ke kuala berang…
            Sampai ke kuala berang pada waktu subuh… farid buat arrangement untuk berjumpa dengan ketua guide kami kunai dan terus sarapan bersama… waktu ni makin banyak kereta2 telah mula memenuhi Bandar kuala berang… aku yakin kesemuanya pemancing yang nak masuk ke kenyir dari gaya masing2… sesudah bersarapan dan membeli sedikit lagi bahan2 yang diperlukan… kami bergerak ke pintu masuk empangan, jeti jenagor… untuk pengetahun korang tasik kenyir ada 2 jeti yang selalu digunakan untuk masuk ke tasik kenyir… iaitu jeti jenagor dan jeti gawi… jeti jenagor lebih dekat dengan pintu empangan manakala jeti gawi lebh jauh…
di pintu masuk empangan... tgh tunggu kunai
air empangan overflow

            Kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir yang bergerak dari jeti kerana member ruang kepada Boat House yang lebih besar mengambil penumpang… kami hanya menggunakan 3 buah bot fiber untuk ke lokasi pancingan kami… sewaktu menunggu ini juga kami berpeluang berjumpa dengan dato’ asri… tuan punya bot… dato’ dulu ada boat house tapi dah karam, sebab tu kami naik bot fiber jer… kalau naik bot house tak perlu berkemah… tidor atas bot je…
jeti jenagaor... yg besar2 tu house bot

            Walaupun kami adalah kumpulan terakhir bertolak, tetapi kami adalh kumpulan pertama yang sampai ke destinasi kerana bot fiber lebih laju… perjalanan dengan bot fiber yang sarat dengan kelengkapan memakan masa 2 jam… jika dengan boat house ambil masa 4 jam… kami berhenti seketika di pejabat renjer untuk buat pendaftaran masuk ke taman Negara.
            Setelah sampai ke lokasi, kami membersihkan kawasan perkhemahan dan mendirikan khemah. Semuanya selesai dalam lebih kurang jam 4 ptg… tanpa membuang masa aktiviti memancing dimulakan… tangkapan pertama kumpulan kami adalah kelah bersaiz sedang… selepas itu ikan tengas mula memakan umpan… umpan yang digunakan adalah sawit peram… ikan tengas yang pertama aku juga dapat pada petang itu… memancing dibelakang bot yang berlabuh ditebing sungai… aku tak ingat berapa jumlah semuanya yang aku Berjaya daratkan pada petang itu, tetapi semuanya ikan tengas… ikan mula berhenti makan bila senja menjelang tiba…
            Selepas makan malam yang dimasak oleh kunai… sesi pancingan malam pun bermula… umpan sawit yang dilabuhkan tak mendapat sambutan… Cuma baung je yang memakan umpan cacing, tapi itu pun tak banyak… aku masuk tido awal kerana kepenatan… sorry la takde gambar yang aku ambil sewaktu sesi ni sebab h/phone dah simpan dalam bekas water proof, lagipun  kat kawasan ni takde coverage… nak bawak kamera takut tajuh dalam air…
            Keesokkan paginya aku bangun awal… jam 5.30 pagi aku dah bangun… itu pun sebab kunai pasang mercun dan bising2 sebab kawasan perkhemahan gelap… mercun dipasang untuk menakutkan binatang buas yangberdekatan… kami tak dapat nak idupkan unggun api sebab kayu basah dek hujan sebelah petang semalam… hari ni pancingan kami beralih ke kawasan jeram di hulu sungai… kami terpaksa trekking untuk sampai ke lokasi berkenaan… memang mencabar, berjalan didalam hutan sambil membawa set memancing…
            Lokasi memang cantik dan menarik… ada air terjun lagi… kami memancing sehingga petang di sini… hasilnya memang banyak… boleh buat makan t/hari dan lebihnya bawak balik ke kem site… ikan tengas segar yang dibakar memang sedap sekali… sebelah petang kami balik semula ke kem site… ikan yang Berjaya dipancing terus dibuang perut dan disimpan dalam coleman yang penuh dengan ais… sebelah petang aku dan acai bersama sorang guide keluar untuk mencuba nasib pancingan casting… walaupun waktu ni bukanlah masa terbaik untuk pancingan casting… waktu terbaik pancingan casting adalah awal musim hujan untuk menduga sebarau dan ketika musim panas untuk menduga toman… sesi casting tak bertahan lama kerana hujan mula turun dah kami terpaksa balik semula ke kem site… sebelah malam aku tak join aktiviti memancing baung… aku masuk tido awal… seperti biasa….
            Esok paginya aku bangun lewat sikit… kul 7.00pagi… keletihan seharian memancing semalam… hari ni kami tak mahu pergi memancing jauh2… tak jauh dari kem site ada satu lubuk… kami parking bot di pinggir lubuk dan memancing dari situ… pancingan di lubuk ni hasilnya juga amat2 memberasangkan… Cuma aku jer yang tak berapa bernasib baik… bila nak masuk ke petang… kami pulang ke kem site… aku meneruskan pancingan dari tebing kem site, dari situ aku Berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan tengas bersaiz sedang… sebelah lewat petang aku dah stop mancing… dah puas dah, aku mandi sungai plak… sejuk dan jernih betul airnya… malam seperti biasa, pancingan baung… malam ni baung makan lebih galak… aku tak minat nak mancing baung sebab pakai umpan busuk, umpan tapa, so, tengok je la dari tepi… seperti biasa… masuk tido awal…
            Hari terakhir kami di kenyir… semua bangun awal… terus berkemas dan bersihkan tapak perkhemahan… sebelum pukul 10pagi… kami dah bertolak keluar semula ke jeti jenagor… perjalanan balik lebih laju sebab peralatan balik kurang dengan peralatan yang dibawa masuk… terutama dari segi bekalan makanan dan minuman… kami sampai ke jeti sebeluk pukul 12… dah kami adalah kumpulan pertama yang sampai pada pagi itu… setelah memunggah barang keluar dan berjumpa dengan dato’, bersalam-salaman dengan guide… kami pun bertolak balik semula ke kl
hasil tangkapan

geng komplot... antupancing dan acai

ni yg bersaiz gadang

            Dalam perjalanan balik kami singgah beli kopok lekor… lewat petang kami sampai ke Gombak… sebelum berpisah kami bahagikan dulu hasil tangkapan… aku dapatla seplastik penuh ikan pelbagai saiz… ikan tu aku grill je, makan cicah dengan kicap campur cili padi potong… pehhh sedap giler…

Sunday, February 19, 2012

Mari Bercuti (Hotel BERJAYA Times Square)



            Seperti yang aku pernah sebut dalam race report sebelum ni… betty telah menang Most Caring Employee 2011 kat tempat dia bekerja… hadiahnya adalah penginapan 3hari 2malam di Hotel BERJAYA Times Square yang terletak di kawasan bukit bintang… hotel ni adalah salah satu hotel yang famous kat area kl kerana lokasinya yang amat2 stategik (area bukit bintang) dan bersambung dengan hotel ini adalah pusat membeli belah BERJAYA Times Square.
            Aku telah mencadangkan supaya kami tebus baucer penginapan tersebut pada bulan januari… 7 ~ 9 januari 2012… antara sebab mengapa aku cadangkan tarikh tersebut… pertama duit bonus aku masih ada lagi, so boleh la nak shopping sikit… kedua, pada 8 januari aku ada acara larian MPIB run 12k 2012 di padang merbuk, sementara aku pergi berlari, bolehla betty dengan miza berehat2 di hotel…
            Hotel BERJAYA ni taklah asing sangat pada aku… department aku dulu dah 2 kali buat re-treat kat sini… Cuma masa tu aku tak dapat nak menikmati sepenuhnya pengalaman menginap kat hotel ni memandangkan banyak aktiviti dibuat dalam dewan…
            Percutian kami bermula pada 7 januari 2012, hari sabtu… selepas bersarapan dan berkemas (termasuk mengemas peralatan larian aku)… kami pun bertolak ke hotel… perjalanan Cuma memakan masa 30min sahaja… hotel ni taklah jauh sangat dari rumah aku, sekejap je dah sampai kalau jalan tak jem… jalan jem sikit kat depan hotel… biasala jalan imbi, jem je memanjang…
            Bilik yang kami dapat besar jugak… studio suite… selepas check-in kami bermalas2 dalam bilik hotel sambil tengok tv… pemandangan keluar tingkap hotel boleh Nampak tapak bekas penjara pudu dan IPK KL… dalam pukul 3, aku turun ke BERJAYA times square untuk carik makanan untuk lunch dan beli tiket wayang untuk malam ni… suasana dalam kompleks BERJAYA adalah penuh dengan suasana perayaan tahun baru cina dan seperti biasa para pengunjung memang ramai dan padat…
tarian naga

            Pada sebelah petang aku dengan miza mengabiskan masa dengan mandi dan bersantai di swimming pool hotel yang amat besar… lebih kurang jam 6.30 aku dan miza naik semula ke bilik hotel kerana aku kena bersiap untuk special dinner reservation buat aku dan betty… jam 7.30mlm aku dan betty turun ke Big Apple Restaurant untuk dinner kami berdua… miza duduk sensorang dalam bilik hotel sambil tengok tv…
            Suasana didalam restaurant memang amat2 tenang… Cuma ada aku dan betty sahaja… layanan  yang diberikan adalah amat2 ekseklusif… kami duduk disebelah tingkap sambil menikmati pemandangan kl yang mulai bertukar dari suasana senja masuk ke suasana malam… menurut pelayan kami, restoran ni amat penuh untuk makan tengah hari… tetapi untuk makan malam memang tak ramai pengunjung… aku telah memesan lamb rack untuk aku, sirloin beef steak untuk betty dan ceasar salad… jujur aku katakan… makanan yang disediakan amat2 sedap sekali… memang quality Top Chef… sampai licin la lamb tu aku ratah… rasa macam nak order lagi jer… Selepas selesai dinner… aku dan betty pergi ke kompleks BERJAYA untuk beli dinner untuk miza pula… 
antupancing nak makan
teman ku...

            Acara seterusnya adalah menonton wayang… aku dah tak ingat cerita apa yang kami tengok sebab tak best sangat… takde banyak pilihan cerita buat masa ni… tengok saja la… kalau tak, takde lak aktiviti malam ni… Cuma disebabkan kompleks Berjaya ni besar sangat… kami bertiga melilau mencari panggung wayangnya… turun naik eskeleter… lepas abis tengok wayang memang dah lewat… kami terus balik ke bilik hotel, tapi sebelum tu sempat jugak singgah kat 7-eleven kat lobi hotel beli magi segera untuk santapan lewat malam… sampai je bilik aku terus tido sebab esok pagi nak bangun awal…
            Hari kedua percutian, hari ahad… Jam 4.30pagi aku dah bangkit balik… betty dengan miza masih tido lagi… tak tahu la pukul brapa lak dia org tido… lepas bersiap aku terus gerak ke padang merbok… oleh kerana masih awal lagi suasana kat hotel masih lengang lagi… untuk cerita lanjut event MPIB run 2012… boleh rujuk race report yang aku dah post sebelum ni… aku balik semula ke hotel dalam jam 11pagi…
            Lepas sampai ke bilik… miza masih tido lagi… aku pergi ke plaza imbi untuk belikan sarapan betty dan miza… kat situ ada kedai mamak… kalau nak makan sarapan kat hotel… memang melampau la mahalnya… lepas beli sarapan aku terus turun ke swimming pool… aku berenang seround 2 dan melepak kat tepi pool rehatkan badan… pastu baru aku naik ke bilik untuk mandi dan tido…
            Lepas bangun dari tido baru rasa segar semula badan… aku ajak miza untuk gi jalan2 dalam komplek BERJAYA times squares dan makan tengah hari sekali… betty tak nak ikut dia nak lepak2 dalam bilik sahaja… aku dengan miza pusing2 dalam komplek, gi tengok orang main bowling… kami tak masuk amusement park sebab aku rasa rugi masuk dah petang… kalau nak untung masuk dari pagi sebab bayarannya adalah per-entry… lepas penat berjalan2… aku dengan miza menghabiskan waktu petang kami dengan berenang2 dan lepak2 di kawasan swimming pool…
            Sebelah malam pula kami sekeluarga keluar dinner kat Kenny Rogers… lepas makan jalan2 lagi sambil shopping sikit2… kami beli eksesori h/phone… betty tambah bling2 kat h/set dia… kami juga singgah kat GnC… aku beli makanan tambahan baru… Optimum Nutrition Serious Mass dan juga beberapa jenis vitamin… lepas penat pusing… kami balik dan lepak kat bilik semula… apa yang bagus kat hotel BERJAYA ni… malam2 ada orang house keeping datang Tanya ada apa2 barang yang kita perlukan, macam uncang teh atau kopi… mintak je, dia orang boleh bagi…
            Hari isnin… Hari terakhir percutian kami… takde apa2 yang kami buat, lepas bersarapan (beli kat kedai mamak lagi) kami pun check-out dan balik ke rumah… best jugak bercuti kat hotel BERJAYA ni… lepak sungguh kami… antara yang best adalah masa makam malam kat restoran Big Apple… lamb rack memang marvelos sekali… boleh repeat nih… swimming pool pun best gak sebab saiznya besar… Cuma gym jer aku tak sempat nak singgah… ok, sehingga percutian yang akan datang…

Saturday, February 11, 2012

Race Report #11 (MPIB Run 12k 2012)



Tempat: Padang Merbuk, Kuala Lumpur
Kategori: Lelaki Terbuka 12km
Race kit: Running T-shirt, BIB (A0769), timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal, E-Cert, Goodies bag
Tarikh & masa : 8 Januari 2012, 7.10am
            Acara pembuka 2012… tetapi ni bukan acara larian pertama 2012… terdapat acara lain yang dianjurkan lebih awal iaitu pada 1 jan 2012 seperti Newton New Year Run yang berlansung di Puchong kalau tak salah aku… aku memilih acara ni atas2 sebab2 kosnya yang lebih murah dan lokasi yang lebih dekat… ada satu lagi acara pada bulan januari ni iaitu MIZUNO Wave Run 10k yang berlangsung di UPM, Serdang… yang ni masalahnya adalah lokasi yang agak jauh…
            Ni adalah julung2 kali Multi Purpose Insurance Berhad menganjurkan larian… REP collection dibuat di banggunan OCM… REP mengandungi running t-shirt, BIB, timing chip dan goodies bag. Persediaan yang aku buat adalah standard Cuma kali ni aku tak bertolak dari rumah tetapi dari Berjaya Times Square Hotel… jeng jeng jeng… ini adalah kerana Betty telah menang Most Caring Employee di tempat kerjanya dan hadiahnya adalah penginapan 3hari 2malam di Berjaya Times Square Hotel… mungkin aku akan menulis satu entry khas mengenai percutian kami di Berjaya Times Square Hotel kemudian… ini bukanlah pertama kali aku menginap di Hotel Berjaya… sebelum ni dah 2 kali sebab company aku suka buat re-treat kat hotel ni
            Aku bertolak keluar dari Hotel Berjaya dalam jam 5.30pagi… jalan memang lengang giler… aku memandu perlahan2 sebab aku tak berapa biasa dengan jalan2 kat area bukit bintang… dalam pukul 6 aku pun sampai ke area padang merbuk… aku parking depan bank rakyat dan berjalan kaki ke kawasan mula…
kat kawasan mula
            Pasa waktu ni, ramai peserta dah mula berkumpul kat area parking padang merbuk… aku ambil kesempatan untuk pergi buang air kecil dulu sebelum orang menjadi ramai… selepas selesai buang hajat, aku mula buat aktiviti warming-up… selepas warming-up aku ambil dahulu sepeket GU gel… rasa nak muntah plak makan GU gel pagi2 buta nih…
            Acara larian akan dimulakan dengan pelepasan peserta wanita 10k dahulu diikuti dengan peserta 10k lelaki dan seterusnya… sewaktu pengumuman meminta semua peserta 10k wanita menuju ke kawasan mula aku masih lagi berada di kawasan parking padang merbuk… malas aku nak bersesak2 kat kawasan mula tu… kawasan mula dan tamat tidak berada pada tempat yang sama… ini membuatkan ada beberapa peserta yang menjadi konfius kerana menunggu bermulanya acara dikawasan penamat…
starting line-up men's 10k
            Tepat jam 7pagi, peserta wanita 10k pun dilepaskan… sejurus selepas itu semua peserta lelaki 10k mula berkumpul… seperti biasa aku berada dalam kelompok tengah… tepat jam 7.10pagi, peserta lelaki pula dilepaskan… larian dimulakan dengan berlari merentasi bukit yang rendah… aku Berjaya maintain pace yang agak baik sepanjang larian… larian aku kali ini aku menggunakan seluar general compression jenama Breath yang baru dibeli… juga hydration belt jenama ultimate direction, juga baru dibeli… masa larian, peta dan pace di monitor dengan menggunakan Runstar dalam h/phone Samsung galaxy Y, juga bru dibeli… biasalah, bonus dah masuk itu hari… banyakla barang baru boleh beli… eh, sebelum lupa, kasut pun baru, jenama DIADORA yang dibeli semasa sale MIZI sport centre… oleh kerana aku pakai seluar general compression, aku berasa amat2 selesa sepanjang larian kerana otot2 kaki tak terasa cepat panas dan oleh kerana aku tak perlu berlari sambil memegang botol air… rentak larian aku adalah lebih baik… Cuma aku perlu biasakan diri berlari dengan hydration belt di pinggang… Cuma masalah yang timbul adalah kurang tempat untuk menyimpan barang seperti IC dan kunci kereta kerana poket yang ada kat hydration belt terlalu kecil dan seluar breath tak ada poket langsung… (perkara pasal seluar breath takde poket langsung aku dah suarakan kat laman facebook Breath)… sebab dah ada hydration belt sendiri, maka aku ambil keputusan untuk skip water station yang pertama kerana terlalu crowded… aku Cuma berhenti pada water station yang ke-2 dan ke-3 untuk minum air dan ambil GU gel…
            Kawasan larian kali ini adalah sekitar bukit tunku… memang turun naik bukit la… berbeza dengan larian lain kat kawasan KL yang aku masuk yang mana banyak berlari kat kawasan rata seperti lebuhraya mahameru…. Larian kali ni aku tamatkan dengan masa 1jam 28min… lewat 2minit jika nak dibandingkan dengan larian MALAKOFF hujung tahun lepas…
alamak... gambar terbalik la plak... tak tahu camne nak adjust...
            Seperti biasa selepas larian, aku berpusing kat kawasan penamat sambil singah kat gerai2 yang ada seperti gerai 100+, nestle dan roti high 5… lepas buat warming down aku lepak kat tepi padang merbuk dan tengok persembahan band dari sekolah viktoria… aku pernah bersekolah kat sekolah viktoria, tapi tak lama, 2 minggu je, sebelum aku masuk ke sekolah asrama penuh (sekolah menengah sains johor)…
            Selesai sudah acara pembuka 2012… untuk bulan febuari aku mungkin tak masuk apa2 acara larian disebabkan pada bulan febuari aku ada plan untuk pergi ke tasik kenyir untuk trip memancing dengan member sekolah aku dulu Acai… kalau ikut jadual larian aku, next event adalah Brooks Half Marathon yang akan diadakan di stadium bukit jalil