Friday, February 8, 2013

Ikan Kukus Limau

            Mari kita berkongsi resepi lagi… itu hari aku ada berkunjung ke kolam ikan milik kawan aku di Kalong tengah, Batang Kali… dia ada membela ikan talapia, ikan patin dan ikan tongsan sisik kasar didalam 2 buah kolam… konsepnya aku akan memancing kat mana2 kolam ikan tu… ikan yang aku nak sahaja akan ditimbang dan dibawa balik sahaja… ikan yang tak nak kena lepaskan balik kedalam kolam… ikan yang tak nak bawak balik tu kena cepat2 lepaskan balik kalau tak nanti mati… aku datang dengan abah, kami nak carik ikan talapia saiz sedang… kami bawa balik 8 ekor ikan talapia yang seberat lebih kurang 500g setiap ekor…
            Ikan talapia ni aku nak masak kukus limau… tapi sebelum kita mula memasak… pastikan kita ada peralatan paling penting untuk mengukus… iaitu PENGKUKUS… aku pakai yang manual punya… ala yang nak kena letak air kat tingkat paling bawah sekali tu… saiz pun kecik ajer , ikan talapia dalam 500g tu muat la… tapi kalau ikan siakap yang besar tu kena potong dua dulu baru muat… bahan2 yang diperlukan untuk memasak ikan kukus limau adalah:
1ekor ikan (yang muat dalam pengkukus korang), pilihan aku siakap atau talapia
5 biji limau nipis
1 biji bawang putih dan merah
Halia sebesar ibu jari
Celeri 2 batang
Serbuk asam boi
2 biji asam boi manis
Garam
2 batang cili merah
Aluminium foil
Sos tiram
2 batang serai
Langkah kerjanya:
            Siang ikan dulu… buang perut… ingsang… sisik… sirip dorsal dan pektoral… hiris sikit badan dia… pastu cuci ikan tu bersih2 luar dan dalam perut denga air paip… pastu rendam ikan tadi dalam air limau nipis 3 biji dan sesudu garam… gosok ikan tu dengan air limau dan juga limau yang kita potong tadi luar dan dalam… biarkan ikan tu terendam dalam air limau selama 5 minit… ini bertujuan untuk membuang hanyir ikan dan juga menambah perasa kepada ikan…
            Sementara menunggu ikan tu berenang2 dalam air limau tu… bolehlah kita menghiris halus bawang merah, bawang putih, halia, celery, serai dan cili merah…
            Hamparkan aluminium foil… pastikan saiznya cukup supaya boleh membalut ikan tu dengan sayur2 yang kita akan letakkan sekali… hamparkan sedikit bawang merah, bawang putih, halia, celeri dan cili merah kat aluminium foil supaya dapat macam tilam, pastu curahkan sedikit sos tiram dan taburkan sedikit serbuk asam boi… pancing keluar ikan yang tengah berenang2 dalam air limau tu dan baringkan ikan tu atas hamparan sayuran tadi… taburkan sedikit garam, serbuk asam boi dan tutup ikan tadi dengan selebihnya sayuran tadi… pastikan ada sedikit sayuran kita sumbatkan sekali ke dalam perut ikan tu… pastu tuangkan sikit sos tiram… campakkan 2 biji asam boi manis, sebijik kat area kepala, sebijik kat area ekor… perah sebijik limau nipis… potong nipis2 lagi sebijik limau dan susun elok2 atas ikan tu… banyakkan guna limau… dah nama pun ikan kukus limau… pastu bungkus elok2 ikan tu dengan alumunium foil…
pinjam dari google

            Lepas ni siapkan pengkukus kita… isi air penuh2 kat tingkat paling bawah dan teggek kan kat atas dapur dengan api yang paling kuat sekali… letakkan ikan yang hendak dikukus kat tingkat 2 dan tutup… biarkan hingga kita nampak stim keluar dari pengkukus kita… kukus ikan tu selama 30minit… bila dah masak bolehlah dihidangkan… pastikan sebelum dimakan kita buka dahulu aluminium foil tu sebab aluminium foil tak boleh dimakan walaupun sudah dimasak… hahahhaaaa… ikan kukus limau ni sedap dimakan begitu sahaja (ratah) atau bersama2 dengan nasi… kalau nak bagi kaw lagi kalau ada tomyam, telur dadar dan kailan ikan masin… perggghhhh… sedap hingga menjilat pinggan sendiri dan pinggan orang sebelah…

No comments: