Tuesday, May 9, 2017

100KM ke Utara


100KM ke Utara

Soalan kepada diri sendiri.. apa yang aku akan jumpa 100km ke utara dari rumah aku sekarang.. kenapa tiba2 ada soalan2 sebegini.. puncanya adalah KAWASAKI Z250SL.. haa.. inilah koleksi terbaru motosikal aku.. setelah sekian lama berangan2 nak memiliki motor berkuasa besar.. akhirnya aku memilih untuk membeli KAWASAKI Z250SL.. kenapa aku pilih motor ini, mungkin boleh aku ceritakan pada entry yang lain

Kembali kepada persoalan asal.. 100km ke utara.. aku dari dulu memang gemar menyusuri jalan2 lama kalau nak ke satu2 destinasi.. sewaktu aku dengan PERODUA dahulu.. jika aku dihantar untuk pergi outstation.. pasti aku akan gunakan jalan lama.. KENAPA.. sebab aku mudah mengantuk kalau bawa kete sorang2 kt highway.. dahulu xde maps GPS seperti sekarang.. dulu kena bergantung kepada peta manual.. rasa macam pengembara pulak walaupun hanya pusing2 dalam Malaysia sahaja..  bagi aku, keseronokkan guna jalan lama ni adalah dapat tengok pekan2 kecil dan tengok gelagat penduduk setempat..

Setelah memiliki sebuah motosikal baru.. aku bercita2 nak keluar riding.. tapi aku malu nak kuar riding ramai2.. lebih2 lagi memikirkan motosikal aku hanya berkuasa 250cc sahaja.. malulah dengan rider2 superbike yang lain.. tapi kalau aku keluar riding.. kemana arah nak aku tuju.. kebetulan, member aku Don, yang menunggang NAZA Blade telah membuat satu SOLO Riding.. bermula dari rumahnya di Puchong.. dia menuju ke utara, melintasi highway grik.. masuk ke Terengganu dan berpatah semula ke puchong melalui Pahang.. jarak perjalanan.. melebihi 1000km.. dasat.. SOLO pulak tu.. maka aku pun bercita2 nak buat benda yang sama.. dari situlah datang idea 100KM ke Utara..

Setelah mentelaah Google Maps.. menyusuri jalan lama dari bukit beruntung menuju ke utara.. aku dapati 100km akan membawa aku ke pekan Bidor.. kenapa aku pilih jalan ni.. yang pertama, jalan ni merupakan jalan yang aku lalu tiap2 hari ke tempat kerja.. untuk 1st riding trip ni, aku memilih jalan yang aku biasa sebab aku xde pengalaman lagi untuk keluar riding jauh2.. rasa selamat la sikit

Perkara pertama yang aku buat adalah menyampaikan hasrat aku kt isteri aku.. pada mulanya aku agak keberatan sebenarnya sebab kalau aku keluar riding bermakan dia kena duduk rumah aje.. sian pulak kat dia time2 cuti duduk rumah aje.. dh la tiap2 hari duduk rumah jaga anak kalau aku keluar bekerja.. tetapi perasaan nak keluar mengembara tu meluap2 sangat dan aku fikir aktiviti riding ni takde la kerap sangat aku nak buat.. Alhamdulillah isteri telah beri kelulusan.. tenang sikit hati

Perkara kedua adalah planning riding gear.. aku mengambil keputusan untuk pakai full face helmet, bandana kepala, jacket Alpinestar, seluar tacktical 5.11, kasut kanvas, beg galas Quechua 15L, riding glove dan beg sandang kecil.. kt motor pulak aku pasang jaring kt seat belakang.. pada mulanya aku pasang tempat pemegang hphone pada handle bar moto.. tapi sebab keadaannya x berapa kukuh maka aku buka semula.. dalam beg galas aku bawa baju hujan dgn kit untuk tampal tayar motor.. beg sandang kecil pula aku guna untuk letak hphone yang disambungkan dengan earphone ke telinga kiri sahaja.. bahaya pulak rasanya kalau guna earphone kedua2 belah telinga.. takut x dengar bunyi sekeliling.. keadaan motor insyallah semuanya OK

Trip ni aku buat pada hari ahad.. aku nak buat belah pagi sebab belah ptg hujan lebat selalu turun.. perancangan awal aku nak gerak dari rumah pada jam 8pagi.. tapi aku terlewat sebab persiapan aku pada pagi tu memakan masa lebih dari yang aku jangkakan..
dh bersiap nak golek tayar
ada gaya tak?


Setelah mendapat restu isteri, aku pun mula golek tayar dari rumah aku pada jam 9.30am.. anak aku sufi ada menyatakan hasratnya nak ikut sekali.. tapi aku terpaksa menolak sebab aku xde pengalaman nak bonceng orang lain untuk perjalanan jauh.. lagipun aku takut dia mengantuk pulak nanti..

Dari taman kesumba, bukit beruntung.. aku menuju ke kuala kubu baru melalui jalan rasa.. aku maintain kelajuan 80km/jam (+-10km/jam).. aku takde rasa nak tergesa2.. aku bawa motor dengan penuh santai sambal menikmati keadaan sekeliling.. cuaca pagi ni baik.. matahari menyinar terang dengan hanya sedikit awan di langit.. aku menurunkan dark visor aku pada helmet aku supaya mata lebih selesa dan tidak silau.. sangat2 berbeza dengan perasaan riding di sebelah pagi sewaktu menuju ke tempat kerja yang mana fikiran mula berputar memikirkan kerja2 yang menanti di kilang.. pada saat ini fikiran aku tenang dan kosong .. mata aku melilau melihat keindahan kehijauan bukit2 dan gunung ganang yang menghiasi panorama disekitar jalan rasa menuju ke kuala kubu baru.. mungkin kerana terlalu santai sehingga aku tidak sedar yang aku sudah menunggang ke tengah jalan sehingga menyukarkan kereta nak melintasi aku.. ada sebuah kereta Honda putih yang mungkin agak bengang dgn aku telah memotong aku dengan agak aggresif dan terus memecut laju.. selepas tu aku lebih berhati2 dan selalu menjeling cermin pandang belakang memerhatikan kenderaan di belakang..

Cadangan asalnya nak bersarapan di kuala kubu baru.. tapi disebabkan aku bertolak lambat maka aku bersarapan secara santai sahaja di KKB.. aku berhenti berhampiran 7-eleven KKB.. beli roti dan air kotak dan bersarapan didepan 7-E sahaja.. jarak yang aku dah cover.. lebih kurang 20KM.. bersarapan sambil memerhatikan sekeliling.. aku ternampak sekumpulan rider2 motor besar easy rider bergerak perlahan.. mungkin mahu ke Fraser Hill agaknya.. selesai bersarapan, aku teruskan perjalanan.. destinasi seterusnya adalah tanjung malim yang jauhnya 20km..
Pekan Kuala Kubu Baru


Sampai ke tg malim aku masuk ke dalam kawasan pekan.. aku berhenti di kawasan paking motor bersebelahan dengan KFC.. saja nak cari tempat teduh sbb cuaca mula panas terik.. aku lepas sekejap kat sini.. ingat nak pekena cendol, tapi gerai cendol yang bersebelahan kawasan parking ni tutup la plak.. tak jauh dari sini aku Nampak The Sarang Hub.. restoran hispsters milik Mamat Khalid, pengarah tersohor tu.. aku tak pernah la plak makan kat restoran Sarang Hub ni.. tapi Ana dah banyak kali sebut pasal tempat ni.. insyallah satu hari nanti aku bawa dia makan kt situ.. dari sini aku bergerak pula ke slim river..
Pekan Tg Malim.. Cuaca makin panas..


Jarak slim river dari tanjung malim lebih kurang 20km jugak la.. semasa masuk ke pekan slim river aku ternampak sebuah taman tasik.. tapi sebab dh terlepas, malas aku nk patah balik.. ok gak kalau dapat singgah kt taman tasik.. aku berhenti tak jauh dari balai polis slim river.. aku tak lama di slim river.. perjalanan aku teruskan ke destinasi yang seterusnya
Singgah sebentar.. Slim River.. Balai polis dibahagian belakang


Sungkai adalah destinasi seterusnya.. jarak perjalanan adalah 20km.. sebelum bergerak ke sungkai aku peratikan minyak aku tinggal 2 bar sahaja.. elok rasanya kt sungkai nanti aku isi minyak semula.. menghampiri pekan sungkai selepas exit tol sungkai.. ada satu restoran yang amat2 terkenal di kalangan para2 rider.. Restoran Nasi Bamboo rasanya.. masa aku lintas restoran ni.. aku perhatikan memang padat la restoran ni.. bersusun motor2 kt depan restoran ni.. sepengetahuan aku memang ramai rider2 dari lembah klang suka ride hujung minggu ke restoran ni.. depan sikit dari restoran ni ada stesen minyak petronas.. aku pun singgahla isi minyak, rm5 sahaja.. keluar dari petronas terus belok kiri masuk ke pekan sungkai.. kt roundabout depan balai polis sungkai ada roadblock polis la plak.. aku x kena tahan sebab masa tu polis baru nak setup .. aku berhenti kt pekan sungkai.. beli air dan lepak sekejap.. masa ni aku tengok ramai la penunggang2 motor yang tak pakai helmet berpatah balik sbb roadblock tadi.. lepas minum aku teruskan perjalanan ke destinasi terakhir.. Bidor.. lalu semula kt roadblock tadi dan sekali lagi aku x ditahan.. mungkin dia org tgk rider yang berpakaian lengkap macam aku xkan xde lessen kot.. hehehee..
Pekan Sungkai.. berhenti minum dan usha roadblock


Menjelang tgh hari aku pun sampai ke pekan bidor.. maka lengkaplah perjalanan aku sejauh 100km ke utara.. di pekan bidor sebenarnya aku berhajat nak makan kt kedai nasi kandar Noordin yang terletak di dalam pekan bidor.. tapi apalah malang nasib aku harini.. rupanya kedai nasi kandar Noordin ni tutup hari Ahad.. maka aku pusing2 la pekan bidor carik port yang lain.. aku singgah minum kt kedai ala2 hipster kt dlm pekan bidor.. minum air manga je.. xlalu nak makan sbb xde yg menarik dan panas sangat.. lepas makan aku singgah kedai buah.. kalau datang bidor mestilah beli buah jambu sebagai ole2.. aku beli jambu batu dan jambu air madu.. letak dalam beg galas dan ikat kat seat belakang motor..
Minum air manga di pecan bidor

gerai buah pekan bidor

pekan bidor


Perjalanan balik aku ikut highway je.. aku singgah jap kat hentian ladang bikam hilangkan penat.. bawa motor atas highway ada cabarannya yang lain pulak.. semua kenderaan bergerak laju dan kita pun kena laju juga ikut rentak kenderaan lain.. bagi aku agak memenatkan sebab kena maintain high speed untuk tempoh masa yang panjang.. atas highway aku ni kira macam ikan kecil je.. berdesup kenderaan lain laju memintas aku.. baik kereta ataupun motor.. aku jeling kembali aras minyak motor aku.. dh turun semula ke 2 bar.. aku ambil keputusan untuk exit highway dan cari stesen minyak..
Di hentian ladang bikam.. sudah mula kepenatan


Aku exit kt tol behrang dan isi minyak di stesen shell sebelum masuk ke pekan tg malim.. secara keseluruhannya aku isi rm10 (rm5 di petronas sungkai dan rm5 di shell tg malim).. kira OK la tu untuk perjalanan 200KM (pergi dan balik).. aku singgah makan di restoran saudagaq sup tg malim.. makan nasi ayam (my fevered) sebelum terus balik ke bukit beruntung.. aku sampai semula di rumah kira2 jam 3pm.. agak lewat sbb tunggu lama di kedai saudagaq sup kerana ramai orang..



Itulah kisah ride solo pertama aku.. 100KM ke Utara.. so, what’s next.. 100KM ke Selatan?

No comments: