Friday, May 12, 2017

KL 2017 International New Year Run


KL 2017 International New Year Run

Jarak: 5km

Kategori: Family Fun Run

Tarikh: 1 Januari 2017

Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

 

Acara pembukaan untuk tahun 2017.. dalam usaha aku untuk melibatkan semua ahli keluarga aku dalam aktiviti larian.. maka sekali lagi aku mendaftarkan semua ahli keluarga aku, Ana, Miza, Sufi dan Fatih untuk acara ini.. satu aktiviti kekeluargaan pada tanggal 1 Januari.. Happy New Year..

Untuk acara ini aku telah menempah sebuah bilik di hotel swiss inn jalan TAR.. seperti biasa, pada hari sabtu, 31 Desember 2016.. kami sekeluarga telah bertolak ke pusat bandar KL dengan menaiki LRT dari stesen Gombak.. setelah sampai di KL.. kami check-in dahulu di hotel.. semasa proses check-in.. penjaga kaunter ada bertanyakan kepada aku “masuk larian ke esok”.. aku jawab iya.. lagi dia bertanyakan kepada aku.. “ada event apa pada tarikh 21 Mei 2017, saya terima banyak sangat booking hotel untuk tarikh tu.. satu hari sampai 50 booking masuk sampai dh penuh hotel”.. aku tersenyum didalam hati.. aikk, mamat ni macam tak biasa lak plak.. sepatutnya org hotel swiss inn ni kena peka tarikh SCKLM sbb kalau ikut jarak.. hotel nilah yang paling dekat dengan dataran merdeka.. aku dengan selamba menjawab “larian standard cartered.. macam taun ni..”.. untuk SCKLM’17 aku dah tempah 2 bilik besar dan ajat juga dah tempah 2 bilik.. (semasa aku menaip entry ni.. sebenarnya SCKLM’17 akan berlangsung lagi 2 minggu jer)..

Lepas check in kami bergerak pula ke REP collection centre yang terletak di perpustakaan kanak2 KL (kt belakang dataran merdeka je).. proses REP collection berjalan lancar.. lepas REP collection, kami pergi makan la pulak.. tempatnya?.. seperti biasa, restoran INSAF jalan TAR.. lepas makan kami jalan2 pulak kat belakang jalan TAR.. harinikan hari sabtu.. ada pasar malam la.. kami tak beli apa2 sangat pun kat pasar malam.. Cuma sedikit kudapan je.. lepas penat berjalan kami pulang ke Hotel dan berehat..

Sebelah malam kami jangkakan ada semacam sambutan ambang tahun baru di dataran merdeka.. sangkaan kami jauh meleset.. tahun ni dataran merdeka tak ajurkan apa2 acara pun sambut tahun baru.. yang ada Cuma persiapan untuk larian esok dan beberapa food truck.. kami decide utk mencuba makanan food truck pada malam ni.. TETAPI, pilihan kami pada malam ni tak berapa menjadi.. rasanya tak berapa kena dengan selera kami.. sedap lagi sewaktu kami menjamah makanan food truck di Putrajaya.. bagi aku, ni la masalah dengan food truck.. kadang kala penampilan jer Nampak menarik.. ala2 hipster.. tetapi, kualiti makanan boleh dipersoalkan.. tetapi ni pendapat aku aje.. mungkin sebab aku ni agak memilih kot..

Selepas makan.. kami bergerak ke padang dataran merdeka.. ramai gak orang.. mungkin ramai juga macam kami, beranggapan ada sambutan ambang tahun baru gamaknya.. selepas lepak2 kami pun bergerak balik ke hotel.. pada ketika ni mat2 motor dah ramai yang berkumpul kt area dataran merdeka.. aku jangka malam ni pasti gamat dengan deruan enjin mereka.. pada malam tu kami tido awal.. malas nak tunggu sampai detik 12 malam.. Cuma bila tgh malam.. aku terjaga dan mengjenguk di luar tingkat.. seperti yang telah aku jangkakan.. memang ramai mat2 motor dengan aksi masing2.. tapi takde apa2 yang menarik.. aku terus sambung tido

Keesokkan paginya aku bangun awal.. aku bersiap dahulu lepas tu baru aku gerakkan yang lain2 pula.. acara 5km akan bermula lewat sikit.. lepas kami bersiap.. kami pun turun ke dataran merdeka.. pada masa ni dah ramai yang ada kat dataran merdeka.. kami sekeluarga tak masuk pun ke dalam starting pen.. sbb acara 5km bukan ada timing cip pon.. kami tunggu je kat tepi jalan depan sikit dari gerbang mula.. bila acara dh dimulakan, kami tunggu sampai dan ramai melintasi kami baru kami join the crowd.. ramai juga family yang join.. masing2 dengan anak2 dan stroller pelbagai jenis dan bentuk.. larian kami diselang selikan dengan berjalan dan bergambar.. sedar tak sedar dah abispun jarak 5km.. melintasi gerbang penamat, kami dikalungkan dengan finisher medal.. kami juga ambil kesempatan bergambar dengan beberapa karekter star wars yang join larian.. sebelum balik ke hotel, kami bergambar lagi.. kami pergi bersarapan dahulu di gerai makan bersebelahan Maidin masjid india.. x banyak kedai yang buka pada masa ni sebab masih awal lagi..

Di hotel selepas rehat dan mandi.. kami pun check out bila menghampiri jam 12 tgh hari.. makan makan tgh hari dulu di SOGO sebelum balik.. begitulah cerita flashback kami.. sekian, harap maklum..
di dataran merdeka.. menuju REP collection centre
makan2 di food truck



persiapan untuk larian esok


saya dapat mainan baru..
pagi tahun baru di dataran merdeka

gigih berlari

No comments: