Monday, May 29, 2017

KKB Glow Night Run 2017


KKB Glow Night Run 2017

Jarak: 10km

Kategori: Men’s Veteren

Tarikh: 25 Mac 2017

Lokasi: Kuala Kubu Bharu

         

          Larian ini aku sertai sebab dah dekat sangat dengan rumah aku.. tahun lepas pun aku join jugak.. larian ni memang unik sebab larian malam dan akan melalui kawasan2 kampung di sekitar pekan KKB ni termasuklah kampong orang asli..

Larian ini bermula dari tengah2 pekan kuala kubu baru.. tahun lepas ianya bermula dari dalam stadium KKB.. tetapi pada tahun ini tempat mula telah diubah ke kawasan jalanraya bersebelahan dengan pejabat majlis daerah.. penganjuran acara ni secara tidak langsungnya menggamatkan suasana pekan KKB yang sering sahaja kelihatan tenang.. aku minat gak lepak kat KKB ni sebab suasana kat KKB ni selalunya santai sahaja.. aku kira pekan KKB ni dahulunya amat2 penting sebab banyak juga pejabat2 kerajaan dan kemudahan2 utama ada di pekan KKB ni.. antaranya adalah Hospital, Pejabat Emegresen, Pejabat Pendidikan dan beberapa buah bank.. mungkin dahulu KKB ni antara pekan singgahan penting untuk mereka yang ingin ke Pahang iaitu melalui jalan bukit frazer ke raub.. tetapi jalannya amat berliku.. itu mungkin antara sebab kenapa pekan KKB ni sudah tidak popular sekarang bila dah ada jalinan jalan yang lebih baik untuk ke Pahang seperti lebuhraya karak dan lebuhraya pantai timur.. itu agakkan aku ajer.. aku kalau nak renew passport aku.. aku gi kat KKB je.. tak ramai sangat orang..

Kembali kepada acara larian KKB night glow run.. pada edisi 2017 ni.. aku ditemani oleh ajat sahaja.. pada masa ni Ana pulang ke kampong bersama2 Fatih dan Sufi kerana cuti sekolah dan Ana ada beberapa urusan berkenaan tanah arwah ayahnya di kampong.. mungkin aku tak pernah beritahu sebelum ni yang ayah Ana telah meninggal dunia pada bulan febuari lepas kerana sakit asthma dan jantung..

Kami tak tergesa2 sangat sbab KKB dekat je dengan rumah aku.. aku parking di tepi jalan dekat dengan Dewan Merdeka KKB.. pada mulanya, aku dengan ajat agak konfius juga dengan tempat mula larian.. kami berjalan menuju kea rah stadium KKB tetapi macam xde apa2 pun.. kami lihat banyak orang berjalan kea rah pejabat majlis.. maka kami pun pergi ikut arah yang sama.. rupa2nya kat sini larian akan bermula..

Kami pun mula buat aktiviti regangan.. di samping itu pihak penganjur juga ada membuat sedikit senamrobik sebagai aktiviti pemanas badan.. tak lama selepas itu pelari mula berkumpul di gerbang mula.. pada pandangan aku pelari 10k sikit sahaja.. majority adalah pelari 5k.. mungkin ramai casual runner pada harini..oleh kerana ramai pelari 5k yang berkumpul di kawasan gerbang mula, maka keadaan menjadi agak kelam kabut.. agak lama jugalah tunggu kat kawasan ni sbb nak tunggu VIP datang dan lepaskan pelari..

Selepas pelari 10k dilepaskan.. aku pun berlari dengan pace yang santai.. selepas kejadian buruk menimpa ketika PNM’16.. aku bertekad untuk berlari dengan labih baik dan teratur.. pace aku amat2 santai dan tidak tergesa2 untuk mengejar mereka yang dihadapan.. dengan cara ini aku boleh mengekalkan paten larian dan juga stamina aku sepanjang larian.. Nampak gayanya strategi aku ni Berjaya sebab akan dapat kekalkan pace sepanjang 10k larian tanpa perlu berhenti.. pada km yang terakhir aku dapati keadaan stamina aku masih baik dan tidak mengalami sebarang kesakitan ataupun cramp.. aku terus memecut laju dengan meningkatkan pace larian aku sambil memotong pelari2 yang lain, terutama pelari 5k yang pada masa ini dh mula memenuhi route larian..

Apabila sampai di gerbang penamat.. keadaan menjadi kembali kelam kabut kerana terlalu ramai pelari 5k yang telah menamatkan larian berkumpul di sini.. sehinggakan aku terlepas stesen untuk mengambil medal.. Alhamdulillah ajat ada (ajat dh sampai lebih dahulu), untuk memberitahu aku supaya berpatah semula untuk mengambil finisher medal.. aku kira pada masa akan datang, pihak penganjur perlulah lebih peka dengan keadaan ini.. crowd control hancuss..

Aku dan ajat tak tunggu lama lepas larian.. lepas buat warming down sikit, kami pun bergerak balik.. seperti biasa, singgah kedai mamak Salam Sentosa dulu.. isi perut sebelum sampai rumah.. untuk sesiapa yang berminat nak join larian ni.. aku peringatkan untuk membawa headlight sekali sebab ada beberapa kawasan yang agak gelap.. bukan apa, takut jalan ada lubang.. boleh terpeleot dibuatnya.. hehehee.. but anyway, a very good run.. insyallah tahun depan join lagi..
Antupancing & Ajat.. sebelum larian

Kami selepas larian.. masing2 bawak headlight

Route KKB Glow Night Run

No comments: