Thursday, May 21, 2015
Monday, April 20, 2015
BERUAS – PANTAI REMIS – MANJUNG – TAIPING
BERUAS – PANTAI REMIS – MANJUNG – TAIPING
Kalau dahulu nama2 tempat diatas merupakan kawasan2 asing
bagi aku.. tapi tidak lagi untuk masa kini.. sejak kebelakangan ni aku banyak
juga meluangkan masa dikawasan ni.. apa yang istimewa dengan tempat2 ni…
BERUAS
Sekarang ni beruas mungkin bukanlah satu kawasan tumpuan..
sekarang pekan beruas hanyalah sebuah pekan kecil yang dikelilingi oleh
kampung2 melayu tradisi dan ladang2 sawit.. tetapi jika aku x silap, beruas
dahulu merupakan salah satu kawasan yang penting dalam sejarah kerajaan melayu
dahulu kala.. kalau x salah aku dulu dikawasan ini ada kerajaan silam yang
diberi nama Gangga Negara.. oleh sebab itu kat kawasan ini juga banyak kesan2
peninggalan sejarah.. dipekan beruas ada sebuah mizium kecil yang menceritakan
hal2 ini.. walaupun aku dah beberapa kali pergi ke pekan beruas dan lalu depan mizium
ni tapi x pernah singgah pun.. oleh disebabkan pekan beruas nih terletak agak
jauh dari kawasan2 tumpuan dan bukanlah laluan utama, maka proses pembangunannya
Nampak agak terbantut sikit… selalunya aku akan ke pekan beruas ni untuk pergi
ke pasar pagi atau pasar malam.. ataupun semasa nak balik ke KL kalau ikut
jalan Parit.. selalunya aku aku isi minyak kt sini dahulu.. kt pekan beruas ni
ada 2 stesen minyak.. BHP dan Shell.. lebih baik isi minyak kt sini sbb setahu
aku stesen minyak yang terdekat selepas pekan beruas ni adalah kt pekan Parit..
kedudukan pekan beruas ni adalah kira2 62km (1jam 10min) dari gopeng.. 53km
(1jam) dari Taiping dan 47km (50min) dari lumut…
Jalan yang
selalu aku ikut untuk sampai ke pekan beruas ni adalah ikut jalan
Gopeng-Parit-Beruas.. kalau ikut highway utara selatan exit kat tol Gopeng..
pastu belok kanan.. depan sikit dari RTC Gopeng belok kiri ke sri iskandar.. ikut
jalan ke sri iskandar Cuma jangan belok ke sri iskandar.. terus ke Parit.. dari
parit terus ke pekan beruas… jalan ni jalan lama yang agak sempit dan sunyi..
sebab tu kalau aku nak ke beruas tapi belah malam, aku tak akan ikut jalan ni..
tapi aku akan ikut jalan sri iskandar .. dari sri iskandar pegi ke changkat
keruing dan ke pantai remis dan baru ke beruas.. jalannya agak jauh sikit tapi
takdela sunyi dan bengkang bengkok macam jalan Parit-beruas.. lagipun kalau
korang ada tengok cite drama Bercakap Dengan Jin.. episode tu kata yang tamar
membesar di sekitar kawasan beruas… huhuhuuu…
PANTAI REMIS
Pekan yang terdekat dengan Beruas.. lebih kurang 23km
jauhnya.. terletak dalam perjalanan dari beruas nak ke lumut.. aku selalu juga
singgah di pekan pantai remis ni sebab aku rasa ianya jauh lebih besar dari
pekan beruas dan lebih banyak kemudahan yang ditawarkan disini.. misalnya, di
pantai remis ada hotel budjet, pasarraya dan kemudahan bank (Maybank) tetapi di
beruas takde.. satu lagi yg menarik di Pantai Remis adalah jeti2 pendaratan
nelayan tempatan.. kedudukan jeti2 ini agak kedalam sikit.. susah nak Nampak dari
tepi jalan.. jeti2 ni jadi tempat tumpaun untuk mendapatkan bekalan makanan
laut yang segar seperti ikan, udang dan ketam pada harga yg amat2 berpatutan..
jumlah bekalan ini juga bergantung kepada musim dan masa pendaratan nelayan2
ni.. kalau kita sampai sewaktu nelayan baru mendarat lebih banyak pilihan yang
kita ada.. adalah dinasihatkan untuk membawa bersama bekas tahan sejuk untuk
memastikan makanan laut yang dibeli boleh terus segar bila dibawa pulang..
selalunya di jeti2 ni terdapat banyak bekalan ais yang diberi percuma yang
boleh kita gunakan untuk pack bersama2 makanan laut yang dibeli..
MANJUNG
Dari pantai remis.. kita langsung terus ke Manjung.. bagi aku
tempat yang paling popular di manjung ini adalah Lumut.. jaraknya lebih kurang
40km dari pantai remis.. lumut merupakan perlabuhan utama untuk kita pergi ke
pulau pangkor.. antara destinasi percutian pulau yang popular.. aku pernah
pergi bercuti di pulau pangkor ni masa bekerja di tempat lama dulu.. aku pergi
dengan kawan2 tempat kerja.. bawa family masing2 sekali.. antara aktiviti lain
yang boleh dibuat di lumut ini adalah berSHOPPING.. kalau nak cari hasil2 laut
seperti ikan dan sotong kering.. kt area lumut ni agak murahla jugak dan banyak
pilihan.. antara barang yg aku mesti beli setiap kali singgah di lumut adalah
sotong kering (yang siap boleh terus makan).. ikan bilis mata biru (memang
popular kt lumut ni).. udang kering.. ikan kering bulu ayam.. kualiti barangan
yang dijual disini agak bagus.. menurut mak aku la.. sebab udang kering kat
sini cantik2 jika dibandingkan dibeli di KL.. antara aktiviti lain yang boleh
dibuat dilumut adalah melawat kapal perang milik TLDM dan memancing di tepi
pantai.. kalau nak mandi tak sesuai sangat kat lumut ni sebab pantainya x brapa
cantik.. kalau nak mandi laut elok pergi ke teluk batik.. ada satu lagi tempat
mandi yang agak menarik iaitu di teluk senangin.. terletak di antara pantai
remis dengan lumut.. aku pernah pergi bercuti ke sana.. pantainya agak OK gak
dan berpeluang melihat nelayan pantai menjalankan aktiviti mereka..
TAIPING
Sekarang kita ke utara la pulak.. Taiping merupakan Bandar besar
yg dekat dengan beruas selain Ipoh.. seperti biasa Bandar besar ni ada macam2
la kemudahannya.. aku rasa kt taiping semua ada.. hospital, bank, jabatan2
kerajaan dan tempat menarik.. aku selalunya ke taiping ni untuk gi jenjalan la..
antara tempat yang selalu pergi adalah pasar malam kat Simpang Taiping (dekat
dengan exit tol Changkat Jering).. taman tasik taiping.. AEON Jusco yang baru
bukak tu.. taiping mall dan tesco
Panjangnya aku melalut… cukup lah tu.. lain kali cerita pasal
benda lain la plak…
Thursday, March 19, 2015
2014 RUN
2014 RUN
Rasanya untuk event-event yang aku join sepanjang
2014 aku buat summary aje le.. nak tulis race report panjang2 malas pulak
rasanya.. lagipun dh banyak detail event yang aku dah x brapa ingat.. mungkin
event besar2 cam SCKLM’14 aku akan buat separate RR.. special event tu.. my
first FM..
Event aku yang pertama untuk 2014 adalah Melawati
10K pada bulan feb’14.. bulan January aku tak masuk mana2 event sebab xde event
yang menarik.. yang ada pun MPIB run yang aku dah join 2 kali.. so aku ambil keputusan
untuk berehat sepanjang bulan jan’14
1) MELAWATI 10K
Tarikh: 16 feb 2014
Jarak: 10k
Lokasi: Tmn Melawati
Kali kedua join larian ni.. penganjuran kali ni
jauh lebih baik dari yg pertama kali.. yg first time aku join jaraknya terpaksa
dipendekkan pada saat2 yg terakhir.. aku suka masuk acara ni sebab dekat dengan
rumah aku (masa tu aku duduk kat sri Gombak).. baju larian pun menarik jugak..
peserta: aku dan ajat
2) THIRSTY RUNNER 2014
Tarikh: 22 mac 2014
Jarak: 7k
Lokasi: Dataran PJ
Sebab utama join larian ni sebab medal yg
ditawarkan adalah unik.. lain dari yang lain.. medal berbentuk baldi kecik..
first time jugak berlari dikawasan PJ.. overall OK.. tahun ni pun ada
dianjurkan jugak tapi aku x join.. peserta: aku, ajat, rini dan una
3) UKM AUTISM RUN 2014
Tarikh: 6 april 2014
Jarak: 10k
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa
Saja nak join larian yg dianjurkan oleh bebudak U
ni.. secara keseluruhan OK aje.. lagipun nak rasa macam mana nak dapat 10k
sekitar taman tasik titiwangsa.. original training ground aku.. peserta: aku,
ajat, rini dan una
4) MILO MALAYSIA BREAKFAST DAY RUN
2014
Tarikh: 20 april 2014
Jarak: 7k
Lokasi: Putrajaya
Kenapa join run ni.. jarak 7k aje dan yurannya
murah.. dan boleh dapat medal.. peserta: aku, ajat, rini dan una
5)
BROOKS
KUANTAN HALF MARATHON 2014
Tarikh: 11 may 2014
Jarak: 21km
Lokasi: Kuantan
First 21k utk 2014.. seminggu selepas trajedi..
aku teruskan juga sebagai pembakar semangat untuk teruskan hidup.. upgrade dari
tahun sebelumnya yang hanya 10k sahaja.. event yang bagus.. juga merupakan
outstation event aku yang pertama.. tgh consider utk join lagi tahun ni.. tapi
macam leceh sikit.. medalnya pun cantik.. dapat finisher T sekali.. peserta:
aku aje
6) KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON
2014
Tarikh: 18 may 2014
Jarak: 1km + 2058 step
Lokasi: KL Tower
Tahun lepas tak join.. tahun 2014 join balik..
masuk sensorang je.. medal tahun ni besar giler.. antara medal terbesar yg
pernah aku dapat.. apa barang naik KL Tower guna lif.. panjat guna tangga la..
baru inspector sahab..
7) SCORE RUN 2014
Tarikh: 8 jun 2014
Jarak: 10k
Lokasi: Padang Merbuk, KL
Last event sebelum cuti bulan puasa dan raya
puasa.. larian yang dianjurkan semperna SCORE Expo.. peserta: aku, ajat dan una
8) ENERGIZER NIGHT RACE 2014
Tarikh: 9 aug 2014
Jarak: 15k
Lokasi: Dataran Merdeka, KL
Muncul semula setelah dihentikan pada tahun
lepas.. event yang dianjurkan pada 2012 cukup cemerlang.. event kali ini juga
cukup cemerlang dengan penganjuran ditengah2 KL pada waktu malam minggu.. sebab
utama penyertaan adalah sebab dapat headlight energizer.. peserta: aku, ajat,
rini dan una
9) 2XU COMPRESSION RUN MALAYSIA 2014
Tarikh: 21 sept 2014
Jarak: 21k
Lokasi: Taman Botani, KL
Preparation run menjelang SCKLM’14.. training utk
mencapai jarak FM.. pertama kali sertai event dari dalam taman botani atau
lebih dikenali sebagai lake garden.. event ulangan dari tahun lepas tapi
rasanya medal tahun lepas lagi gempak.. peserta: aku, ajat, rini dan una
10) SCKLM 2014
Tarikh: 12 oct 2014
Jarak: 42k (FM)
Lokasi: Dataran Merdeka
Aku sengaja besarkan distance tu.. angka keramat
42k.. acara wajib setiap tahun.. kali ni kena korbankan PNM sebab clash dengan
event ni.. now I am officially a MARATHON RUNNER!!!!.. dan berlari dengan kasut
baru.. Brooks Ghost 7.. hell yeah..
11) MAKNA FOUNDER NIGHT RUN 2014
Tarikh: 1 nov 2014
Jarak: 10k
Lokasi: Putrajaya
Event ulangan Cuma kali ni dah upgrade.. event
yang lebih besar berbanding sebelumnya.. yang pasti running T PINK aku yang
pertama.. proud to wear it.. or borderline gay some will call it hehehee..
12) PETZL ALLSPORT NIGHT TRAIL RUN
2014
Tarikh: 6 dec 2014
Jarak: ???
Lokasi: Putrajaya, Taman Cabaran
Cubaan aku utk try trail run.. kira ok la.. satu
je pesanan dari aku untuk sesapa yang nak cuba trail run.. jangan nak sayang
sangat kasut tu.. Brooks Ghost 7 aku comot habis.. abis event terus kena
basuh.. dan inilah penutup event utk 2014
Untuk awal 2015.. aku bercuti selama 2 bulan..
sebab pertama.. ajat akhirnya berkahwin dengan una pada jan’15.. sibuk betul
kami sekeluarga menguruskan perkahwinan ajat.. sebab kedua.. pada bulan
feb’15.. aku pula melangsungkan perkahwinan aku.. Alhamdulillah.. event aku
yang seterusnya adalah Men,s Health Women’s Health Night Run kat putrajaya..
jumpa disana yaa..
Wednesday, February 18, 2015
NEWTON Challenge 2013
Jarak: 15km
Kategori: Men’s open
REP: NEWTON Running T-shirt,
BIB, NEWTON Socks
Post-race: Goodies Bag, Finisher
Medal,
Tarikh: 29 Disember 2013
Lokasi: Bandar Kinrara,
Puchong
Aku rasa mesti ramai
yang kenal kenal jenama Newton ni kan.. Newton Cuma dikenali oleh para runner
sahaja dan mereka2 yang berkecimpung dlm sukan tri (lari, basikal dan renang)..
oleh kerana event kali ni dianjurkan oleh Key Power Malaysia… antara nama yg
terkenal juga dalam sukan Tri… dia org ni ada kedai kat Mid Valley… kalau agak2
nak cari peralatan sukan tri, termasuklah sukan berlari boleh la cuba cari kat
sana (promo sikit)…
Event pada
2012 aku tak joint Cuma aku temankan ajat sahaja.. aku ada cite sikit pasal
event ni dalam entry aku sebelum ni… so, tahun ni aku decide utk joint..
seperti biasa ajat pun joint sama… kami ambil jarak larian yang sama iaitu
15km… oleh kerana acara ni dianjurkan oleh syarikat tri maka jarak yang ditawarkan
pun tak seperti acara2 lain… 15km dan 24km… acara ni juga dianjurkan di puchong
(Bandar kinrara) yang mempunyai beberapa killer hills…
Detail
berkenaan acara ni aku pun x berapa ingat dah… Cuma aku rasa prestasi larian
aku ok gak dan aku Berjaya menamatkan larian dalam masa yang baik…
Tapi tahun
ni (2014) aku x dgr la lagi samada acara akan dianjurkan atau tidak… selalunya
acara ni dianjurkan pada hujung tahun..
………………………………………………………………………………………………
Lama giler la aku nak abiskan entry ni.. sbb utama sebab
aku dengan kerja baru ni agak bz sikit.. nak duduk lepak lama2 depan PC memang
xde la.. ni pun aku curi2 masa untuk siapkan entry ni sbb tak nak biarkan blog
aku bersawang macam tu jer..
Okeh mari kita buat conclusion untuk entry ni.. ni
merupakan event yg terangkir aku untuk 2013.. 2014 cite lain plak.. aku rasa event newton run 2014 ajat ada masuk kot.. tapi aku tak pegi pun tengok.. 2014 nanti
aku akan mengalami satu episode hitam dalam sejarah hidup aku.. dan juga 2014
aku dah Berjaya mendapat title Marathon runner… aku harap aku dapat tulis satu
entry tentang itu.. untuk event2 2014 aku akan cuba buat coretan sikit pasal
semua event yang aku masuk untuk 2014… insyaallah…
Tuesday, September 23, 2014
Kehidupan aku kini…
Aku tak pernah terlintas laluan.. takdir hidup aku akan jadi seperti ini… dulu aku sering membayangkan kami akan tua bersama2… menghabiskan sisa2 hidup bersama2… tetapi Allah lebih syg akan dia… terasa sebak sekali setiap kali terkenangkan saat2 terakhir bersama2 dengan dia… kadang2 rasa tak sanggup nak tempuh tempat2 yang selalu aku dan dia pergi… sampai sekarang aku amat2 fobia bila lalu dekat dengan hospital… terutama hospital kuala kubu bharu dan hospital sungai buloh…
Yang pasti aku harus teruskan hidup… sekurang2nya untuk miza… kesian aku kt miza sbb hilang kasih sayang seorang ibu pada usia yg masih muda… aku tak pasti samada aku boleh carik peganti yang sesuai untuk isi kekosongan itu…
Aku kira usia aku masih muda… apa harus aku buat… kekal menduda atau cari peganti… terus terang aku nyatakan aku memang sunyi sekarang nih… aku tinggal seorang jer kt rumah sewa aku yang masih penuh dengan barang2 peninggalan betty… baju2 dia masih ada dlm plastic lagi… tak keluarkan pun sejak berpindah… keluarkan apa yang nak pakai aje… miza pula sekarang duduk dengan mak aku… aku rasa buat masa ni elok dia duduk dengan mak aku dulu… terjaga sikit makan pakai dia… lagi pun dekat rumah mak aku ada rini yg boleh tlg tgkkan miza…
Susah juga jadi duda ni… lebih2 lagi bila bercerai mati… dulu dh biasa berdua2… sekarang tinggal seorang memang agak tak terurus… aku memang nak cari peganti… aku rasa tak salah rasanya kalau aku carik peganti… ini bukanlah bermakna aku tak sayang lagi kat Betty… kasih sayang aku kt Betty tak akan berubah… kalau aku ada jumpa orang lain, aku akan sayang dia lain dari cara aku sayangkan Betty… aku takkan akan bandingkan antara kedua2nya…
Sekarang pun sebenarnya aku dh mula berkawan balik… dalam banyak rakan2 perempuan yang aku jumpa, ada seorang ni yg aku anggap paling istimewa… mak pernah pesan kt aku macam mana keadaan pun aku takkan dapat cari peganti sama macam Betty… itu aku tahu… Cuma 3 perkara yang aku kira penting:
1. Terima aku dengan keadaan aku sekarang
2. Terima miza sebagai anak aku
3. Terima keluarga aku
Jika ada jodoh aku dengan sidia… aku tak tolak… tapi berapa cepat, tu masalah sikit… aku tak pasti dengan pandangan masyarakat tentang duda macam aku yang ingin berkawin semula… kalau kawin cepat sangat nanti kata tak sabar2 nak ganti isteri yang telah tiada… kalau lambat sangat umur dah makin meningkat…
Sidia yg aku kenal di pun bukannya anak dara… status dia pun macam aku gak Cuma dia bercerai hidup jer… dia pun ada anak sorang… dlm tempoh aku berkenal2lan ni ada la 2-3 anak dara yang aku kenal sekali… tapi aku rasa macam tak brapa sesuaila… ialah aku bukannya muda sangat… dia org tu baru awal 20an… kang aku dh tua kerepot dia org masih muda lagi… mana mau nk melayannya… letih aku nanti…
Apa ajela yg aku membebel ni… saje2 je… asyik nak tulis pasal race report jer… lain kali aku tulis pasal race report plak yea… bye…
![]() |
| Insyaallah |
Friday, September 12, 2014
2xU Compression Run 2013
Jarak: 8km
Kategori: Men’s open
REP: 2xU Running T-shirt, BIB
Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,
Tarikh: 3 November 2013
Lokasi: Padang Merbok, KL
Kali pertama aku join acara ni … kali ni aku ambil jarak yang pendek sahaja.. tak Nampak keperluan untuk ambil jarak yang lebih panjang sebab kedua2 jarak masih akan dapat finisher medal… pendapat ini juga sama dengan ajat dan una yang mana kedua2nya berlari dalam kategori yang sama.. lagipun dah dekat nk hujung tahun… malas nk lari jauh2…
Detail pasal event ni tak banyak yg masih aku ingat.. tapi aku buat jugalah sedikit coretan sebagai penanda aku pernah sertai event ni.. aku rasa takde masalah sangat disepanjang event… kira2 standard je la… haaa Cuma event ni tak dapat certificate.. baik manual ataupun e-cert… apa punya malas punya penganjur, buat simple cert pun tak boleh..
Sebagai bukti aku masuk larian ni… berikut adalah gambar yg masih tertinggal dari event tu… itu aje la
Tapi tahun aku join lagi event ni… tapi aku upgrade dari 8km ke HM… sebab utama sebagai latihan untuk menghadapi FM aku pada SCKLM’14 yg akan berlangsung pada bulan Oct nanti.. sebenarnya dari tarikh aku post entry ni… tinggal lagi sebulan jer aku nak lari FM masa SCKLM’14… cuak giler siot… mampu ke idak aku nak menghabiskan larian… insyaallah boleh…
![]() |
| Arai, Aku, Ajat & Una |
Thursday, July 3, 2014
BSN Putrajaya Night Marathon 2013 (BSN PNM'13)
BSN Putrajaya Night Marathon 2013
BSN PNM ‘13
Jarak: 21km (Half Marathon)
Kategori: Men’s open (Bib F3530)
REP: BROOKS Running T-shirt, BIB
Post-race: Goodies Bag, Finisher-T, Finisher Medal, E-Cert
Tarikh: 19 October 2013
perkara yang dah lepas aku dah tak boleh nak buat apa2… pada waktu aku menaip laporan ni… cukup 2 bulan betty telah meninggalkan aku… rasa sedih tu masih ada… rasa utk meneruskan hidup pun masih kuat… Alhamdulillah, keadaan aku dan miza dalam keadaan baik… aku masih terkenangkan saat2 akhir aku bersama2 dgn betty… setiap kali terkenangkan dia pasti aku sedekahkan al-fatihah buat dia… I miss her so much..
coretan ini pun sebenarnya hanya untuk menyatakan aku ada menyertai event di atas… seminggu selepas betty tiada… aku masih meneruskan aktiviti larian aku… aku menyertai Kuantan run 21km… walaupun bersedih aku kuatkan semangat untuk meneruskan minat aku ni.. ni sebenarnya antara pendorong aku untuk meneruskan hidup…
event BSN PNM’13 kali ni disertai oleh aku, ajat, rini dan una.. seperti biasa aku dan ajat masuk event HM manakala rini dan una berlari dalam event 5km.. cuaca pada malam tersebut adalah mendung dan hujan sekejap2… menurut rini yang lari event 5km… permulaan event 5km hujan turun dengan lebat sekali.. seingat aku sepanjang larian pun hujan turun renyai2…
larian aku pada mlm itu kira OK jugak… seperti biasa larian malam di putrajaya pasti menyeksakan … aku kira waktu aku berada separuh perjalanan terdengar bunyi bunga api yang sangat kuat menandakan peserta pertama acara HM telah sampai… perghh memang laju gile… aku baru je sampai separuh jalan…
walaupun aku rasa macam prestasi larian aku tak berapa baik tapi masa yang aku catatkan untuk BSN PNM kali ini adalah amat baik… aku melintasi garisan penamat dengan masa 2jam 43min… manakala ajat sampai 2min selepas itu dengan catatan masa 2jam 45min.. secara keseluruhannya kedudukan aku adalah pada no 954 daripada 1795 pelari dalam kategori Men’s Open… seperti biasa kelompok pertengahan…
walau macammanapun aku akan cuba memastikan blog aku ni masih aktif… sayang rasanya dah bertahun2 aku menulis dan perbagai cerita aku dah kongsikan.. terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni.. sehingga berjumpa lagi…
AKU MASIH MERINDUI MU
AL-FATIHAH BUAT BETTY
Subscribe to:
Posts (Atom)


























