Monday, May 23, 2011

Teknik untuk berlari (stretching up & down)

Entry untuk kali ni aku cuba untuk menghuraikan teknik untuk berlari… seperti mana yang aku faham la… bedasarkan pengalaman dan pembacaan aku… so, jika ada apa yang aku tuliskan kat sini kalau tak betul… tolong betulkan ok
Secara asasnya semua manusia memang boleh berlari… tetapi dengan berlari menggunakan teknik yang betul… membolehkan kita berlari dengan lebih laju dan lama… dulu masa mula2 jogging memang aku tak tahu langsung pasal teknik ni… apa yang aku tahu hayun jer kaki  tu sampai letih… sekarang dah advance sikit dah
Sebelum mula berlari… kena buat regangan otot dulu… tapi perlu diingatkan, jangan buat aktiviti regangan otot ketika badan masih sejuk… terutama buat mereka2 yang gemar lari waktu subuh2 buta.. lari2 anak dulu dalam 2-3 minit… bila badan dah panas, baru mula buat regangan otot… adalah dibimbangkan regangan otot dibuat sewaktu badan masih sejuk akan menyebabkan otot tercedera… regangan adalah bertujuan untuk memastikan otot bersedia untuk aktiviti larian yang akan dilakukan… jika kita terus berlari tanpa sebarang regangan… otot kaki boleh tercedera dan senang nak kejang…

Selalunya aku takde la lari pagi2 sangat… so, tak perlu lah lari2 anak sebelum stretching… aku akan pastikan untuk meregang semua otot2 dalam badan sebelum berlari terutama otot di tangan . abdomen dan kaki… kerana aku pikir, otot2 ni yang paling banyak bekerja sewaktu kita berlari… untuk setiap posisi regangan… aku akan hold selama lebih kurang 10 saat untuk memastikan otot berkenaan betul2 telah diregangkan… untuk posisi2 regangan bolehlah rujuk kat dalam UTIUP… kat situ semua ada, macam2 ada la katakan…
Waktu aku mula2 jogging dulu memang aku tak tumpukan sangat pada sesi stretching ni… ini menyebabkan aku cepat rasa lesu dan cramp terutama pada abdomen dan betis… selepas belajar teknik yang betul… aku dapat rasakan sesi larian aku berjalan dengan lebih lancer dan takde lagi rasa sakit2 sewaktu lari…
Selepas sesi larian… stretching juga perlu dilakukan kerana ia adalah sebahagian dari aktiviti warm down… lakukan teknik yang sama dilakukan sewaktu warm up stretching… Cuma perlu banyak ambil nafas dalam2… ini membantu untuk mengeluarkan asid laktik yang telah terkumpul dalam otot semasa sesi larian… asid laktik ni kalau kita tak keluarkan akan menyebabkan otot2 menjadi sakit dan kalau tak salah aku antara penyebab penyakit gout… sebaik sahaja tamat larian jangan terus duduk, walaupun kita rasa penat sangat… sebaiknya2 jalan perlahan2 sambil mengambil nafas panjang2… kalau terus duduk, dibimbangkan boleh pengsan… terutama kalau masuk pertandingan, kalau dah lepas garisan penamat… jangan terus duduk… jalan2 dulu sambil minum air free (milo ke, 100+ ke) dan buat aktiviti stretching untuk warm down… ini akan membuatkan kita rasa lebih selesa 1-2 jam selepas larin… kalau x, otot terutama kat kaki akan terasa sakit…

1 comment:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

diy pasang sticker carbon fibre

bagus gakkkkk cara ni... kalau amalkan mungkin perut aku timbul 6 pack