Saturday, November 3, 2012

BSN Putrajaya Night Marathon 2012 (BSN PNM 2012)



Tempat Mula/Tamat: Hadapan Palace Of Justice, Putrajaya
Kategori: Lelaki Terbuka (21km, HM)
Race kit: BROOKS running vest, BIB (F2877), Timing chip
Post-race: Goodies Bag, Finisher ‘T’, Finisher Medal, Certificate
Tarikh & masa : 20 October 2012, 8.20pm
            Dah tahu buat jugak… amik kawwww… itulah yang berlaku kepada aku semasa larian kali ni… ini lah laporan lengkap larian tersebut… larian PNM pada tahun ni ditaja oleh Bank Simpanan Nasioanal seperti tahun lepas juga… pada tahun ni aku upgrade dari 10k ke HM… motivasi utama aku untuk berlari HM dalam PNM kali ni adalah untuk mendapatkan Finisher ‘T’ yang sangat2 esklusif itu… Finisher ‘T’ ni jarang diberi dalam larian… Cuma larian jarak jauh jer yang selalu dapat finisher ‘t’ nih, terutama FM… dalam koleksi aku sekarang Cuma ada 1 sahaja finisher ‘t’ ni iaitu finisher ‘t’ untuk Energizer Night Race 2012… motivasi finisher ‘t’ ini juga mendorong ajat untuk sertai PNM pada tahun ni dan juga berlari dalam kategori HM… tahun lepas ajat tak masuk PNM… dia temankan aku aje ke event tu… tahun ni ajat masuk dan tarik kengkawan dia sekali masuk… tapi kenkawan ajat tu masuk event 5k sahaja…
            Preparation aku untuk PNM kali ni lebih teliti sebab melibatkan larian malam yang juga pada jarak yang jauh… aku masukkan pengambilan ORS dalam diet aku kali ni… aku mula ambil ORS 3 hari sebelum event… pengambilan ORS adalah untuk mengelakkan terjadinya masalah cramp sewaktu larian nanti… Cuma aku tak dapat nak buat latihan LSD pada waktu malam sebelum event kerana ada hal2 yang tak boleh dielakkan berlaku seminggu sebelum PNM… setelah mengambil kira faktor larian malam dan route putrajaya yang pasti mencabar, target aku untuk larian pada kali ni adalah 3jam 30 minit… tak berani nak target tinggi sangat… preparation ajat nampaknya lebih baik sebab dia duduk di putrajaya… maka dia lebih banyak peluang untuk buat latihan LSD pada sebelah malam… tapi bagaimanapun dia cuak jugak sebab ni adalah percubaan kali pertama dia untuk berlari HM… malam dan putrajaya lak tu…
            Race kit aku amik kat OCM pada hari sabtu seminggu sebelum PNM… aku gi sensorang jer sebab dalam masa yang sama aku ada beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan… ajat offer kat aku untuk amikkan race kit tapi aku nak amik sendiri sebab aku  nak tengok apa barang yang ada jual kat race expo… cadang asal nak carik setokin BROOKS… aku ke menara OCM naik LRT je… dari stesen sentul aku turun di stesen hang tuah… dari stesen hang tuah berjalan kaki jer ke menara OCM yang terletak bersebelahan dengan sekolah cina… race kit yang aku collect terdiri dari running vest BROOKS berwarna hijau florescent… BIB… dan timing cip… cantik jugak running vest yang diberikan, sesuai untuk larian sebelah malam… senang orang nak Nampak… lepas amik race kit aku pergi la tengok benbarang kat expo… plan asal nak rembat stoking BROOKS tapi mengenangkan stoking BROOKS free yang aku dapat masa NTV7 run pun tak pakai lagi so kansel la beli stoking lagi… last2 aku beli gel dangan protein bar POWERBAR… bekalan waktu larian nanti… kali ni aku plan nak bawak protein bar sekali sebab banyak sangat makan gel masa larian rasa macam nak muntah rasanya… masa amik race kit aku terserempak dengan beberapa runner yang amik race kit pakai baju NIKE 10k Run 2012… alah race yang fully book hanya lepas 3jam pendafteran dibuka tu… kok ye la tu… rupanya larian NIKE pada tahun ni dibuat pada hari sabtu sebelah petang… tahun lepas aku sempat daftar untuk NIKE run tapi aku tak lari, Cuma amik t-shirt jer… aku lari kat Parkcity sebab event tu jatuh pada hari yang sama…
            Sabtu pagi 20hb aku bawa betty ke Ampang Point sebab dia ada urusan kat sana… balik dari ampang point aku terus tido… tido pada sebelah siang sebelum larian malam adalah amat2 penting kerana badan kita perlu mendapat rehat yang secukupnya untuk larian sebelah malam nanti… aku dapat tido lebih kurang dalam 2jam sebelum bangkit dan bersiap… seperti biasa aku tape kaki aku dulu kawasan2 yang mudah nak melecet dan pack2 barang keperluan aku mengikut checklist yang telah aku sediakan… pastikan barang2 penting tidak tinggal terutama BIB, timing cip, setokin dan kasut… larian kali ni aku akan pertama kalinya menggunakan running tight Mizuno yang aku beli sebelum raya dulu… tight mizuno ni agak ketat sikit jika nak dibandingkan dengan tight Breath walaupun sama saiz… sebab tu agak seksa la nak pakai terutama nak lepas kawasan tumit dengan buku lali…
            Aku bertolak ke putrajaya dalam jam 4.30pm dan terus ke rumah sewa ajat di presint 9… sampai sana dalam kul 5.30pm… aku bersiap2 dengan ajat dirumah sewanya… plan asalnya kami nak berjalan kaki sahaja dari rumah ajat di presint 9 ke perkarangan istana kehakiman… malas nak bawa kereta atau moto sebab ingat nanti nak balik susah sebab mesti jalan banyak ditutup… tapi disebabkan una ada ikut sekali maka kami ambil keputusan untuk pergi naik kereta una sahaja… una akan berlari dalam kategori 5k pada malam itu… untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas dan supaya mudah carik tempat parking kami bergerak ke presint 3 dalam jam 6.30ptg… una parking kereta di lokasi yang sama semasa men’s health… berdekatan dengan bulatan di presint 3… lepas parking kereta kami bergerak ke hadapan Maybank di banggunan perbadanan putrajaya kerana nak berjumpa dengan arai, kawan ajat… vest larian arai ada pada ajat sebab dia minta ajat tolong ambilkan race kit dia… kat depan maybank tu kami buat aktiviti regangan dan memanaskan badan… 
sebelum larian

            Lebih kurang jam 7.50 kami bergerak ke kawasan mula… aku pada mulanya nak carik member aku sosanto yang masuk acara FM… tapi sebab ramai sangat orang kat kawasan mula tu tak jumpa lak aku dengan sosanto… tepat jam 8.00mlm pelari FM pun dilepaskan… sejurus selepas pelari FM dilepaskan, pelari2 bagi kategori HM pula mula memenuhi holding pen dikawasan mula… kali ni aku dengan ajat masuk agak awal ke dalam holding pen sebab tak nak berada kebelakang sangat dalam kumpulan pelari… setelah pengumuman kehadiran tetamu kehormat, peserta2 larian HM pun dilepaskan tepat jam 8.20mlm… maka bermula lah cabaran aku untuk PNM 2012… dari awal larian lagi aku sudah melakukan antara kesalahan besar dalam larian jarak jauh iaitu running too fast too quickly… pace permulaan aku agak laju sikit, ini diakui oleh ajat yang pada waktu permulaan ini berlari seiringan dengan aku… aku sebenarnya dah tahu bahawa pace permulaan ni tak boleh nak laju sangat sebab nanti tak boleh nak sustain pace yang sama sepanjang larian… tapi last2 minit aku buat plan untuk berlari pada pace yang agak laju untuk sekurang2nya 4k yang pertama sebab aku berpendapat yang aku tak akan dapat berlari dengan pace yang laju pada jarak terakhir larian… rupa2nya plan aku ini tidak berjaya dan backfire kepada aku terutama semasa penghujung larian… 
dalam kawasan permulaan


            Masuk ke km-5 aku sudah mula kepenatan dan terpaksa memperlahankan larian… pada ketika ini ajat sudah mula kehadapan… aku minta dia teruskan larian tanpa perlu menunggu aku… aku meneruskan larian dengan pace yang amat2 perlahan… lama kelamaan ajat sudah hilang dari pandangan mata aku… water station yang disediakan adalah amat2 baik… ada juga spoonge basah dan fruit station pada km ke-11 yang menghidangkan pisang… apabila aku dah tak larat nak lari aku akan buat power walk… prestasi larian tidak sebaik HM aku semasa SCKLM’12 yang mana aku mampu melakukan 10k run dalam masa 1jam 9min… oleh kerana aku dah push laju sangat diawal larian menyebabkan dipenghujung larian aku menjadi sangat2 pancit… mujurlah aku tak mengalami masalah cramp… ini mungkin sumbangan ORS yang aku ambil beberapa hari sebelum PNM… perjalanan aku mengharungi 21km di putrajaya ini membawa aku ke beberapa lokasi yang menarik disepanjang larian termasuk melintasi beberapa jambatan yang cantik dan melintasi kediaman rasmi Timbalan perdana Menteri; Sri Satria… berlari… berjalan… berlari… berjalan… dengan perlahan aku berusaha menamatkan larian… sepanjang larian aku ternampak beberapa orang runner yang bermasalah… ada yang terduduk kepenatan… ada yang mengalami cramp yang teruk dan ada juga terpaksa dibawa naik ambulan untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan sampai ada yang bukak kasut lari pakai stokin jer, mungkin dah melecet teruk tu agaknya… itulah risiko berlari pada waktu malam yang ramai orang tak faham… ramai orang berpendapat larian malam lebih mudah berbanding siang sebab takde matahari dan sejuk… sebenarnya larian malam lagi panas sebab haba dari jalan dan juga rehat yang tidak mencukupi sewaktu hari siangnya…
pengalih perhatian

dah tak larat nak lari dah bang ooiii

            Akhirnya aku berjaya menamatkan larian HM kedua aku pada tahun ni dengan masa 3jam 10min… ok la tu tak sampai 3jam 30min pun hahahaaa… melintasi garisan penamat terus diserahkan kepada aku medal penamat, goodies bag dan yang paling special sekali finisher ‘T’… hahahahaa tercapai jugak hajat aku untuk memilikinya… tak jauh dari garisan penamat aku berjumpa dengan ajat yang tengah duduk dengan una… ajat berjaya menamatkan larian sub 3hour… tahniah… aku memang kepenatan giler… rasa macam nak baring jer kat tengah2 jalan tu… pada waktu ni dah ramai pelari HM yang menamatkan larian dan dah ada pun yang menyarungkan finisher ‘t’ memasing dengan bangganya… aku rasa lagi bangga kot kalau dapat menyarungkan finisher ‘t’ FM… setelah tamat larian, rasa mual mula datang… ini adalah akibat makanan yang tak betul2 hadam sebelum larian dimulakan… makanan yang kita makan memerlukan sekurang2nya 90 minit untuk hadam dan makanan berlemak memerlukan masa yang lebih lama, sekurang2nya 2jam untuk hadam… pengambilan gula yang berlebihan sewaktu larian juga boleh menyumbangkan masalah rasa mual selepas larian… 
yang dicari2 kini milik kami

            Setelah berehat lebih kurang kami pun bergerak balik ke rumah sewa ajat… aku berehat seketika di rumah sewa ajat sebelum bergerak balik ke gombak… perjalanan ke gombak aku lalui dengan seksa sekali… minyak kereta kereta pun nak habis tapi nak isi minyak punyalah seksa terutama masa nak turun dari kereta… sakit giler paha aku… ditambah lagi dengan rasa mual yang memuncak2… nasib baik aku tak muntah kat tengah2 jalan… sampai sahaja dirumah terus bersihkan diri dan tido diruang tamu… tak sanggup aku nak tido dalam bilik sebab air-cond sejuk sangat… lepas berbaring barulah rasa mual hilang…
            So, that’s my second HM under the belt… pass ni aku ingat nak slow sikit masuk event larian hingga tahun depan… bulan Nov aku masuk Parkcity… Dec mungkin aku akan berehat, Malakoff pada tahun ni dibukit kiara aku tak masuk rasanya… event tahun depan dibuka dengan MPIB Run pada januari… HM aku yang seterusnya mungkin pada SCKLM’13… atau aku cukup giler untuk mencuba FM pada SCKLM’13… sapa tauuuuuuuuuu!!!!!!!!!
yeaaa Finisher 'T'

medal 21km (HM)



2 comments:

suhaimi said...

scklm:2'50", bsnpnm: 3'10". maknanya betul le orang cakap race kat putrajaya ni memang mencabar..

Pelampung Bocor said...

betul tu... putrajaya lebih mencabar... lebih2 lagi larian malam