Thursday, August 20, 2009

trip kelah



Objektif: Memancing kelah dan bawa balik idup2 untuk isi dalam akuarium ayah aku

Lokasi: sebuah sungai yang tak tahu namanya tapi kat jalan lama dari batang kali ke genting

Laporan penuh:

Trip ni sebenarnya dah lama dah diplan… asalnya idea dari adik aku yang duduk kat shah alam tu… setelah sampai hari yang dijanjikan, tetibalak adik aku x leh ikut sebab dia kene keje… tapi trip tetap diteruskan walaupun ahli yang tinggal Cuma aku dengan ayah aku jer… so kami plan untuk pergi pada sebelah petang sebab belah pagi aku ada urusan kerajaan… so, bila t/hari tu aku sampai umah ayah aku… cuacanya macam nak ujan jer… tapi aku dengan ayah aku gerak gak, manalah tahu bila sampai sana x ujan ker (semangat giler)… seperti yang dijangkakan on the way ujan toron… tapi memang nasib baik la… sampai je kat lokasi memancing, ujan pun berhenti… sebelum sampai ke sungai, kami singgah kat ladang kelapa sawit untuk kutip umpan (buah sawit masak)… port kami memancing tu memang cun la… kalau nak buat tempat berkelah pun boleh, tapi airnya agak laju la… pastu ada beberapa lubuk yang sangat berpotensi… so, ayah aku pun pilih satu lubok yang agak tinggi… kami memancing dari tebing lubok yang ketinggiannya lebih kurang 3meter… memang agak mengerunkan la… menurut ayah aku, sekarang ni bukan musin hujan, kalau musim ujan tempat yang kami mancing memang dah tenggelam la… so ayah aku pun prepare umpan, hirisan buat sawit… aku pun mula la memancing kat kawasan2 jeram tu… susah jugak memancing kat kawasan jeram ni sebab mata mudah sangkut kat batu… setelah mancing hampir sejam, tetiba pancing aku yang aku letak kat atas batu tu bergerak… memula aku ingat sebab arus yang tarik… lapas aku gulung tali, tengok2 ada anak kelah kat ujung mata kail aku… so, itulah hasil tunggal untuk trip kali ni… kami bergerak balik bila dah menjelang petang sebab x nak sangkut dalam utan ni bila dah gelap… dan anak kelah tu pun dah menjadi penghuni tetap akuarium ayah aku…

Friday, August 14, 2009

tip - tip - tip

Kali ni aku nak kongsi beberapa tips… bukan khusus untuk memancing jer ok
1. Motosikal yang dah tersadai lama
Kalau korang ada motosikal yang dah lama x jalan… atas sebab2 tertentula… macam nak baiki tapi takde fulus ke… pastikan injap on & off pada kaburetor di set pada kedudukan off kerana petrol yang terlalu lama bertakung dalam carb boleh menyebabkan carb jadi kong (carb baru bukan murah bang… yang ori x yah cite la… nasib baik aku dapat yang seken punya)
2. Menjaga mesin memancing
Selalu minyakkan mesin korang… tip yang aku aku selalu amalkan adalah guna minyak masak… sebab aku ada baca dalam majalah PANCING… yang ada ikan2 yang sensitif dengan minyak mesin (sebab selalu org guna minyak SINGER)… so, titiskanla minyak masak tu dalam rongga2 yang terbuka dan part2 yang berpusing. Selalu juga amalkan membasuh mesin dengan air bersih lagi suci selepas setiap trip kerana air tempat memancing ni bukannya bersih sangat (terutama kolam2 memancing)… tak apa bahan kimia yang tokey kolam dah bubuh pun x tau la… ini boleh menyebabkan tali kita senang mereput
3. Kalau demam
Kalua korang demam (bukan demam H1N1 @ B1N1)… demam biasala… boleh cuba amalkan makan aiskrim sebelum tido… sebelom korang masuk tido, makan panadol (@ yang seangkatan dengannya)… pastu makan aiskrim, pastu baru gi tido dengan berselimut sebab nak kene berpeluh… insyaallah bila bangun tido nanti rasa lega sikit… ikut pengalaman aku… algi mahal aiskrim yang korang makan lagi effektif petua nih… tak cayo bole cube laaa

Dah la tu… rasa macam nak buat buku je la… lain kali kongsi tip lagi… tapi kalau korang ada tip yang nak kongsi… boleh masukkan dalam comment kat bawah

Gambar ikan ni hanya hiasan sahaja… takde kene mengena dengan tips2 diatas

Thursday, August 6, 2009

berita sedey


Ni aku ada satu berita sedih nak kongsi nih… aku dapat maklumat dari kaki pancing lain kat opis aku yang port baru aku dah… TUTUP… aku baru jer masukkan cite pasal kolam tuh dalam blog aku… masih terasa lagi perasaannya waktu aku taip cite tuh… tetiba jer dapat berita kolam dah tutup… memulanya aku x caya… tapi member aku tu siap bagi bukti bergambar lagi tu… ni yang sukar nak diterima nih… asalnya member seopis aku nih bercuti (adela hal dia)… member plan belah petang nak gi mancing la… so, bila petang tu dia turun ke kolam… tengok2 kolam dah jadi padang jarak padang tekukur dah… maka terhapuslah lagi sebuah kolam mancing kat area kl nih… nampak gaya kene carik port baru le gamaknya… adakah TERPAKSA aku kembali kepada port lama yang selalu mangkau tuh…

Pada awal2 penglibatan aku dalam dunia memancing nih… aku belaja memancing kat kolam air tawar di subang jaya… kolam tuh masih wujud sampai sekarang… aku panggil kolam halim… tak tau la nama sebenar sebab x nampak pun tanda nama yg official… pastu aku berhijrah mancing kat kolam air masin (nama kolam dah lupa la)… betul2 kat tepi jalan laluan dari selayang ke rawang area templer park… tapi kolam tu pun dah tutup… digantikan dengan taman perumahan… kat kolam tu lah aku merekodkan tangkapan terbesar aku… siakap 7.5kg… aku ada amik gambar… nanti aku carik… kalau jumpa aku letak kat blog nih… siakap 7.5kg tu kira ikan jackpot la minggu tu, aku menang rm600 jer… pas kolam tu tutup aku pindah kolam air masin dekat2 situ gak tapi masuk dalam sikit… masuk kat taman perumahan baru tu naik atas bukit… kalau x salah aku kolam green paradise… ada lagi 2 ~ 3 kolam dengan port mancing lain yang aku pernah singgah… lain kali cite ok

Saturday, August 1, 2009

moto


Ni kisah pasal moto aku… bukan moto (kili) pancing tuh… tapi motosikal la… sehingga hari ni aku dah pakai Cuma 2 bijik moto jer… moto pertama aku adalah harta pusaka ayah aku… moto pertama yang dia beli… masa aku belaja kat johor… dia kira sedekah la moto tu kat aku untuk pakai hari2 pegi balik kuliah… jasa besar tul moto tu… moto HONDA C90… tak banyak moto jenis camtu atas jalan… kira2 abang kepada moto HONDA FAME la… masa aku ambik alih moto tu dari ayah aku… umurnya dah sampai 12 tahun rasenye… kira2 nak masuk kategori antik la… tapi antik tak antik la, kira sampai jugak la aku naik moto tu dari skudai sampai tanjung leman, mersing… walaupun top speed bole pegi 80km/j jer… last2 bila aku dah abis belaja aku tolak moto tu ke kawan aku…

Pastu ayah aku belikan aku moto lain lak… moto SUZUKI FX110… moto tu la yang aku pakai sampai sekarang… walaupun tak ranggi macam moto2 sekarang, tapi tetap mengjadi pujaan hatiku… sebenarnya moto tu dah lama tersadai kat umah aku… aku rasa hampir setahun ada… sebab dah macam2 yang rosak… pastu bila nak baiki, kos tinggi… so, terpaksa la aku tukunkan sementara waktu… antara masalah2nya… tayar belakang selalu pancit… kaburetor dah susah nak setting… ada asap ekzos bocor antara sambungan ekzos dengan enjin… dan macam2 lagi la… aku nak cite pun tak sanggup… tapi baru2 ni dengan sedikit suntikan dana… aku berusaha untuk MENGHIDUPKAN semula moto aku tu… dan aku berjaya… malah aku dapat letak jantung baru (kaburetor) untuk moto aku tu… mekanik tu dapat carik kaburetor lagenda ganti kaburetor lama aku… masa dia try, mekanik tu siap buat willie moto aku… gile punya pik-cup moto aku… masa mekanik tu tengah BIKIN moto aku tu… adela member dia datang… member dia siap cakap kat aku yang moto dia SIZUKI RC dah pasang kaburetor TZM lagi… lagi giler… tapi yang penting lepas ni aku gi kerja kira merempit la plak…




Monday, July 27, 2009

LIE TO ME

ni lagu bon jovi yang dah lama giler aku x dengar... seingat aku dulu last time aku dengar masa kat U dulu... tangkap lentok giler... dedikasi khas buat mereka2 yang paling penting dalam hidup aku (so, memang ada lagi yang penting dalam idup aku dari memancing)


LIE TO ME
Rumour has it that your daddys coming down
Hes gonna pay the rent
Tell me baby, is this as good as life is gonna get
It feels like theres a stranger standing in these shoes
But, I know I cant lose me, cause then Id be losing you

I know I promised baby
I would be the one to make our dreams come true
I aint too proud of all the struggles
And the hard times weve been through
When this cold world comes between us
Please tell me youll be brave
cause I can realize the danger when forgiveness fades away

If you dont love me - lie to me
cause baby youre the one thing I believe
Let it all fall down around us, if thats whats meant to be
Right now if you dont love me baby - lie to me

Pour another cup of coffee
Babe I got something to say to you
I aint got the winning ticket
Not the one thats gonna pull us through
No one said that itd be easy
Let your old man take you home
But know that if you walk out on me that darling
Id be gone

If you dont love me - lie to me
cause baby youre the one thing I believe
Let it all fall down around us, if thats whats meant to be
Right now if you cant love me baby - lie to me
Baby, I can take it

Its a bitch, but lifes a roller coaster ride
The ups and downs will make you scream sometimes
Its hard believing that the thrill is gone
But we got to go around again, so lets hold on

If you dont love me - lie to me
cause baby youre the one thing I believe
Let it all fall down around us
If thats whats meant to be
Right now if you cant love me baby - lie to me
Lie to me
Baby, I can take it
Cmon lie to me

Thursday, July 23, 2009

lokasi terkini



NI GAMBAR-GAMBAR PORT TERKINI TEMPAT AKU MANCING… SAIZNYA KECIK SIKIT LA BERBANDING DENGAN KOLAM LAMA… TEORI AKU LA… BILA KOLAM TU KECIK SIKIT, IKAN X DELA PERGI MELILAU-LILAU JAUH2… SO IKAN TU BERKUMPUL JE LA… CUMA NAK KENE CARIK LUBUK IKAN TU BERKUMPUL YANG SUSAH TU… MAKLUMLAH… IKAN TU PUN BUKANNYE BUAT RUMAH KAT DALAM KOLAM TU… DIA PUN MESTI ADA PINDAH2 PORT PUNYA… KOLAM TU BERSAIZ EMPAT SEGI TEPAT… SO BUAT MASA NI, IKUT PEMERHATIAN AKU LUBUK IKAN UNTUK KOLAM NI KAT AREA SANGKAR IKAN (MACAM BIASA LA, KEBANYAKKAN KOLAM PUN LUBUK DIA KAT AREA SANGKAR JUGAK)

SO, UNTUK LAPORAN TRIP AKU MALAM TU… PRESTASI KOLAM MEMANG CAM GAMPANG… PORT YG AKU PILIH TU AKU RASA MACAM DAH OK… BEDASARKAN TRIP AKU YANG SEBELUM NI LA… MALAM TU PLAK MEMANG BANYAK TUL SERANGGA BERKELIARAN… KALAU KORANG TENGOK DALAM GAMBAR TU, YANG WARNA PUTIH2 TU, SERANGGA BERTERBANGAN LA… KALAU NGANGA, KONFOM BERDOZEN2 MASUK MULUT… ADA CINA SEBELAH AKU, SIAP BANYAK RIDSECT LAGI… ABIS SATU BOTOL DIA SPRAY… TAPI TAK HILANG GAK SERANGGA TU… YANG PALING KESIAN AWEK YANG DIA BAWAK SEKALI TU LA… JENUH MENGIPAS NAK HALAU SERANGGA TU… TAPI DISEBABKAN SEMANGAT NAK MEMANCING YG TINGGI… AKU TEMPUHI JUA… DAN HASILNYA… MANGKAU!!!... SEKOR PUN TAK NAIK… YANG NAIK PUN MALAM TU ADELA SEKOR… SORANG BUDAK MELAYU… TAPI BESAR GILE IKAN DIA… 11KILO… TERUS DAPAT JACKPOT NO. 1… HARI JADI DIA AGAKNYA MALAM TU… SO AKU TERTANYA2… ASYIK HARI JADI ORANG LAIN JER… BILA PLAK NAK HARI JADI AKU NIH… HAMPEH TUL…

TAPI X DAPAT IKAN TAK AKAN MEMATAHKAN SEMANGAT AKU (CEWAH, NAK MENYEDAPKAN ATI LA TU KONONYA)… SEHINGGA BERJUMPA LAGI DI TRIP YANG LAIN…

Wednesday, July 8, 2009

mintak maaf la

Salam dan selamat sejahtera,
Mula2 sekali nak mintak maaf kat sesiapa yang selalu datang jenguk blog nih… sorrylah dah lama x up-date. Skarang nih memang time sibuk… terlalu sibuk sampai x de masa untuk gi mancing… lagipun sejak kebelakangan nih keje banyak tul kat opis... dari pagi sampai petang layan macam2 masalah...

aku memang plan nak bubuh macam2 dalam blog nih... sepatutnya edisi yang terkini ada cerita pasal teknik aku buat perambut sendiri... gambar semua dah ambik... tapi tak sempat nak editla...

hujung minggu pun aku takde pegi mancing kolam pun... sekarang nih kalau ada masa hujung minggu pun aku banyak layan tasik jer... murah x yah bayar... so kalau x dapat ikan pun takde la rasa sakit ati sangat... aku selalu gi kat empangan batu... pemandangan pun bole tahan gak la... takde la boring sangat mancing...

satu lagi... aku nak ikut ayah aku gi mancingn kelah... ayah aku yang dah pencen tu memang minat mancing gak... kira2nya aku ni berkongsi hobi la dengan ayah aku... sekarang ni dia tengah syok layan kelah dekat area ulu yam... takde la besar sangat... tapi kira bole bela la...

bulan ogos ni ada pertandingan memancing kat opis aku... plan nak masuk... tapi biasanya kalau pertandingan memancing nih... hasilnya selalu kureng memberangsangkan... bayangkanlah kalua dah penuh setiap penjuru kolam tuh dengan pancing... aku rasa ikan dalam kolam tu pun mabuk agaknya nak pilih umpam... tapi yang best masuk pertandingan ni kalau menang lah... dan lagi satu member banyak... so takde la boring sangat masa memancing tuh... ok la kalau ada yang menarik masa pertandingan tu aku cite

so... terima kasih kerana membaca

petikan cerita VAKRIE (best woooo)