Friday, August 14, 2009

tip - tip - tip

Kali ni aku nak kongsi beberapa tips… bukan khusus untuk memancing jer ok
1. Motosikal yang dah tersadai lama
Kalau korang ada motosikal yang dah lama x jalan… atas sebab2 tertentula… macam nak baiki tapi takde fulus ke… pastikan injap on & off pada kaburetor di set pada kedudukan off kerana petrol yang terlalu lama bertakung dalam carb boleh menyebabkan carb jadi kong (carb baru bukan murah bang… yang ori x yah cite la… nasib baik aku dapat yang seken punya)
2. Menjaga mesin memancing
Selalu minyakkan mesin korang… tip yang aku aku selalu amalkan adalah guna minyak masak… sebab aku ada baca dalam majalah PANCING… yang ada ikan2 yang sensitif dengan minyak mesin (sebab selalu org guna minyak SINGER)… so, titiskanla minyak masak tu dalam rongga2 yang terbuka dan part2 yang berpusing. Selalu juga amalkan membasuh mesin dengan air bersih lagi suci selepas setiap trip kerana air tempat memancing ni bukannya bersih sangat (terutama kolam2 memancing)… tak apa bahan kimia yang tokey kolam dah bubuh pun x tau la… ini boleh menyebabkan tali kita senang mereput
3. Kalau demam
Kalua korang demam (bukan demam H1N1 @ B1N1)… demam biasala… boleh cuba amalkan makan aiskrim sebelum tido… sebelom korang masuk tido, makan panadol (@ yang seangkatan dengannya)… pastu makan aiskrim, pastu baru gi tido dengan berselimut sebab nak kene berpeluh… insyaallah bila bangun tido nanti rasa lega sikit… ikut pengalaman aku… algi mahal aiskrim yang korang makan lagi effektif petua nih… tak cayo bole cube laaa

Dah la tu… rasa macam nak buat buku je la… lain kali kongsi tip lagi… tapi kalau korang ada tip yang nak kongsi… boleh masukkan dalam comment kat bawah

Gambar ikan ni hanya hiasan sahaja… takde kene mengena dengan tips2 diatas

No comments: