Thursday, August 6, 2009

berita sedey


Ni aku ada satu berita sedih nak kongsi nih… aku dapat maklumat dari kaki pancing lain kat opis aku yang port baru aku dah… TUTUP… aku baru jer masukkan cite pasal kolam tuh dalam blog aku… masih terasa lagi perasaannya waktu aku taip cite tuh… tetiba jer dapat berita kolam dah tutup… memulanya aku x caya… tapi member aku tu siap bagi bukti bergambar lagi tu… ni yang sukar nak diterima nih… asalnya member seopis aku nih bercuti (adela hal dia)… member plan belah petang nak gi mancing la… so, bila petang tu dia turun ke kolam… tengok2 kolam dah jadi padang jarak padang tekukur dah… maka terhapuslah lagi sebuah kolam mancing kat area kl nih… nampak gaya kene carik port baru le gamaknya… adakah TERPAKSA aku kembali kepada port lama yang selalu mangkau tuh…

Pada awal2 penglibatan aku dalam dunia memancing nih… aku belaja memancing kat kolam air tawar di subang jaya… kolam tuh masih wujud sampai sekarang… aku panggil kolam halim… tak tau la nama sebenar sebab x nampak pun tanda nama yg official… pastu aku berhijrah mancing kat kolam air masin (nama kolam dah lupa la)… betul2 kat tepi jalan laluan dari selayang ke rawang area templer park… tapi kolam tu pun dah tutup… digantikan dengan taman perumahan… kat kolam tu lah aku merekodkan tangkapan terbesar aku… siakap 7.5kg… aku ada amik gambar… nanti aku carik… kalau jumpa aku letak kat blog nih… siakap 7.5kg tu kira ikan jackpot la minggu tu, aku menang rm600 jer… pas kolam tu tutup aku pindah kolam air masin dekat2 situ gak tapi masuk dalam sikit… masuk kat taman perumahan baru tu naik atas bukit… kalau x salah aku kolam green paradise… ada lagi 2 ~ 3 kolam dengan port mancing lain yang aku pernah singgah… lain kali cite ok

No comments: