Thursday, August 27, 2009

ramadhan 2009


Salam dan selamat bertemu semula didalam bulan yang tersangat mulia ini… aku rasa hampir kebanyakkan blogger2 muslim pasti ada menulis sesuatu mengenai ramdhan dalam blog memasing… so aku pun tak nak ketinggalan la dari mencoret sesuatu mengenai ramadhan…

Bagi aku… ramadhan ni adalah bulan untuk kesederhanaan… ibadah puasa yang kita buat ni menuntut kita supaya berserdahana… sebab dalam berpuasa kita tak boleh berlebih-lebihan kerana ia boleh mengurangkan pahala… ini merangkupi segala dalam ibadah puasa ni… tak kirala di waktu sahur ke, waktu berpuasa ke dan waktu berbuka… kalau kita tengok dalam ruang lingkup yang lebih luas pun sama gak… keserdahanaan ini di tuntut tak kira diwaktu awal ramadhan, dipertengahan ramadhan atau bila nak dekat2 raya nanti… (puasa baru masuk hari ke 6 dah mula ingat nak raya)

So, bagi aku… berpuasa ni memang membawa pelbagai cabaran… dari nak bangun bersahur, pas sahur baru nak lelap mata azan subuh dah berkumandang… waktu pagi, tengah hari dan petang di pejabat yang mana selalunya diisi dengan aktiviti meeting dan eating… dan apabila nak berbuka nanti… kalau pegi bazar ramadhan tu kalau boleh semua nak angkut balik… bak kata orang tua aku… bawak tali la, boleh tarik bazar ramadhan tu balik umah… dan bila malam menjelang dan perut pun dah mula membuncit (mentedarah punya pasal)… ada ibadah2 yang wajib dan sunat dituntut… tapi masalahnya nak menyempurnakan ibadah tu sebab ‘hongeh’ sangat (terutama magrib)

So bulan pose ni tak tahu la aku nak buat trip memancing ke idak… sebab banyak tu cabarannya… kalau gi mancing siang… panas… gi mancing malam… nak gi terawih, pastu perut dah kenyang nak kuar pun malas… kalau ada nanti aku ceritakan

So, SeLaMaT BeRpUaSa

No comments: