Tuesday, September 1, 2009

Suka-suka mangkau


Salam sejahtera semua… semasa coretan ini dibuat, aku berada di kuantan atas urusan keluarga… so, aku ingin mengemukakan laporan pancing yang menyakitkan hati tetapi ingin aku kongsi bersama2 (inilah sebenarnya tujuan blog ni pun).
Tempat aku bekerja baru2 nih menganjurkan satu pertandingan memancing yang diberi tajuk “suka-suka jackpot” yang bertempat di BAI WORLD, tasik puteri, rawang (aku rasa kolam ni memang agak famous gak la)… demi menyemarakkan semangat kesukanan aku pun masuk pertandingan ni… lagi pun yang menganjurkannya pon memang2 member aku pon… seperti biasa bila nak masuk pertandingan nih, persiapan memang dah lama dirancangkan… iaitu jenis2 rig yang nak digunakan… jenis2 umpan yang perlu disediakan… benda2 ni memang dah lama bermain2 dalam kepala otak aku seminggu dua sebelum pertandinngan lagi (siap buat list dengan diagram lagi)… bila pertandingan makin dekat… lagi la macam2 yang bermain2 dalam kepala otak nih
Setelah persiapan yang secukupnya dibuat, maka sampaila hari pertandingan… so, seperti biasa… aku sampai awal sebab nak cop port baik la… aku memang x berapa biasa dengan kolam nih, so aku ikut gerak ati aku jer… maka tepat kul 9 pagi pertandingan pun bermula… sejam pertama berlalu dengan sedikit harapan apabila selang 2 pancing dari joran aku mengena patin hampir sekilo… so aku fikir, kawasan ni memang tempat mainan ikan… jam kedua berlalu sepi… dan tanpa kusedari sampai jam ke-4 pun tetap sepi… so itulah hasilnya… MANGKAU…
Tempat pertama dan kedua dibolot oleh orang yang sama dengan menaikan ikan tongsan 7 kilo ( eleh, rekod peribadi aku lagi besar la, 8kilo)… so, apa yang aku dapat dari pertandingan ni… selain panas hati, badan dan lain2… aku dapat jadi wakil pengurusan untuk smpaikan hadiah… tukang ambik gambar tu kata nak masukkan dalam majalah PANCING… katenye
gambar2 kolam pancing BAI WORLD pada hari kejadian

No comments: