Saturday, September 12, 2009

Pilatus terhempas, 2 juruterbang maut

alamak... sedih sungguh aku baca pasal berita nih... kalau pilot kita terbunuh dalam pentempuran ok la gak... ni masa aman pun bole jadik camni... apa cite, tolong la kementerian pertahana dengan air force... tolon la check balik semua equipment kite supaya kejadian yang sama x berulang... al-fatihan aku sedekahkan buat yg terkorban dan takziah buat keluarga arwah...

berita ni aku petik dari utusan malaysia



Keadaan pesawat Pilatus PC-7 yang terhempas di lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, yang mengorbankan dua nyawa, semalam.


LANGKAWI 11 Sept. – Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar maut apabila pesawat Pilatus PC-7 yang mereka naiki terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.
Kedua-dua juruterbang tersebut dikenali sebagai Mejar Mohd. Rozaini Mohd. Mustafa, 37, dan Mejar Mohd. Zulkifli Hasan, 38. Kedua-dua mereka berkhidmat di pangkalan TUDM Kepala Batas, Alor Setar.
Kejadian berlaku ketika juruterbang berkenaan cuba mendaratkan pesawat tersebut di landasan lapangan terbang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan TUDM Kepala Batas dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan di lapangan terbang tersebut sebelum terbakar.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Langkawi, Ishak Hashim berkata, empat jentera bersama 15 anggota bomba berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat pada pukul 12.50 tengah hari.
Menurut beliau, ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua juruterbang yang lengkap beruniform masih berada di tempat duduk masing-masing.
‘‘Anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua juruterbang tersebut dari pesawat kira-kira pukul 1.20 petang dan terus dibawa ke Hospital Langkawi,’’ kata beliau.
Bagaimanapun, punca kemalangan itu masih disiasat.

No comments: