Sunday, April 22, 2012

Road to SIC sepang



                Dah baca dah pasal piping baru kat rumah aku… apada aku ni, pasang piping baru pun nak tulis dalam blog… nasib baik blogging di takde editor… kalau tidak mentah2 dah kena reject punya… kisah kali ni adalah berkenaan dengan persediaan aku untuk menghadapi race yang akan datang… memang keje aku dari dulu lagi banyak berkisar tentang pengumpulan data, analisis dan mengambil tindakan yang sewajarnya bedasarkan data2 yang ada…so setiap larian aku dari tahun lepas lagi aku memang ada rekod datanya… bukan sahaja data road race yang aku sertai… juga data setiap larian latihan aku yang aku buat di taman tasik titiwangsa dan juga taman tasik metropolitan… tahun lepas data aku tak berapa detail… Cuma ada rekod jarak larian dan masa yang dicatatkan… tahun ni sebab dah ada teknologi android… data yang aku kumpul bertambah baik… ada data split setiap kilometer bersama2 pace dan kelajuan larian… untuk pengetahuan semua, pace adalah masa yang diperlukan untuk jarak 1km, direkod dalam unit min/km… manakala kelajuan pula adalah ukuran berapa jarak yang dapat kita cover dalam masa 1jam, direkod dalam unit km/jam… untuk pelari ukuran pace paling sesuai digunakan sebab kalau guna kelajuan km/jam, datanya slow sangat…pace larian aku pada tahun ni adalah lebih kurang 7.3 secara puratanya…
                Data larian aku terbahagi kepada 2 bahagian… bahagian pertama adalah sesi latihan di taman dan bahagian kedua adalah data dari road race yang aku sertai... aku terpaksa mengasingkan kedua2 data ni sebab terdapat sedikit perbezaan dalam corak larian diantara keduanya… jika kita lihat data larian di taman… pace permulaan aku selalunya agak laju… secara puratanya 6.3 dalam 3 km yang pertama… ini sebab keadaan persekitaran yang membolehkan aku bermula berlari dengan baik ditaman2… km yang seterusnya akan berlaku pertambahan pace disebabkan keletihan pada kadar 0.1 pace setiap km… latihan ditaman2 juga melibatkan sesi rehat dipertengahan larian… ini diwakili dengan bacaan pace yang meningkat secara mendadak didalam graf… jika kita lihat pada graf yang mewakili road race (RR) pula… 3km yang pertama tidak seperti semasa latihan, purata pada 7.3 pace… ini adalah kerana dalam RR, sewaktu pelepasan peserta selalunya keadaan agak crowded dan agak sukar untuk berlari dengan lancar… apabila masuk km ke-4, keadaan menjadi kurang sesak dan pace boleh menjadi laju sedikit… pada graf RR tidak ada data yang meningkat secara mendadak tetapi terdapat beberapa bahagian yang menunjukkan pace menjadi perlahan… ini selalunya disebabkan oleh laluan berbukit yang memang banyak dalam RR… dalam RR peningkatan pace tidak setinggi latihan… data peningkatan pace adalah pada kadar 0.03 pace sekilometer… ini berkemungkinan berlaku disebabkan bila kita bermula dengan perlahan, kita boleh maintain pace tersebut pada jangkamasa yang lebih lama berbanding sewaktu latihan yang mana kita bermula dengan pace yang agak laju dan cepat penat… peh macam laporan nak hantar ke boss lak plak… tapi ni semua tafsiran aku sendiri berdasarkan data2 sendiri yang aku kumpul… ketepatannya aku takleh nak jamin…





                Bila dah ada data dan data tersebut telah dianalisis menggunakan tools yang bersesuaian… apakah langkah seterusnya… data2 yang dinalisis ini selalunya melambangkan 2 perkara… pertama, ia melambangkan keadaan semasa ataupun pencapaian semasa data tersebut… kedua, ia adalah juga sebagai penanda tindakan susulan yang perlu diambil… seperti mana orang2 lain, aku juga mengharapkan prestasi larian aku akan bertambah baik dari masa ke semasa… itulah tujuan utama aku mengumpul data larian aku, supaya dapat membantu aku menunjukkan prestasi semasa dan menentukan tindakan selanjutnya yang perlu aku lakukan untuk meningkatkan prestasi ini…aku akan menggunakan data yang terkumpul ini untuk membuat ramalan timing aku untuk ENR yang akan datang… bedasarkan data, ramalan aku untuk timing ENR (15.5km) adalah 1jam 51min… kemudian aku pecahkan lagi timing aku ikut kilometer dari kilometer 1 hingga 15… ini akan aku gunakan sebagai panduan timing aku untuk setiap kilometer… jika aku sampai ke satu2 kilometer tetapi melebihi timing yang telah aku tetapkan, bermakna aku kena pertingkahkan pace larian aku… tetapi kalau timing aku lebih cepat dari masa yang ditetapkan bermakna aku boleh memperlahankan pace larian aku ataupun berjalan untuk mengumpul tenaga… 
planning... planning...

                Untuk memudahkan aku rujuk timing dan pace… aku telah catatkan data tersebut pada nota kecil yang boleh aku selitkan dalam pouch… maklumlah aku takde jam yang mahal yang ada gps dan boleh masukkan running plan, so guna kertas nota kecil je la… plan aku, bila aku jumpa km marker aku keluarkan nota tersebut dan check samada aku on track ataupun dah over… perrrgggghhh dasatnya plan… tetapi ni semua perancangan sahaja… kalau dalam kitar PDCA tu dalam bahagian P (Plan)…. Dia punya D (Do) belum tahu lagi macam mana… sebab on the race day macam2 boleh berlaku dan prestasi aku pada hari tersebut lagi belum tentu dalam keadaan yang paling optimum… sedikit mengenai kitaran PDCA… untuk info korang, kitaran PDCA selalunya digunakan dalam melaksanakan sesuatu projek dari mula hingga siap… PDCA stand for Plan, Do, Check dan Action… perkara yang paling utama dalam kitaran PDCA adalah bahagian Plan yang masa lebih daripada 60% aktiviti perlu ditumpukan dalam bahagian planning atau merancang… jika rancangan adalah betul dan tepat, insyaallah pelaksanaannya tidak akan menimbulkan banyak masalah…
                Perkara yang membuatkan aku agak goyang sekarang adalah… pada sebelah siang hari sabtu tersebut aku ada jemputan kawin di klang… kalau tak pegi rasa bersalah la plak… takut2 episod yang sama masa tahun lepas men’s health night run berulang semula… belah siang ada kenduri, makan gulai nangka muda, masa lari sakit perut… tapi tahun ni insyaallah aku akan lebih bersedia dan berwaspada… tambahan pula rakan larian aku, ajat ada call aku semalam (selasa)… dia kena gi outstation ke kelantan dari hari rabu sampai jumaat… aku lupa la ada bagitau tak yang ajat sekarang nih dah keje… station kat cyberjaya dan tinggal kat putrajaya… ada la can nak gi night run kat area putrajaya lak lepas nih… ajat sebenarnya kena gi kelantan sampai hari sabtu… tapi sebab dia nak lari gak kat SIC masa ENR… dia dah coutim supaya keje habis hari jumaat dan malam tu terus balik ke kl naik bas… so pagi sabtu aku kena jemput dia kat stesen bas pekeliling… lepas kenduri target berlepas ke putrajaya (rumah sewa ajat) pukul 3ptg… bersiap kat rumah sewa ajat, pastu pukul 5 gerak ke SIC… itulah perancangannya ROAD TO SIC… INSYAALLAH… nantikan pelaksanaan dan keputusannya dalam laporan yang akan datang…

Sunday, April 15, 2012

Air Oh Air…



                Kali ni aku nak kongsi pasal masalah air kat rumah aku… rumah aku adalah rumah second hand teres 2 tingkat… rumah ni memang rumah lama… kecik jer, tak macam rumah2 pesen sekarang… besor2 belaka… tapi itu lah rumah ku… masa mula2 aku beli rumah ni, takde la masalah air nih… tapi lepas dah hampir 5 tahun aku duduk kat sini masalah air ni dah mula timbul… masalahnya adalah, air yang keluar dari pili dalam bilik mandi terlalu perlahan… makin lama makin perlahan sampai aku nak basuh baju pun payah… kalau nak mandi, nak tunggu bekas air aku yang besar tu penuh kenkadang kena tunggu semalaman baru penuh… bayangkan kalau ada tetamu yang datang rumah… lagi la leceh…
                Penyebab utama masalah ni adalah saluran paip yang tertanam dalam dinding yang menyalurkan air dari tangki utama kat bumbung ke setiap bilik air rumah aku… paip yang tertanam ni dibuat dari besi dan saiznya pun kecil… lepas sepuluh tahun, paip2 ni akan mula berkarat dan mengganggu pengaliran air terutama kawasan elbow pipe…
                Mula2 aku masih boleh lagi bersabar dengan keadaan ni… tapi lama kelamaan keadaan menjadi semakin teruk… ditambah pula pada satu ketika, air overflow dari tangki melimpah keluar… nasib baik paip air overflow ni masuk semula ke dalam bilik air atas… dengan menggunakan kebolehan KAIZEN aku, aku berjaya menyalurkan semula air overflow ni masuk ke dalam bekas tadahan air aku… tapi masalahnya, setiap kali bekas air aku dah penuh aku kena tutup kunci air paip utama yang mana kedudukannya agak tinggi dan aku sorang jer yang sampai nak capai… letih aku tutup bukak kunci air tu…
                Aku dah agak… mesti ada masalah dengan pelampung dalam tangki air aku… aku tak dapat nak naik ke bumbung nak tengok tangki air aku sebab man hole naik ke bumbung aku dah seal dan kuncinya aku tak tahu hilang kemana… kenapa aku seal man hole naik kebumbung, sebab rumah aku dulu pernah kena kes pecah rumah yang mana perompaknya masuk dari atas bumbung dan masuk ke rumah melalui man hole kat siling tu… tu kes yang aku malas nak cite (tapi untuk pengetahuan korang rumah aku takde apa2 yang hilang Cuma kerosakkan pada bumbung aje)… akhirnya aku terpaksa pecah kan seal man hole tu sebab nak naik ke bumbung… seperti yang aku jangkakan, pelampung tangki aku dah rosak menyebabkan air dari paip utama terus masuk ke dalam tangki utama walaupun dah penuh hingga overflow…so aku ganti la set pelampung yang baru… selesai masalah overflow… tapi pili aku masih lagi keluar air kecil dan perlahan…
                Untuk masalah air pili kecik… jalan penyelesaiannya adalah… buat piping baru dari tangki utama masuk ke bilik air… tapi projek ni memerlukan sedikit modal… memandangkan aku baru jer berbelanja besar beli moto baru… kena la kumpul duit sikit… bila modal dah cukup, aku minta tolong nardi (budak indon yang sewa apartment aku kat setapak)… aku plan nak buat piping luar dinding jer…guna pipe pvc… nardi datang pada hari ahad bersama2 member dia dalam pukul 10pagi… aku pinjam tangga besi jiran aku, mr. singgam… nardi naik ke atas bumbung dan buat kiraan berapa banyak barangan dan keperluan yang perlu dibeli… lepas tu nardi dan member dia terus keluar pergi hardware beli barang… nasib baik kat area sri gombak ni banyak hardware yang bukak pada hari ahad… aku request kat nardi untuk buat 3unit pili yang baru... satu unit untuk mesin basuh kat luar bilik air atas, unit pili yang baru… satu unit lagi untuk bilik air atas, ganti pili lama…satu lagi pili kat porch kereta, ganti pili yang lama… semua pili yang kena ganti ni sebab air yang keluar perlahan dan kecil sangat… aku juga minta satu sambungan baru untuk ke tangki pam tandas bilik air atas…
lubang kat siling... laluan baru pipe air
outlet baru untuk mesin basuh

                Setelah membeli barang keperluan dihardware… nardi pun memulakan kerja2 pemasangan pipe… satu lubang kecil terpaksa dibuat pada siling kerana nak bagi ruang untuk paip baru turun dari bumbung… dari situ nardi buat satu pili kat luar bilik air untuk mesin basuh, satu pili kat dalam bilik air ganti pili lama yang paipnya dah berkarat teruk dan satu paip terus masuk ke dalam tangki tandas... masa buat trial, pili mesin basuh ok, pili bilik mandi ok tapi air tak masuk ke tangki tandas sebab set pelampung dah rosak… aku bagitau kat nardi yang tangki tandas tu aku akan baiki sendiri kemudian… maka settle lah masalah pili bilik air kat atas…
pili air baru dalam bilik air... yang berkarat kat sebelah tu pipe lama

                Lepas tu nardi buat pulak pili kat porch… pili lama pun mempunyai masalah piping yang dah berkarat… tapi masa nardi nak tutup kunci air utama kat meter… tak boleh nak tutup pulak sebab dah loose… so terpaksa lah nardi pergi ke hardware sekali lagi cari kunci air yang baru… dalam pukul 5 selesailah projek membuat piping baru untuk rumah aku… selepas memberi sedikit upah kat nardi dan member dia… nardi pun balik, nasib baik ada nardi yang membantu… baik hati sungguh dia… apartment aku yang kat setapak tu pun banyak dia yang tolong baikikan, dulu masa bumbung aku rosak sebab kes pecah rumah dia lah jugak yang datang time2 magrib tolong baiki semula… lepas nardi balik aku pun mula mengemas semula rumah aku…
pipe baru kat luar rumah... jom basuh moto

                Masa mengemas, aku dapati tandas tingkat bawah aku dah takde air la plak… rupanya bila nardi buat piping baru kat bilik air atas… dia potong piping lama dan sambung paip baru dari situ… bilik air atas dan bawah kongsi paip yang sama… so bila bilik air atas dah ada piping baru, bilik air bawah takde air la… tapi nasib baik bilik air bawah ada satu lagi punca air yang tak bersambung dengan piping bilik air atas… so kat situ aku bubuh pili baru untuk kegunaan bilik air bawah…malam tu plak aku dapati ada air menitik-nitik dari siling berdekatan dengan tangki utama… malam tu plak hujan lebat, aku budget bumbung aku dah bocor… bila aku naik ke atas bumbung, rupanya set pelampung tangki utama aku longgar dan air memercik keluar dan menitik dari tangki utama ke siling… bila aku ketatkan balik set pelampung tu, masalah air menitik pun takde lagi…
                Akhirnya pada malam tu aku dapat mandi dengan puasnya sebab air yang keluar dari pili laju… takde la aku kena budget2 masa mandi takut orang lain takleh nak mandi lepas aku.. nak basuh baju pun mudah sebab mesin basuh dah ada pilinya sendiri… nak cuci motor kat porch pun dah senang sikit sebab air kuat boleh sembur jer dengan paip getah…Alhamdulillah selesai satu masalah…

Sunday, April 8, 2012

Suzuki



            Entry kali ni berkisar tentang aku punya mode of transportation untuk kegunaan harian pergi dan balik dari kerja… iaitu motosikal ku… aku pernah bercerita sebelum ni pasal motor suzuki fx110 yang telah aku baiki dan aku gunakan sebagai pengankutan utama aku untuk pergi kerja… macam mana aku boleh beli moto suzuki ni ekk… masa aku be ajar dulu aku guna motosikal pusaka ayah aku… HONDA C90… boleh la guna nak pergi dan balik dari kuliah… bukan jauhpun rumah sewa aku kat taman U ke UTM… 5 tahun aku moto tu… masa aku ambil alih moto tu pun dah berbelas tahun umornya… best memang best guna moto HONDA C90 ni… maklum lah telah di nobatkan sebagai THE GREATEST EVER MOTORCYCLE… Cuma disebabkan keuzurannya, masalah sering datang terutama dari wiring… ada sekali tu aku dengan bebudak rumah aku plan nak pergi ke stulang sebab nak celebrate penghujung pengajian kami kat UTM… aku baru keluar dari taman U… tetiba lampu moto aku boleh terpadam, padehal aku baru jer letak mentol baru… terpaksa la aku berpatah balik dan cancel untuk pergi celebrate dengan memember aku… paling jauh aku travel dengan HONDA C90 aku adalah dari skudai ke tanjung leman, mersing…
            Semasa aku masuk ke tahun ke-4 pengajian ijazah aku… aku kena buat praktikal di ibu pejabat JKR kuala lumpur… untuk memudahkan aku pergi praktikal… maka ayah aku beli lagi sebijik moto sebab moto honda tu ada kat skudai… waktu tu aku memang target moto modenas je… maklumlah moto modenas baru je dilancarkan… tapi sewaktu belek2 moto kat kedai, ayah aku macam tak berkenan lak dengan modenas… dia tanya aku macam mana dengan model suzuki… waktu tu suzuki memang famous gile dengan model RG nya… aku tak nak amik model RG sebab moto tu 2 lejang dan agak kuat makan minyak… aku kan student, kena fikir apa yang paling ekonomi untuk aku… tapi ayah aku berkenan sangat dengan model FX110… mungkin sebab model tu baru dilancarkan… aku ikut jer, walaupun agak was2 takut kuat makan minyak… tapi alhamdulillah, sedar tak sedar 14 tahun aku guna motor tu… dari zaman belajar sampai zaman kerja… dari zaman bujang,,, bercinta… sampai kawin dah ada anak… banayk jasa FX ni kat aku… sayang nak let go…
            Dalam masa yang sama family aku ada beli moto lagi… untuk ajat, buat ulang alik pergi sekolah… ayah aku belikan moto modenas kriss 2 untuk ajat… tapi moto modenas tu macam tak bertahan sebab lama2 enjinnya jadi macam gegar… padahal moto FX aku masih maintain lagi… aku pun tak faham sebab ajat bukannya jenis yang suka merempit… bila ajat nak masuk UNIKL… dia decide untuk beli moto lain… sebab time ni ayah aku dah pencen dan duduk bukit beruntung… dia nak moto yang OK sikit supaya dia boleh travel dari kl ke bukit beruntung… berinspirasikan moto suzuki FX aku yang mampu bertahan lama… so, ajat decide untuk beli moto suzuki jugak… dia beli SUZUKI SHOGUN RR 125cc yang baru dilancarkan dengan disk brake depan belakang… pendek kata ajat memang berpuas hati dengan shogun dia walaupun model suzuki ni tak sefamous YAMAHA ataupun HONDA… aku memang agak bangga la jugak bila aku tanya ajat kenapa ambil suzuki… dia kata sebab moto FX aku walaupun dah lama lepas tu buat ulang alik pergi kerja lebih kurang 80km tiap2 hari maintain ajer…
            Aku pun setelah 14 tahun guna FX ni… aku pun mula lah berkira2 nak tukar moto lain… kesian kat FX aku tu… dah berumor sangat… moto tu takde la bermasalah sangat tapi mana tahan asyik kena potong jer dengan kapcai2 yang baru sekarang macam yamaha lc dan honda wave… so, aku mula la kumpul dana plan nak tukar moto… aku plan nak amik moto cash jer… malas nak utang2… lepas dah cukup dana aku pun mula la mencari2 moto yang sesuai… jenama moto yang paling hangat buat masa ni sudah tentu lah YAMAHA dan HONDA… ade gak memember aku yang suruh amik superbike… tak mau lah aku, takut naik moto2 besar ni lagipun kalau hujan basah gak… moto yamaha memang tip top dan laju terutama model LC… tapi masalahnya model yamaha ni PANAS… bermaksud selalu jadi tumpuan golongan yang nak senang di dunia dan susah di akhirat… tak senang lak hati aku kalau selalu ketakutan bimbang moto kene curi… member ajat ada pakai moto yamaha ni rantai depan belakang setiap kali nak parking… agak leceh la gak tu… HONDA lak, sebab aku dah biasa bawak C90 dulu… cukupla tu, lagipun design honda ni kureng sikit bagi pendapat aku… tapi kalau aku nak amik honda mungkin aku konsider HONDA WAVE DASH…
            Yang paling menjadi target aku adalah moto model SUZUKI… ada beberapa sebab… pertama moto FX aku yang dah berusia 14 tu jarang sekali mengecewakan aku… kedua, sebab selalu sangat belek2 moto shogun ajat aku pun jadi tertarik… kena pulak pada waktu ni suzuki dah melancarkan edisi shogun yang terkini iaitu SHOGUN AXELO… yang mana ada sedikit improvement berbanding shogun lama… antara perubahannya adalah cover set baru, perubahan area front head lamp, side cover dan lampu belakang… seat axelo pun nampak lebih lebar sikit berbanding shogun RR… antara kelebihan axelo adalah disk brake depan belakang (kebanyakkan moto lain disk brake depan sahaja) sport rim standard, enjin compression lebih tinggi dan absorber depan belakang showa…
            Setelah sekian lama, kifir punya kifir… pada 10/3/2012 aku pun letak down payment untuk SUZUKI SHOGUN AXELO S 125cc warna biru (betty dengan miza yang nak warna biru sebab moto FX dan warna merah, warna hitam dia orang x suke)… selama seminggu aku tunggu dengan sabarnya (itupun dah 2-3 kali telepon kedai moto, sebab kedai janji 3 hari jer)… moto axelo aku pun keluarlah pada tanggal17/3/2012… aku pergi amik dengan ajat kat kedai U motor rawang (kedai yang sama ajat beli shogun RR dia)… masa balik aku press laju sikit axelo aku tu sebab aku nak hard break-in dia punya enjin… aku takut kalau banyak pelan2 sangat nanti boleh lemau dia punya enjin… aku ada baca dalam forum, ramai yang kata jangan manjakan sangat enjin axelo ni… kalau tak nanti susah nak naik top speed…
sebelah kiri umor 2 minggu.. sebelah kanan umor 14 tahun..

            Rezeki aku agaknya masa amik axelo ni sebab aku dapat sekali helmet suzuki jenama X-DOT dan jaket warna merah yang ada tulis TEAM SUZUKI kat belakang… helmet dan jaket ni sebenarnya sebahagian dari hadiah promosi kalau beli axelo tahun lepas… ada lebih kot sebab tu aku dapat… dalam masa yang sama aku beli sebijik lagi helmet untuk betty… helmet jenama KHI warna putih dengan corak warna merah metalik….
helmet suzuki brand X-DOT

model jaket suzuki

TEAM SUZUKI

helmet KHI

            Alhamdulillah, selesai juga hajat aku nak amik moto baru… sekarang ni dalam proses nak break-in enjin aku…
            Secara kesimpulannya, antara moto2 yang pernah aku atau family aku guna adalah… HONDA C90 THE GREATEST EVER (ayah aku beli, transpotation utama family sebelum beli kete, moto dah dijual kepada member aku, Don)… YAMAHA RXZ (moto hairy buat ulang alik pergi keje kl-shah alam, moto dah dijual masa hairy berpindah ke shah alam)… MODENAS KRISS 2 (moto ajat ulang alik sekolah  desa baiduri, cheras – padang tembak, jln semarak, moto masih lagi digunakan oleh ayah aku kat bukit beruntung)… SUZUKI FX110 (14years and still counting, moto kesayangan aku, masih ok lagi, belum tergerak nak let-go, guna area sri gombak)… sebijik lagi  MODENAS KRISS 2 (moto hairy lepas jual RXZ, tapi kena curik kat shah alam)… HONDA WAVE (moto hairy sekarang)… SUZUKI SHOGUN RR (moto ajat sekarang)… dan edisi terkini SHOGUN AXELO S 125cc (moto aku la tuuu)
            Untuk kategori kereta pulak… kereta family pertama model MITSUBISHI lama (dah let-go ke arwah atuk aku)… NISSAN SUNNY (peganti FORD, dah let-go)… PERODUA KANCIL 850 (kereta rini, tapi ajat yang selalu guna, dah let-go)… PROTON ISWARA AEROBACK (peganti nissan, masih tersadai kat bukit beruntung, ayah aku ada plan nak let-go)… PERODUA KELISA (kesayangan ku, kereta pertama aku, tapi dah let-go)…. PROTON PERSONA ELEGENT(kereta aku sekarang, ganti kelisa)… PERODUA MYVI (kereta ayah aku sekarang, driver rasmi sapa lagi kalau bukan ajat)… PROTON WIRA (kereta hairy lepas kawin, dah let-go)… dan edisi terkini dalam keluarga kami PROTON EXORA (kereta hairy sekarang, ganti wira)

UP COMING RACE APRIL 2012 ~ JULY 2012



                Jadual larian aku dari april sampai julai sebelum bulan puasa rasanya dah lock… Cuma bulan julai punya event aku tak decide lagi samada nak masuk men’s health night run kat putrajaya ataupun ntv7 fun run kat damansara utama (dekat pejabat TV3)… ada beberapa acara yang aku repeat dari tahun lepas… antaranya adalah kl towerthon di menara kl, Standard chartered kuala lumpur marathon, NTV7 fun run dan men’s health night run putrajaya… satu acara baru untuk tahun ni adalah Energizer Night Race yang akan berlangsung di Sepang International Circuit… 

                Acara bulan april adalah Energizer night race di SIC sepang… tahun lepas event yang sama dianjurkan di tempat yang sama tetapi jadi kelam kabut sangat sebab penganjur yang bertanggungjawab mungkin takde pengalaman langsung dalam handle event larian pada waktu malam dan melibatkan jumlah pelari yang banyak… kalau tak salah aku, tahun lepas jumlah pelari mencapai angka 10,000 pelari… tahun ni, event ni kembali dengan pengajur yang baru, jumlah pelari dihadkan kepada Cuma 5,000 pelari sahaja… harapnya event tahun ni jauh lebih baik berbanding tahun lepas… Energizer pun dah membuat pelbagai usaha dalam membersihkan nama dia orang selepas kejadian buruk tahun lepas… aku tak masuk event tahun lepas kerana tak sempat nak daftar (nasib baik)… tahun ni aku dan ajat dah daftar untuk jarak 15.5km… aku confident sikit sebab untuk tahun ni penganjurnya adalah 21st century sport… pihak yang sama menganjurkan putrajaya night marathon… tak sabar rasanya nak lari kat trek SIC… mesti hebat rasanya… satu pengalaman baru selepas dapat berlari didalam trek kat stadium nasional bukit jalil masa Brooks HM… jaraknya boleh tahan jugak 15.5km, kira latihan untuk aku menjelang HM masa SCKLM 2012 pada bulan jun nanti… aku target untuk tamatkan larian ni dalam masa 1jam 55min... sub 2 hour bedasarkan rekod larian aku yang terkini…

                Bulan may pulak ada acara repeat dari tahun lepas… kl towerthon kat kl tower… tahun lepas event diadakan pada waktu malam… sebab aku daftar awal, dapat lari flight yang pertama… disebabkan terlalu ramai pelari, aku tak tahu flight yang terakhir dapat lari pukul berapa sebab masa aku nak balik dalam pukul 11 mlm… masih ada lagi pelari yang belum dilepaskan… disebabkan situasi berikut, pada tahun ni terdapat sedikit perubahan pada jadual pelepasan peserta… pada tahun ni event diadakan pada waktu siang dan malam… pelari dibahagikan kepada 2 group yang besar… satu group akan berlari pada waktu petang, bermula 3 ptg… dan satu group lagi akan mula berlari pada waktu malam, bermula pukul 8mlm… sekali lagi aku dan ajat akan masuk event ni… aku akan berlari pada waktu malam… dan sepeti tahun lepas juga aku akan turun cepat2 bila dah sampai atas sebab tak nak tersangkut dengan kesesakkan bila dah ramai sangat runner kat atas… kalau tahun lepas masa aku adalah 28min… tahun ni aku target untuk buat 25min…

                Jun adalah bulan yang terpenting sebab aku akan buat HMV aku masa SCKLM 2012… HMV bermaksud Half Marathon Virgin… SCKLM adalah event larian terbesar kat malaysia melibatkan pelari melebihi 20,000 runner… tahun ni dia orang target 27,000 runner… senang cite hari event scklm nanti jangan keluar kl la belah pagi… for sure banyak jalan akan ditutup, buat sakit hati je nanti… that day, runner rule kl… aku rasa cuak gak la sebab tahun ni nak buat HM… 21km tuuu… setakat ni rekod paling jauh larian aku adalh 12.3km, sewaktu men’s health night run… tapi rekod tu akan dipecahkan bila aku lari Energizer night race nanti, 15.5km… scklm’11 tahun lepas aku masuk event 10km, larian terjauh aku pada waktu itu dan masa yang aku catatkan adalah 1jam 13min (net time)… tahun ni untuk HM aku target untuk menamatkan larian pada masa 2jam 45min… untuk menghadapi HM pada scklm’12, aku telah menggandakan jarak larian mingguan aku… sekarang aku akan lari lebih kurang 10km dalam satu larian seminggu sekali… tahun ni ajat pun join scklm jugak… tapi dia akan lari dalam kategori 10km dengan memember dia… mungkin tahun depan aku akan ajak ajat untuk lari HM sama2 dengan aku…


                Tamat bulan jun, masuk bulan julai plak… selalunya bulan sebelum masuk bulan puasa ni banyak event larian… banyak penganjur yang akan cuba buat event pada masa ni sebab bila dah masuk bulan puasa tak ramai runner yang dapat join event… kena lak lepas bulan puasa, bulan raya pulak… lagi la sibuk nak beraya… tahun ni puasa akan start pada minggu ke tiga bulan julai… so sekurang2nya bulan ogos dan september aku akan bercuti dari competitive running (jogging kat taman tu continue macam biasa)… macam yang aku dah sebut awal2 tadi… pada bulan julai ni ada 2 event yang menarik… iaitu NTV7 fun run dan Men’s health night run… tahun lepas dua2 event pun aku masuk… NTV7 fun run aku buat timing 42min (7km) dan men’s health aku buat 1jam 36min (12.3km, disaster gile)… aku plan nak masuk salah satu dari event ni… tapi ada rasa macam nak masuk dua2 event sekali… ala, sekadar 7km untuk NTV7 fun run tu apa la sangat… tiap2 hujung minggu sekarang pun dah lari lebih dari 10km… lagipun kedua2 event selalunya beri goodies bag yang best2… NTV7 confom dapat medal punya, tapi men’s health cuma ada limited medal… tengok la camna nanti… kene kifir dulu….

                Bulan puasa selalunya takde event… tapi kalau kemaruk jugak nak lari… pacemaker group ada anniversary run dalam bulan puasa… boleh la join…