Saturday, April 30, 2011

Kenapa berlari

Persoalan ni penting jugak untuk dijawab… dalam banyak2 sukan yang ada, kenapa aku pilih sukan berlari… kenapa tak bilih berbasikal ke… kan sekarang ni trend terkini, ramai yang suka berbasikal…. Kenapa tak pilih badminton atau tennis ke… untuk pengetahuan semua…  aku memang ada main sport2 yang lain tu…. Badminton ada main, tennis pun ada main, bola ada main, bowling pun ada main… macam2 lah… tapi running ni kira main sport aku la…. 

Sebab utama yang aku pilih running adalah kerana aku boleh buat tiap2 minggu… kalau takde partner pun takpa… aku boleh jogging sensorang… lagipun kos untuk running ni tak berapa tinggi sangat kalau nak dibandingkan dengan sport yang lain… kasut running aku Cuma jenama power jer… baru 60 henggit… seluar pakai tracksut jer… beli kat kedai bi bi kim wah murah… katakana aku nak main basikal… basikal aje busuk2 mesti 1000 lebih… baru boleh standing… kalau bawak basikal tua buat kene ketawa jer..
So, aku decide untuk gi jogging seminggu sekali… tempat untuk berjogging pilihan pertama aku kat taman tasik titiwangsa… dekat jer dengan rumah aku…. So, aku akan gi berjogging samada sabtu pagi atau ahad pagi… aku tak minat kalau nak gi belah petang sebab ramai sangat umat… yelah, waktu petang2 camtu la paling sesuai untuk bawak keluarga jenjalan kat taman… aku keluar selalunya dalam lebih kurang kul 7.30am… taknak lewat sangat… nanti ramai orang dan panas sangat…. Tahu2 je la matahari pagi macam mana teriknya…

Pakaian tread mark aku adalah cap putih dan biru…. Ada lambang perodua kat belakang…. Aku selalunya lari tu round jer… aku taknak lari jauh2 sebab tujuan aku lari untuk kesihatan dan stamina… bukannya nak kurangkan berat badan… dah aku ni kurus… kang makin kurus lagi… satu pusingan kat taman tasik titiwangsa ni lebih kurang 2.5km…. dan masa terbaik aku adalah 16min…. kira2 ok la tu….
Masa mula2 aku lari dulu memang aku tak boleh lari terus menerus satu round… ¼ dari trek mesti aku berjalan… pancit beb…. Tapi sekarang stamina aku dah makin baik… aku dah tak jalan lagi dah… satu round lari jer terus…. Yeee haaa

Tuesday, April 26, 2011

Beralih angin

aku dah kembali....
 
Rasanya setelah sekian lama senyap…. Aku berniat nak aktifkan balik la blog aku ni… sekarang dah ada perubahan sikit dari segi minat aku nih… macam lalang betul… sebelum ni aku banyak mencoret pasal aktiviti memancing aku… tapi sekarang nih aku dah kurang sangat gi memancing…. Adal a beberapa sebab musabab yang menyebabkab aku BERALIH ANGIN… 

Memancing ni bukan tak best…. Tapiiiiiii…. Dugaan nya kenkadang kuat sangat la… pertama, masa yang diambil selalunya lama sangat, paling busuk pun 3 jam minima… kos yang kena dikeluarkan setiap kali pergi memancing pun boleh tahan gak…. Yauran kolam, umpan, makanan, minuman…. Oleh disebabkan kos yang agak tinggi, so takleh la nak kuar memancing selalu sangat…. Paling kuat pun sebulan sekali…. Itupun belum tentu dapat menjanjikan hasil… kalau dapat, alhamdulillah la… kalau tak dapat, jawabnya dapat senyuman perli la dari orang rumah aku… tapi macam mana pun ni tak bermakna aku akan stop terus dari memancing dan jual semua set pancingan aku… mungkin aku akan slow sikit dan pergi memancing apabila betul2 lapang dan terasa nak memancing sangat… 

Sekarang nih aku dah ada minat yang baru…. RUNNING…. Ni pada mulanya adalah minta yang terpaksa… kisahnya, pada awal tahun lepas aku kena pergi medical check up yang company aku suruh… 2 tahun sekali agaknya…. Result dari medical check up tu…. Doctor kata yang bacaan kolestrol dalam badan agak tinggi…. So aku pun rasa pelik… badan kurus macam aku ni pun ada masalah kolesterol… doctor tu pun cakap, kebanyakkan rakyat Malaysia ni salah persepsi… kalau badan kurus tak bermakna takde masalah kolestrol… tapi lebih bahaya lagi… kerana fikir badan takde masalah kesihatan, so gaya hidup pun tak sihat langsung… takde eksesais…. Makan tak jaga…. Macam2 lagi la…. Maka doctor tu pun mancadangkan kat aku untuk melakukan senaman ringan seminggu sekali… sekurang2 kurang nya dapat memastikan badan senantiasa segar dan fit…. Ditambah lagi, dalam 2-3 bulan sebelum itu ada berita mengejutkan yang mana rakan sekerja aku tetiba meninggal dunia disebabkan sakit jantung, padahal aku Nampak dia sihat aje… so, dipendekkan cerita… aku pun mula la berjogging seminggu sekali…

Al-kisahnya…. Bermula la minat baru aku… BERLARI…. Banyak lagi nak cite nih…. Tapi pelan2 la ok…

Friday, June 4, 2010

Office baru


Hmmm… berpindah ke opis baru / jabatan baru selepas 10 tahun berada dalam jabatan yang sama… rasa macam agak janggal pun ada gak… sebab kat tempat lama kita dah ada routine2 atau benda2 yang dah biasa kita buat tiap2 hari… macam bila masuk keje, sebelum buat apa2, buat segelas Nescafe dulu… kalau ada kuih ke, roti ke… cicah dengan Nescafe… pastu baru mula buat keje… kat tempat baru ni… equipment belum lengkap lagi… yang ada Cuma kerusi dengan meja sahaja…. Lokasi pun agak jauh dari tempat lama… lebih kurang 300m… masalahnya, walaupun dah pindah department baru tapi kerja2 masih banyak berkisar kat department lama…. Kene la ulang alik jalan kaki… Cuma tempat baru ni agak tenang sikit berbanding tempat lama… banggunan koperat la katakan…. Econ pun boleh tahan sejuk… semoga berpindah ke jabatan baru ni akan membawa hikmah yang lebih baik buat aku…. Insyaallah…
pemandangan dari tingkap opis baru

kosong jer... belum ada barang lagi.... komputer tu pun bukan aku punya.... bosss punya

Monday, May 24, 2010

Mari Melawat Zoo Negara


Zoo Negara…. Dekat je dengan umah aku… sebab tu aku suka gi sini… tapi takleh la gi selalu…. Setahun sekali tu bole la gak… bak kata mak aku ‘melawat sedara’… antara sebab2 lain yang buat aku suka gi zoo ni… bayarannya pun OK gak… takde la mahal sangat… dan boleh berjalan sahari suntuk (berbaloi la dengan harga bayaran masuknya)… keadaan Zoo pun OK… maksud aku bersih… terjaga… dan binatang2nya pun nampak cargas la gak… aku kalau gi Zoo, aku memang pergi awal2 pagi… pintu Zoo belum bukak lagi aku dah tercongok kat depan pintu Zoo tu… datang awal ni best sikit… org tak ramai lagi… seterusnya adalah berita bergambar…

Ni la awek yang selalu teman aku gi Zoo… OK…Ok… kita gi sebelah kiri dulu… tengok elephant

Waa elephant… jaga2 jangan sampai kene cekup dengan belalai dia

 
Zirafah


Alamak… sesat pulak dah… ni dah sampai uastralia nih… ada kangaroo


Aku rasa dalam banyak2 gambar yang aku ambil… gambar ni paling cun sekali… aku rasa singa ni memang pose khas untuk aku… PERFECT…. Bole bikin postcard



 
Sekali pandang macam harimau ni tengah ketawa… mesti dia kata “kui…kui..kuii… semua orang kene tipu, aku sebenarnya bukan rimau betul, orang pasal baju rimau jer”

OK la… untuk sesapa yang nak gi Zoo senang jer… ikut MRR2…. Baik dari gombak atau shah alam mesti jumpa punya… sesapa yang pergi tolon kirim salam kat pak rimau yang ketawa tu…

Sunday, February 14, 2010

Teknik memancing ikan siakap kolam


Mengikut pengalam aku yang tak seberapa dalam dunia memancing ikan siakap kolam nih… aku dapati ada beberapa teknik atau petua yang boleh digunapakai apabila memancing ikan siakap kolam… tapi yang aku nak sentuh kat sini lebih kepada teknik yang aku gemar pakai la bila pergi mancing siakap kolam nih
Yang pertama – tali utama = buat masa sekarang aku guna tali berkekuatan 20pound… tapi aku ada pengalaman yang mana ikan dah terlantar kat tepi kolam tapi bila aku nak tarik naik tali terus putus… ini mungkin disebabkan tali aku dah reput (sebab aku Cuma tukar tali setahun sekali jer)… so, untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi… aku cadang untuk tukar tali aku ke kuatan 25pound… aku suka pakai tali mono sebab kalau tali sulam senang nak berserabut
Yang kedua – tali perambaut = yang ni aku buat sendiri guna tali mono 40 pound dan mata saiz 2 atau 3, panjang perambut ni lebih kurang 1 kaki dan aku selalunya tambah batu ladung saiz 1, supaya apabila baling umpan boleh pergi jauh sikit
Umpan = antara yang paling popiler adalah udang idup, udang mati dengan ikan sardin. Umpan no 1 yang selalu aku gbuna adalah udang idup yang beli kat kolam, guna udang idup ni tak boleh nak ganas2 kalau x udang tu senang mati… aku selalunya biar je udang tu berenang sendiri, bila aku dah agak2 udang tu dah melilau ke mana2 tah… baru aku tarik balik… umpan no 2 yang selalu aku guna… udang mati… udang ni selalunya aku dah prepare siap2 kat umah… kupas kulit, buang kepala… pas tu balut dengan kertas surat kabar dan simpan dalam peti ais supaya udang tu jadi lurus… udang ni selalunya guna untuk teknik casting… yang bila aku tarik selalunya aku guna hujung joran untuk buat macam udang tu menari2… hehehheee….  Kalau guna umpan ikan sardin… selalunya aku fillet daging ikan tu dan cangkuk je kat mata umpan… kalau guna ikan sardin ni selalunya kita guna teknik tanam… iaitu lontar dan biarkan jer… bau ikan sardin tu yang akan menarik siakap datang… cuba2 lah….

Saturday, January 30, 2010

Mari berkelah


Antara aktiviti2 yang selalu aku buat bersama2 family aku adalah pergi berkelah… walaupun duduk di kl (atau pinggir kl)… masih ada tempat yang tak berapa jauh yang mana aktiviti berkelah boleh dijalankan… selalunya kalau pergi berkelah ni bukan family aku jer… kenkawan pun ada ikut sekali bagi memeriahkan suasana.
Kalau tempat kat area kl ni ada 2 la yang aku boleh cadangkan… itupun sebab aku dah pernah pergi. Pertama di sungai congkak. Tempat ni tak berapa jauh Cuma menghala ke hulu langat… aku pernah sewa chalet tepi sungai dah bermalam kat sana… chaletnya memang ringkas la… tapi untuk buat tidur x de masalah… kemudahan toilet ada… kalau nak mandi kat sungai la… disebabkan chalet dia betul2 tepi sungai… maka tidur malam dibuai oleh bunyi jeram… jalan nak masuk kesana pun ok… sebab tempat ni memang famous sebagai port perkelahan orang2 lembah kelang. Untuk masak memasak dan barbekiu kena bawak sendiri sebab x disediakan.
Tempat kedua adalah kat kampung kemensah (belakang zoo negara)… tempat ni aku dah pegi 2 kali… aku rasa tempat ni lebih terpencil berbanding sungai congkak sebab jalan nak masuk pun agak berliku dan sempit… aku lebih suka pergi kat sini sebab lebih dekat dengan rumah aku… kawasannya pun lagi cantik sebab ada 2 jenis kolam kat situ… kalau nak sejuk, boleh mandi sungai… pengusaha tempat tu pun ada buat macam empangan sikit… so bole la main terjun2… kelebihan kat kemensah ni plak sebab dia ada source air bukit dan kat tempat aku gi ni… pengusaha tempat tu ada buat kolam special untuk air bukit ni… air bukit ni tak sejuk sangat… rasanya suam2 kuku jer… kalau nak berendam sampai tengah malam pun bleh… kemudahan untuk masak memasak kat sini pun lebih baik sebab tokey tu ada rumah yang lenggkap dengan perbagai peralatan kat situ termasuk tandas, tv, karaoke dan bermacam2 lagi la… lagi pun tempat berkelah tu dekat dengan kolam pancing joran terjun… aktiviti kesukaan aku… hhehheheee…
Ni gambar kedua2 tempat tuh….






Friday, January 1, 2010

Ubahsuai kelisa (Rediger Kelisa)


Lama gile aku dah tak update blog nih… dari minggu ke minggu plan nak update tapi x kesampaian. Hari keje memang x dapat la… sibuk gile sejak model baru keluar dari kilang aku nih… hujung minggu pulak dipenuhi dengan pelbagai aktiviti2 kokurikulum antaranya kenduri kawin… balik umah mak… gi camping (kemensah) + trip memancing… itu aku cite kemudian ok
Last time aku ade cite pasal aku plan nak bikin sikit kete aku… bukan yang dasat2… kecik2 jer… so aku dah complete buat kete aku… perubahannya:
1.       Spark plug – aku guna jenis iridium, tapi bukan denso, original toyota, ni boleh pakai setahun
2.       Air filter – aku guna washable, jenama K&N, beli kat jusco kepong (ENEOS), jaminan seumur idup nih
3.       Voltage stabilizer – plan nak pakai je PIVOT, tapi mahal sangat la… last2 pakai ZAPTOR plantinum… beli melalui internet (bro huakenny)
4.      C.A.I. (Cold Air Intake) – beli melalui internet (bro catacomb), kaizen sendri dari muncung air intake ori ke front grill
5.      Reset ecu – dapat tips dari K2OC, cabut fius EFI dan biar semalaman, aku plan nak buat 3 bulan sekali
6.      Buang carbon – guna D’Carbo, beli dari member seopis, ni pun  aku plan nak buat 3 bulan sekali
So, aku harap dengan aktiviti2 ni dapat meng UP kan kereta aku… hasilnya, memang ada perubahanla… dari segi penjimatan minyak dan pick-up kereta…
Plan nak bubuh gambar banyak2… tapi x sempat nak ambik… ni jer la yang ada…