Saturday, February 16, 2013

Running Event (Satu Coretan Pendapat….)



            Ini bukan membincangkan tentang Running Man… alah gane show korea yang famous tu… ini adalah coretan@pendapat aku tentang event larian, terutama Road Race… setelah menyertai lebih kurang 22 acara sepanjang penglibatan aku dalam dunia larian ni, aku kira pendapat aku ni kira valid jugak la… walaupun sememangnya aku mengakui aku bukanlah otai dalam acara larian…

            Apa itu acara larian@running event?... satu acara melibatkan aktiviti larian… terbahagi kepada sekurang2nya e jenis iaitu Road Race dan Trail Run… Road Race selalunya melibatkan larian atas jalan raya dan Trail Run pula atas denai atau jalan2 yang tidak konvensional… jaraknya pula dari 3km (fun run) hingga 100km (ultra)… jarak2 ini ada istilah yang tersendiri… untuk jarak dibawah 5km, larian ini selalunya dipanggil fun run… competition running yang menawarkan hadiah selalunya bermula dari jarak 7km… jarak larian yang popular sekarang adalah 10km, seperti yang kita boleh tengok semasa scklm acara 10km mengundang begitu ramai pelari sehingga terpaksa dipecahkan kepada 3 kategori… terdapat juga beberapa event yang menawarkan jarak diantara 10km hingga ke 20km… HM @ Half Marathon pula merujuk kepada jarak 21km, jarak terjauh larian aku buat masa ni… pada jarak 42km, larian sudah masuk ke kategori Full Marathon @ FM… jarak lebih tinggi daripada itu semua dipanggil Ultra Marathon yang mampu pergi sehingga 100km… bayangkan berlari sejauh 100km, kalau larian pada pace 6 pun akan memakan masa selama 10jam untuk menghabiskan larian… pergghhh, damn few…
            Untuk pemilihan event pula bergantung kepada citarasa pelari masing2… kebanyakkan pelari bermula dari jarak yang pendek sebelum beralih ke jarak yang lebih jauh dan acara yang lebih extrim… untuk aku, antara krateria yang aku pertimbangkan sebelum menyertai mana2 larian adalah jenis acara, yuran penyertaan, lokasi larian dan goodies yang ditawarkan ataupun runner entitlement…
            Secara amnya… apa yang setiap pelari mahukan daripada setiap kejohanan larian adalah event ysng lancar dan teratur… kebajikan pelari dijaga sebelum, semasa dan selepas larian… apa yang dimaksudkan dengan kebajikan disini adalah water station, kawalan trafik, medical personel dll… juga runner entitlement yang bersesuaian dengan yuran acara yang dibayar… pada pendapat aku, jika yuran penyertaan melebihi rm40… seharusnya sekurang2nya runner mesti mendapat finisher medal dan juga sijil penyertaan… kalau ada goodies bag tu kira bonus la untuk runner…
            Kenapa nak kena ada medal… finisher ‘T’… ini semua adalah momento kepada pelari atas pencapaian peribadi masing2… mungkin ada yang berkata, apa nilainya medal tu… bukannya dapat kedudukan 1 ,2 atau 3 ke… tapi bagi aku setiap medal yang aku dapat menandakan tanda kesungguhan aku sendiri dalam mengharungi setipa cabaran untuk setiap event yang aku sertai… aku tahu, kemungkinan untuk aku mendapat podium position adalah amat2 sukar… oleh itu finisher medal sudah memadai untuk aku simpan sebagai tanda kenang2an… dan aku rasa bukan aku sahaja yang berpendapat seperti ini, kebanyakkan runner jug adalah seperti ini…
            Dengan peningkatan kepopularan aktiviti larian juga membawa kepada penambahan penganjuran event2 larian… penganjuran event2 larian ada pelbagai tujuan, antaranya adalah sebagai salah satu program promosi, menyempurnakan tanggungjawab sosial syarikat dan salah satu cara untuk mengumpul dana… event2 ni selalunya ada penaja2nya yang turut menyumbang kedalam penganjuran event2 ini… pada pendapat aku, hasil tajaan yang diterima oleh penganjur sepatutnya disalurkan sepenuhnya kepada pelari2… tak kiralah dalam bentuk goodies kepada semua pelari atau sebagai hadiah utama pertandingan… adalah elok untuk diperingatkan kepada para penganjur bahawa majoriti runner tidak mentargetkan kedudukan podium… oleh itu adalah amat2 wajar untuk pihak penganjur memastikan bukan sahaja pemenang podium mendapat ganjaran tetapi keseluruhan peserta larian juga wajar diberikan ganjaran… ganjaran itu tidak semestinya sama seperti pemenang podium tetapi sekurang2nya mampu menjadi cerderahati kepada pelari yang menyertai acara larian tersebut… contoh yang paling mudah adalah finisher medal dan finisher ‘T’… TAPI untuk pemberian finisher ‘T’ perlulah berpada2 kerana finisher ‘T’ ni ada nilai yang agak tinggi dikalangan pelari… pada pendapat aku, finisher ‘T’ sepatutnya diberikan untuk jarak larian HM dan keatas sahaja… untuk jarak2 pendek ni tak perlulah beri, memadai medal sudah mencukupi…
            Bagi aku finisher ‘T’ amat2 istimewa… sebab utama adalah kerana ianya boleh dipakai pada bila2 masa (takkan nak kuar berjalan pakai medal kot)… aku rasa puas bila pakai finisher ‘T’ sebab aku tahu aku  berusaha keras untuk mendapatkanya… lagipun finisher ‘T’ tidak boleh dibeli… pernah ke korang tengok 42km finisher ‘T’ SCKLM dijual kat pasar malam ke… takde kan… oleh itu aku mengulangi pendirian aku bahawa finisher ‘T’ hanya patut diberikan kepada pelari jarak jauh sahaja… baru special… semua orang boleh memiliki running ‘T’ @ running vest walaupun tidak pernah berlari tetapi tak semua boleh memiliki finisher ‘T’ kerana yang habis lari sahaja berhak… setuju atau tidak…
            Berbalik kepada perbincangan kita mengenai event larian… apa yang aku harapkan tiada pihak yang menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan dengan peningkatan minat orang ramai dalam aktiviti larian dengan menganjurkan event larian semata2 untuk mengaut keuntungan mudah… jangan duit yuran kutip dengan harga yang tinggi, tapi kebajikan pelari diketepikan… perihatin la sikit, pelari pun manusia jugak yang ada kehendak dan keperluan… kalau tak ada pengalaman jangan nak anjurkan larian, buat kumpul dosa jer kena maki dengan orang (aku ingatkan sekali lagi bahawa pelari ni termasuk dalam golongan orang yang amat2 manja)… oleh itu aku nasihatkan kepada korang yang nak menyertai satu2 event larian… tengok juga kenapa event itu dianjurkan dan siapa penganjurnya… kalau penganjur tu sebelum ni dah ada rekod buruk, maka berhati2lah… sakit hati wo kalau dah bayar mahal2 sekali event macam s**l…

Sunday, February 10, 2013

Melawati 10k Run 2013



Tempat Mula/Tamat: Padang Sime Darby, Taman Melawati
Kategori: Men Open 10km, (BIB 1411 )
Race kit: Dry Fit T-Shirt Brooks, BIB,
Post-race: Finisher Medal,
Tarikh & masa : 3 Febuari 2013, 7.30 am
            Mahal dan tak berbaloi dengan apa yang runner dapat… itu adalah antara komen dalam FB yang aku terbaca… mula2 aku tak terfikir macam tu… tapi lepas event aku fikir ada betulnya jugak… ini kisah perjalanan aku dalam event ni…
            Event ni aku join dengan ajat sebagai mengisi kalender larian kami untuk bulan febuari… tak banyak choice event untuk bulan febuari… hari jumaat sebelum event aku sebenarnya tak berapa sihat, demam selsema… sehingga terpaksa aku jumpa doktor dan diberikan MC… setelah makan ubat dan berehat aku mula rasa sedikit kebah… aku ambil keputusan untuk pergi mengambil REP untuk aku dan ajat di pejabat The Marathon Shop kat taman SEA, seksyen 23 subang jaya… jalan nak ke sana aku Cuma tahu ikut LDP jer… tapi mengenangkan LDP ni kuat jem, aku gi naik moto saja… disebabkan tak familiar dengan LDP dan subang jaya, aku terlepas seksyen 23 dan sesat sampai ke sunway… nasib baik naik moto, senang nak U-turn dan mencelah2 dalam jem… bila dah sampai seksyen 23, berpusing2 pulak nak carik opis the marathon shop…
            Bila dah jumpa, aku terus naik atas (opisnya berada kat tingkat 1)… kat bahagian depan opis ada galeri jualan yang menjual pelbagai kelengkapan untuk berlari… aku terserempak dengan Abg Din tengah berbual dengan seseorang… aku terus beratur untuk masuk ke bilik meeting untuk collect bib… bib collection berjalan tanpa masalah… REP mengandungi T-shirt Brooks, bib dan kupon brooks… bila dah ambil bib aku berlegar kat area galeri jualan tengok barang2… aku beli stokin brooks, protein bar Hammer dan gel Hammer… pastu aku terus balik… rehat…
            Pagi sabtu aku gi lari2 anak satu pusingan kat taman tasik metropolitan… hari ni aku plan nak masak spagetti… dalam kul 11 aku dan miza gi shopping barang basah kat giant… untuk resepi spaggetti aku boleh rujuk entry Spaggetti Merah Ala Runner yang pernah aku post sebelulm ni… Cuma kali ni aku tak guna pasta panjang macam tali tu tapi aku guna pasta jenis spiral… aku rasa jenis ni lagi mudah nak masak…
            Pada tengah hari rini datang bertandang ke rumah aku… dia sebenarnya ikut mak dan abah yang nak gi kenduri, tapi dia malas nak ikut sampai kenduri tu… so abah hantar dia ke rumah aku sementara mak dan abah pergi kenduri… lepas kenduri, mak dan abah lepak kat rumah aku lak… belah petang baru dia orang balik… ajat dan una sampai belah malam… lepas makan spaggetti, una pun balik… aku dah ajat tido dalam kul 11, selepas selesai tape kaki dan pakai KT tape kat otot betis…
            Seperti biasa, kami bangkit awal… tapi kami tak tergesa2 sangat sebab taman melawati dengan sri gombak takdela jauh sangat… dalam 20min dah boleh sampai dah… lagipun kami naik moto jer… lepak dulu sambil makan protein bar Hammer… kami sampai ke padang sime darby taman melawati dalam jam 6.30am… aku parking moto tak jauh dari gerbang mula… kemudian aku dgn ajat pergi ke 7-eleven sebab aku nak carik top-pup untuk telefon aku… kami kembali ke kawasan mula untuk membuat aktiviti regangan badan… time ni aku ternampak Gus Ghani, antara runner yang terkenal tengah lari2 anak kat area mula… time ni jugak ada beberapa orang rider moto scrambler sampai dan parking kat padang kat sebelah gerbang mula… pelik…
            Jam menunjukkan menghampiri 7.30pagi… runner mula memenuhkan kawasan mula sambil menunggu masa pelepasan… kemudian urusetia pertandingan membuat beberapa pengumuman termasuk larian hari ni juga disertai oleh beberapa pelari antarabangsa (mamat kenya la tu) dan JUGA jarak larian terpaksa dipendekkan atas arahan pihak berkuasa… pelikx2… kat banner atas gerbang mula juga ada tertera satu logo trail race yang diletakkan bersebelahan logo melawati10k… aku bertanya kat ajat, larian hari ni ada melibatkan trail run ke… ajat kata tak tahu lak dia… pelikx3…
            Tepat jam 7.30pagi, semua runner pun dilepaskan serentak… larian aku mulakan dengan baik… aku berlari seiringan dengan ajat… masuk km  ke-3 ada satu water station kecik, aku tak singgah pun… Cuma minum dari air yang aku bawa sendiri… ajat dah mula berlari kehadapan meninggalkan aku… aku berjalan seketika untuk adjust balik radio h/set aku… larian aku teruskan tanpa henti walaupun melalui kawasan berbukit… aku kira prestasi larian aku makin baik sebab semenjak dua menjak ni aku boleh teruskan berlari walaupun melalui kawasan berbukit… tiba di water station kedua aku berhenti minum… ini mungkin sebab tak ramai orang kerana aku berada dalam kelompok awal pelari… selepas water station ni aku terserempak lagi dengan Gus… mula2 aku berlari dibelakang dia, lepas tu aku potong dia… tak lama kemudian dia potong aku balik… hahahaaaa… masa dia potong aku, sempat aku tegur dia dan memperkenalkan diri… aku ada bertanyakan kenapa tak berlari barefoot hari ni… jawabnya, jalan tak rata dan berbatu… selepas itu Gus semakin laju meninggalkan aku di belakang… aku menamatkan larian dalam masa 52min dan jarak aku catatkan Cuma 8.2km sahaja… banyak jarak tu yang dipendekkan… jarak 8km tu lebih kurang jarak latihan aku hujung minggu jer…
            Lepas sahaja melintasi garisan penamat terus sahaja diberikan medal penamat… TAPI takde sijil… takde sijil, takde timing chip… hurmmm, pelikx4… aku sampai dalam kelompok awal pelari sebab orang yang beratur kat van milo tak ramai lagi… lepas ambil sarapan cereal, aku dengan ajat terus beratur kat van milo… kami berehat sambil minum milo dan makan cereal… pastu aku nampak ada orang pegang sijil… aku ajak ajat gi amik sijil, tapi dia punya beratur nak amik sijil punyalah panjang gile… pastu tengok kualiti sijilnyer pun takde apa yang istimewa, Cuma di cetak atas kertas A4 biasa jer… malaslah aku nak beratur… aku terus ajak ajat balik… pergi sarapan kat kedai mamak lagi bagus…

            Berakhirlah event yang penuh kepelikkan bagi aku… setelah meneliti komen pelari2 lain dalam FB, membuatkan aku terfikir… event melawati10k ni banyak kelemahannya dari kekuatannya… seperti biasa, setelah tamat event… pasti ada suara2 yang menyuarakan ketidakpuashatian terhadap kekurangan semasa event… aku selalunya malas nak layan sangat komen2 nih… tapi untuk melawati10k nih pada pendapat aku memang ada kelemahan pada penganjurannya… kekuatan event ni adalah pada route lariannya yang menarik dan pelbagai… kelemahannya pula adalah pada yuran penyertaan event yang agak tinggi dan tidak berbaloi dengan apa yang runner dapat… yuran penyertaannya setanding dengan event2 yang besar yang menawarkan lebih banyak goodies kepada pelari… 
design 'T' boleh tahan jugak



            Kala ini aktiviti larian menjadi semakin popular… ini adalah kerana aktiviti larian boleh dijalankan secara berkumpulan ataupun individu pada tempoh masa yang flexible… aktiviti larian juga boleh dibuat pada lokasi yang tidak terhad dan kosnya juga agak murah… ini juga menyebabkan pertambahan jumlah acara larian sejak kebelakangan ini, daripada event yang besar hinggalah event yang kecil… yuran penyertaan juga semakin mahal, susah dah nak carik event dengan harga rm10~rm20 sekarang… menjadi kebimbangan juga kepada aku, takut ada pihak2 tertentu mengambil kesempatan dari fenomena ini untuk mengkaut keuntungan mudah dengan menganjurkan acara larian dengan tujuan untuk mengumpul dana yang banyak dengan cepat tanpa menghiraukan tentang para pelari yang menyertai acara larian tersebut… harapnya ini bukanlah apa yang terjadi dengan melawati10k… adios…

Friday, February 8, 2013

Ikan Kukus Limau

            Mari kita berkongsi resepi lagi… itu hari aku ada berkunjung ke kolam ikan milik kawan aku di Kalong tengah, Batang Kali… dia ada membela ikan talapia, ikan patin dan ikan tongsan sisik kasar didalam 2 buah kolam… konsepnya aku akan memancing kat mana2 kolam ikan tu… ikan yang aku nak sahaja akan ditimbang dan dibawa balik sahaja… ikan yang tak nak kena lepaskan balik kedalam kolam… ikan yang tak nak bawak balik tu kena cepat2 lepaskan balik kalau tak nanti mati… aku datang dengan abah, kami nak carik ikan talapia saiz sedang… kami bawa balik 8 ekor ikan talapia yang seberat lebih kurang 500g setiap ekor…
            Ikan talapia ni aku nak masak kukus limau… tapi sebelum kita mula memasak… pastikan kita ada peralatan paling penting untuk mengukus… iaitu PENGKUKUS… aku pakai yang manual punya… ala yang nak kena letak air kat tingkat paling bawah sekali tu… saiz pun kecik ajer , ikan talapia dalam 500g tu muat la… tapi kalau ikan siakap yang besar tu kena potong dua dulu baru muat… bahan2 yang diperlukan untuk memasak ikan kukus limau adalah:
1ekor ikan (yang muat dalam pengkukus korang), pilihan aku siakap atau talapia
5 biji limau nipis
1 biji bawang putih dan merah
Halia sebesar ibu jari
Celeri 2 batang
Serbuk asam boi
2 biji asam boi manis
Garam
2 batang cili merah
Aluminium foil
Sos tiram
2 batang serai
Langkah kerjanya:
            Siang ikan dulu… buang perut… ingsang… sisik… sirip dorsal dan pektoral… hiris sikit badan dia… pastu cuci ikan tu bersih2 luar dan dalam perut denga air paip… pastu rendam ikan tadi dalam air limau nipis 3 biji dan sesudu garam… gosok ikan tu dengan air limau dan juga limau yang kita potong tadi luar dan dalam… biarkan ikan tu terendam dalam air limau selama 5 minit… ini bertujuan untuk membuang hanyir ikan dan juga menambah perasa kepada ikan…
            Sementara menunggu ikan tu berenang2 dalam air limau tu… bolehlah kita menghiris halus bawang merah, bawang putih, halia, celery, serai dan cili merah…
            Hamparkan aluminium foil… pastikan saiznya cukup supaya boleh membalut ikan tu dengan sayur2 yang kita akan letakkan sekali… hamparkan sedikit bawang merah, bawang putih, halia, celeri dan cili merah kat aluminium foil supaya dapat macam tilam, pastu curahkan sedikit sos tiram dan taburkan sedikit serbuk asam boi… pancing keluar ikan yang tengah berenang2 dalam air limau tu dan baringkan ikan tu atas hamparan sayuran tadi… taburkan sedikit garam, serbuk asam boi dan tutup ikan tadi dengan selebihnya sayuran tadi… pastikan ada sedikit sayuran kita sumbatkan sekali ke dalam perut ikan tu… pastu tuangkan sikit sos tiram… campakkan 2 biji asam boi manis, sebijik kat area kepala, sebijik kat area ekor… perah sebijik limau nipis… potong nipis2 lagi sebijik limau dan susun elok2 atas ikan tu… banyakkan guna limau… dah nama pun ikan kukus limau… pastu bungkus elok2 ikan tu dengan alumunium foil…
pinjam dari google

            Lepas ni siapkan pengkukus kita… isi air penuh2 kat tingkat paling bawah dan teggek kan kat atas dapur dengan api yang paling kuat sekali… letakkan ikan yang hendak dikukus kat tingkat 2 dan tutup… biarkan hingga kita nampak stim keluar dari pengkukus kita… kukus ikan tu selama 30minit… bila dah masak bolehlah dihidangkan… pastikan sebelum dimakan kita buka dahulu aluminium foil tu sebab aluminium foil tak boleh dimakan walaupun sudah dimasak… hahahhaaaa… ikan kukus limau ni sedap dimakan begitu sahaja (ratah) atau bersama2 dengan nasi… kalau nak bagi kaw lagi kalau ada tomyam, telur dadar dan kailan ikan masin… perggghhhh… sedap hingga menjilat pinggan sendiri dan pinggan orang sebelah…

Friday, January 25, 2013

PINDAH

            Semenjak 2 menjak ni perkataan pindah banyak bermain2 dimulut betty… cadangan telah dilontarkan kepada aku untuk berpindah ke kawasan yang lebih dekat dengan tempat kerja aku… bagi aku pindah ni satu kerja yang berat… aku agak bernasib baik semasa aku kecik dulu jarang berpindah randah walaupun abah bekerja sebagai seorang anggota polis… abah bertugas di Mizium Polis pada sebahagian besar masanya dalam perkhidmatan polis… dengarnya, pegawai abah tak membenarkan abah ditukarkan kemana2 kerana dia hanya percayakan abah untuk membuat kerja2 dan pengurusan mizium polis… sepanjang perkhidmatan abah, kami hanya berpindah Cuma 4 kali, itupun dekat2 jer… paling jauhpun ke cheras sahaja… dari berek band (aku kecik sangat masa tu) ke flat 10 tingkat, kemudian ke flat sarjan kat atas bukit kemudian ke taman desa baiduri di cheras dan yang terakhir sekali ke taman kesumba bukit beruntung bila abah dah pencen…

            Aku pula semenjak berkahwin dah 2 kali berpindah… mula2 lepas berkahwin aku dan betty menyewa sebuah rumah di taman dato’ senu, sentul, kemudian kami membeli sebuah apartment di teratai mewah aprt setapak dan kemudian kami berpindah pula ke kediaman kami sekarang di taman sri gombak… kalau jadi berpindah ke bukit beruntung… ini akan jadi kali yang ke tiga… yang paling leceh sekali kalau nak pindah ni adalah nak packing dan berkemas… rumah yang kami duduk sekarang dah hampir 5 tahun… banyak harta karun yang terperuk… nak kena check balik semua barang… buang mana yang dah tak pakai lagi dah… pastu nak kena carik kotak lak, nak packing barang…
            Tapi sebelum apa pun nak kene carik rumah dulu… nak carik rumah bukannya senang… nak carik yang sesuai segala2nya… dari segi lokasi, kondisi rumah, harga jual /sewa, tuan rumahnya, jirannya… macam2lah… bettylah jenis yang tak suka menyewa… kalau boleh nak beli terus… macam itulah keadaannya masa kami menyewa di taman dato senu dulu… baru menyewa tak sampai setahun, dia dah mula berkira2 nak beli rumah… menyewa rugi katanya, bayar bulan2 tapi harta bukan kita punya… aku bab kira2nya memang fail… betty yang buat semuanya… dia yang carik rumah… aku kata kat dia kalau nak carik apartment, aku nak duduk paling tinggi pun tingkat 1… mengada2kan… akhirnya dia dapat carik sebuah rumah apartment kat area danau kota setapak untuk dijual… lokasi unit tu kat tingkat 1… aku tak boleh nak kata apa2 la… lepas dah jumpa rumah nak kena letak downpayment atau duit booking… itu bergantung pada harga rumah yang hendak dijual… selalunya 10% dari harga rumah… itu duit cash tu… dalam masa 2-3 minggu kena settlekan lebihnya… masa ni lah kita nak kena carik pinjaman perumahan dari bank… dalam masa yang sama nak kena lantik peguam untuk mewakili kita dan penyediaan dokumen seperti S&P aggrement dll… itu yang buat jadi letih tu sebab 2-3 kali nak ke bank… jumpa lawyer lagi… nak berurusan dengan tuan rumah lagi… kalau rekod kita baik insyaallah semuanya akan berjalan lancar… kalau tak, jadi penin sikit la…
            Nak kongsi sikit pengalaman aku masa membeli rumah teratai mewah aprt… duit downpayment yang aku bayar diberi pinjam oleh seorang kenalan betty berbangsa cina yang amat baik hati… aku bayar balik lepas dapat duit KWSP… aku berurusan terus dengan owner… masa beli rumah di sri gombak dah ada aggrement dengan owner lama untuk lewat sikit bayar downpayment… pada mulanya kami berurusan dengan ajen… tetapi satu hari ajen call betty macam marah2 sebab katanya kami lambat menguruskan pinjaman dan bayaran downpayment menyebabkan owner dah marah2 dia… aku dengan betty macam tak puas hatilah sebab sebelum tu owner macam dah bersetuju bila kami cakap bayaran lewat sikit… kami terus direct jumpa owner balik… terus tanya kat owner ade dia marah2 ke kat ajen sebab kami lambat… ade ke dia ke pejabat ajen, maki2 ajen sebab kami lewat bayar… owner cakap dia pergi ke pejabat ajen tu pun tak pernah… lepas kejadian tu aku tak berurusan lagi dengan ajen tu… aku berurusan direct dengan owner dan peguamnya sahaja… aku bukan nak menuduh tapi aku syak yang ajen saja buat2 cite supaya aku mempercepatkan pembayaran… sebab ajen ni kan makan komisen… lagi cepat pembayaran dibuat lagi cepat dia dapat komisen diakan… lagipun lepas kejadian tu, ajen tu takde lagi call betty ataupun aku… tapi samada ajen tipu atau owner tipu, itu aku tak tahu… Cuma Allah sahaja yang tahu… LETIH jadinya…
            Lebih meletihkan bila dah sampai hari nak pindah… tapi sebelum tu nak kena pastikan rumah yang kita nak masuk tu dah siap dan dah dibersihkan… macam masa aku berpindah ke teratai mewah apartment dulu, owner lama cina… so, sebelum aku pindah kene la samak dulu satu rumah… basuh rumah dengan air tanah… manalah tahu tuan rumah dulu ada bela anjing ke atau biasa makan babi dalam rumah… nak angkut barang pulak nak kena carik lori… pastu barang2 bukannya boleh naik sendiri atas lori… nak kena carik orang tolong… masa aku berpindah dari taman dato senu ke teratai mewah aprt… barang masih tak banyak, senang sikit… masa berpindah dari teratai mewah aprt ke sri gombak pulak barang dah banyak tapi nasib baik keluarga aku datang menolong dan jiran sebelah rumah pun datang menolong… bila dah berpindah perkara pertama yang nak kena settlekan adalah susun atur barang dalam rumah baru… itu mau2 pun seminggu baru boleh settle… nak keluarkan barang dari kotak lagi… biasanya sebelum hari pindah lagi aku dah mula pindah barang2 kecik naik kete ke rumah baru sikit2… bua la 2-3 trip sehari, so hari pindah dah kurang la sikit barang…
            Bila dah settle in kat rumah baru… belum selesai lagi urusan… apa cite rumah lama… kalau dulu kita menyewa, paling kurang bersihkan lah rumah tu dan kalau ada bil2 yang tertunggak settlekan lah… barulah nama kita tak buruk kat owner rumah tu… kalau menyewa, jangan lupa collect balik deposit yang selalunya kita dah bayar kat tuan rumah sebelum kita masuk rumah tu… kalau rumah tu kita punya sendiri, pun nak kena bersihkan jugak… langkah seterusnya terpulanglah kat kita… nak sewakan ke, nak jual ke… kalau nak sewa, kena tengok2 sikit kat siapa kita nak sewakan… jangan sampai jahanam pulak rumah kita atau tetiba jer rumah kita kena tukar jadi pusat memproses dadah…
            Bila dah ada kat tempat baru ni, kena la ikut CARA tempat baru… bertegur sapa dengan jiran sebelah menyebelah… kalau dia tak nak tegur kita itu dia punya hal… kat rumah aku sekarang… jiran aku kira2 konsep 1Malaysia… sebelah kanan uncle berbangsa cina, duduk berdua dengan isterinya… kurang fasih nak berbahasa malaysia tapi masih boleh berkomunikasi… sebelah kiri satu keluarga berbangsa india… selalu gak bertegur sapa dengan aku… tapi aku ni kira2nya takde la rapat sangat dengan jiran2 aku… bukannya sombong tapi memasing sibuk bekerja… kalau dapat berborak pun sekejap2 ajer…
            Tapi persoalan sebenarnya… betulke aku ni nak berpindah… kalau betul berpindah, aku cadang untuk menyewa dahulu… kalau rasa rumah tu sesuai untuk kami sekeluarga barulah aku berkira2 untuk membelinya… tapi aku Cuma mampu merancang dan berdoa… akhirnya Allah jua yang menentukan segala2nya… jika berpindah ke tempat baru akan dapat membawa kebaikan kepada aku dan keluarga aku semoga Allah mempermudahkan segala2 urusannya… AMIN… TAWAKAL…

Tuesday, January 22, 2013

Multi-Purpose Insurance Run 2013 (MPIB Run 2013)



Tempat Mula/Tamat: Tempat Letak Kereta, Padang Merbok, Kuala Lumpur
Kategori: Men Open 12km, (BIB A0255)
Race kit: Dry Fit T-Shirt New Balance, Goodies bag, BIB, Timing Chip B Tag
Post-race: Finisher Medal, E-Certificate, Goodies bag
Tarikh & masa : 6 Januari 2013, 7.10 am
            Tahun ni aku buka acara larian aku dengan MPIB’13 seperti tahun lepas juga… Cuma kali ni aku akan berlari bersama2 dengan ajat dan una… Cuma una amik larian 5k sahaja… setelah hampir 20 kali menyertai pertandingan larian… sekarang aku lebih tenang dalam menghadapi event larian terutama jarak2 sederhana seperti ni…
            Aku kena kerja pada hari sabtu… tapi aku kerja separuh hari je la… sabtu malam ajat datang bermalam kat rumah aku… seperti biasa sebelum masuk tido aku dah tape siap2 kaki aku untuk mengelakkan masalah melecet… aku baru beli surgical tape yang baru… saiz 1inci… mudah sikit nak apply… tape sebelum ni kecik sangat… jenuh aku nak apply satu kaki… aku suka pakai surgical tape sebab ianya nipis dan ia membenarkan kulit untuk bernafas… so takde la kaki aku panas sangat… ianya juga mudah untuk ditanggalkan… aku dengan ajat juga ada kongsi beli KT tape dari internet… KT tape ni kita letak pada otot untuk mengawal pergerakkan otot dan dapat membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cramp… pada asalnya KT tape ini untuk merawat kecederaan otot… tetapi ada orang yang jumpa bahawa KT tape pun dapat membantu meningkatkan prestasi semasa berlari… untuk larian ini, aku dan ajat pakai KT tape pada betis… ajat dah try guna KT tape ni semasa larian Newton… dia kata ok… macam mana nak guna/apply boleh rujuk kat YouTube… tapi orang tak nampak la aku pakai KT tape sebab selindung dalam tight larian aku… kalau ok mungkin aku akan apply kat otot2 lain seperti otot peha…
            Aku bangun pukul 4.15pagi… lepas bersiap kami tunggu una sampai… aku sebenarnya tak sabar nak test prestasi kasut NB baru aku semasa  event larian… bila una dah sampai… kami bergerak ke padang merbuk pakai kereta aku… kami sampai ke area padang merbuk dalam jam 5.30pagi… mulanya nak parking kat area bank rakyat tapi dah penuh… terpaksa kami bergerak ke bukit aman… nasib baik kami cepat sedikit sebab parking kat area bukit aman agak limited sebab ada construction untuk naik taraf kawasan parking bukit aman… dari bukit aman kami bergerak berjalan kaki ke padang merbuk… di padang merbuk kami carik port untuk buat regangan badan…
kasut baru... NB...

            Apabila jam menghampiri jam 7 pagi kami mula menghampiri kawasan mula… kategori pertama yang akan dilepaskan adalah women 12k iaitu pada jam 7 pagi… kami menunggu dibelakang sedikit sementara menunggu peserta women 12k dilepaskan… setelah peserta women 12k dilepaskan kami pun mula bergerak kehadapan… dalam masa yang sama masih ada peserta wanita yang lewat berlepas terpaksa menyelit2 untuk bergerak kehadapan untuk berlepas… selepas 10minit peserta women 12k dilepaskan… peserta men’s 12k pula dilepaskan… aku bermula pada kelajuan yang perlahan sebab sebaik sahaja lepas pelepasan terus jumpa bukit… route pada tahun ni nampak macam berbeza sikit dari tahun lepas tapi lagi sekitar bukit tunku… ajat berlari seiringan dengan aku sehingga water station yang pertama… aku berjalan seketika untuk mengelap peluh manakala ajat teruskan larian…
            Aku kira larian aku kali ini untuk MPIB adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 2012… aku tak banyak berjalan walaupun berada dikawasan berbukit… boleh dikatakan aku berlari hampir pada kesemua bukit… ini prestasi yang baik… nampak gayanya latihan WOD yang aku amalkan sudah menunjukkan hasil… WOD adalah singkatan kepada Work Out Daily… WOD ini merujuk kepada satu set senaman ringkas yang memberikan tumpuan kepada membina kekuatan otot… WOD yang aku amalkan memberi tumpuan kepada kekuatan upper body dan lower body… contoh senaman untuk upper body adalah Pumping dan contoh untuk lower body pula adalah mencangkung dan berdiri… senaman2 ini adalah set yang ringkas dan tidak memerlukan peralatan khas dan Cuma memerlukan masa yang pendek sahaja… sebagai contoh aku akan melakukan pumping sebanyak 10set dan mencangkung dan berdiri sebanyak 10set… aku menggunakan berat badan aku sebagai rintangan dalam senaman ini… apa yang penting adalah untuk melakukan WOD setiap hari… ini adalah tambahan kepada latihan larian yang kita lakukan…
abiss suda...

            Di penghujung larian aku dapat kejar balik ajat… ajat dah mula berjalan sebab kepenatan… mana tak penat tiap2 minggu ada masuk event larian… minggu lepas Newton 12k… minggu ni MPIB 12k lagi… larian aku masih mantap lagi… aku berjaya menamatkan larian dengan masa yang agak baik juga… 1jam 23 minit… 5 minit lebih laju berbanding tahun lepas… aku budget kalau aku dapat mengekalkan prestasi larian seperti ni… insyaallah HM masa SCKLM’13 nanti aku boleh memperbaharui PB aku untuk HM… aku target tahun ni pun nak balas dendam untuk HM PNM… tahun lepas masa aku teruk sangat… lebih dari 3jam… tahun ni aku target untuk dapatkan bawah 3 jam… malaut ke sini pulak aku… kembali kita ke MPIB… ajat sampai ke garisan penamat 2~3minit selepas aku… kami re-group kat kawasan padang merbuk dengan una sekali… aku malas nak beratur untuk ambil goodies sebab ramai sangat orang yang beratur dan kawasan parking padang merbuk dah la sempit… rimas aku… aku ajak ajat dan una balik, sarapan kat tempat lain…
yang pertama untuk 2013

kami adik beradik....

            Plan asal nak sarapan makan nasi lemak kat rumah kuning kat dang wangi… tapi susah sangat nak dapat parking… so aku tapau je la untuk betty dan miza… aku, ajat dan una bersarapan di Old Town White Coffee di sri gombak… secara keseluruhannya MPIB’13 adalah event yang sangat2 baik penganjurannya… insyaallah untuk tahun 2014 aku akan join lagi…