Tuesday, June 21, 2011

Race report #4 (KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011)


Butir2 acara:
Tempat mula: Kawasan lapang bersebelahan pintu masuk ke KL tower
Tempat tamat: Puncak KL tower
Kategori: A, lelaki terbuka, 800m + 2054 anak tangga
Race kit: beg kain, T-shirt logo larian, voucer dari sponsor, timing chip, bib (A0275)
Tarikh & masa: 7 may 2011
Ini merupakan international event pertama aku… tapi event ni lain sikit… sebab kurang berlari, lebih banyak memanjat… event ni memerlukan peserta untuk memanjat tangga kl tower sampai ke puncak… Cuma tahun ni event ni dibuat pada sebelah malam… tahun lepas buat sebelah pagi… aku dapat tahu pasal event ni masa menyertai larian hari wilayah… ada orang yang edarkan borang penyertaan semasa majlis penyampaian hadiah.. so, aku fikir event ni boleh jadi event aku untuk bulan may… aku ajak adik aku masuk sekali… tapi dia kata waktu kejohanan dia tengah exam week… so, takleh nak ikut sama…

Larian kali ini melibatkan lebih daripada 3000 pelari dan pelbagai kategori… ramai jugak foreigner yang masuk kerana hadiah utama agak lumayan… persediaan aku untuk event ni standard… aku plan untuk berlari pada kelajuan serdahana sewaktu larian 800m dan memanjat 2 anak tangga sekali panjat… Cuma pada kali ni aku akan berlari dengan memakai running cip… kegunaan running cip ni adalah untuk merekodkan masa larian… masa larian akan mula direkod pada ketika kita melintas petak mula dan tamat rekod sebaik sahaja melintas petak tamat… penggunaan cip ini amat meluas untuk event2 besar yang mana mempunyai jumlah pelari yang banyak… penggunaan cip ini adalah lebih adil, kalau tidak pelari akan bersesak2 di hadapan petak mula supaya boleh berada dihadapan kumpulan pelari… cip ni selalunya akan diikat pada tali kasut… ianya menggunakan teknologi RFID…
running cip

Aku amat bernasib baik sebab mendaftar awal, kerana pelari akan dilepaskan didalam kumpulan 300 pelari setiap pelepasan… ini sebenarnya nak mengelakkan kesesakkan didalam tower… aku termasuk dalam kumpulan pelari pertama yang akan dilepaskan pada jam 8.00pm… aku sampai di KL tower dengan menaiki motosikal pada jam 7.00pm… berlepas keluar dari rumah jam 6.30pm… masa aku sampai memang dah ramai ornag berkumpul dikawasan mula… ada disediakan makanan dan minuman iaitu sandwich dan jus… tapi aku tak makan dengan minum takut terkeluar balik sewaktu memanjat nanti… seperti biasa, sebalum larian dimulakan ada sedikit aktiviti senamrobik…
Selepas selesai senamrobik… peserta dari no bib A0001 hingga A0300 diminta masuk ke kawasan mula… termasuk aku sekali la tu… selepas sedikit upacara formal… maka kumpulan pelari pertama dilepaskan pada jam 8.00pm… so, aku pun mula berlari… 800m yang pertama ini adalah melibatkan larian mendaki bukit… aku mengekalkan langkah kaki  yang pendek tetapi laju untuk mengelakkan keletihan… sampai di lobi KL tower memang dah ramai penonton yang berkumpul dan bersorak… pelari ditunjukkan ke arah anak tangga untuk mula memanjat…
Aku pada mulanya melangkah 2 anak tangga sekali langkah… tetapi lama kelamaan terpaksa memanjat setiap anak tangga sebab dalam kawasan tower tu memang agak sesak, so terpaksa ikut aliran pelari dan juga aku dah mula terasa penat yang amat sangat… pada mulanya aku memang tak terfikir langsung yang memanjat anak tangga akan sepenat ini… setiap 5 tingkat disediakan water station, ada 100+ dan plain water… aku berhenti setiap water station untuk minum dan berehat seketika…
Berlari dalam tower ni sebanarnya agak claustrophobic sebab kawasannya gak sempit… Cuma boleh muat 2 orang selisih bahu ke bahu… semasa menajat tangga, aku maintain kat sebelah kiri, dengat dengan railing… kalau nak memotong guna belah kanan… aku guna railing untuk tarik badan aku semasa memanjat tangga… semasa memanjat kita Cuma Nampak dinding dengan anak tangga jer… sampai separuh jalan aku mula terfikir menyesal masuk larian nih sebab macam tak sampai2 puncak kl tower nih… aku kembali bersemangat bila dah sampai lagi 2 tingkat ke puncak… itu pun sebab aku dengar suara sorakkan orang kat atas bagi semangat…
Sampai jerk at puncak aku terus diberi pingat penamat… pastu aku tak tunggu lama2 kat puncak sebab takut nanti ramai orang… cepat2 aku turun naik lif… aku lepak kat bawah sambil minum red bull, 100+ dan milo sambil tengok peserta2 lain berlari… aku tak dapat tunggu lama2 sebab masa ni baru aku tersedar yang aku lupa bawak lesen dengan road tax moto… maka dalam kul 10.30pm aku pun balik… minta2 takde roadblock… masa aku nak gerak balik rupanya masih ada peserta yang belum dilepaskan… pukul berapa agaknya dia orang dapat berlari tu agaknya…sebelum balik aku amik sandwich dengan jus kat kawasan pelepasan…
baju, bib, cip & medal

Gambar dibawah adalah pencapaian aku dalam event nih… kira2 ok la tu… first timer… tahun depan nak masuk lagi rasanya…

1 comment:

blog-tips-kurus said...

Congrats!
Saya baru nak join tanggaton ofc-22 tgkt je. Mohon beri tunjuk ajar ye. Tq