Thursday, July 28, 2011

Race Report #6 (NTV7 Fun Run 2011)


Tempat mula & tamat: Berdekatan banggunan TV3, Bandar utama
Kategori: Lelaki 7Km
Race kit: BIB, running t-shirt new balance, botol air, tuala muka, beg sandang kain
Post race: Goodies dari sponsor, sijil, medal
Tarikh & masa: 3 julai 2011, 7.30am

Peh… seminggu lepas larian SCKLM aku ada masuk larian yang lain lak… harapnya seminggu adalah masa yang cukup untuk aku recover dari SCKLM… larian kali ni adalah semperna ulangtahun NTV7 yang berlangsung di sri pentas, Bandar utama… larian kali ni aku masuk bersama2 adik aku…
Sehari sebelum larian, aku, miza dan ajat pergi amik race kit di pejabat FTAAA… disebabkan miza nak ikut sekali maka takleh la nak naik moto… so, kami decide untuk pergi sana naik LRT aje… maleh nak bawak kereta sebab mesti jem punya kawasan tu… kami naik LRT dari stesen sentul timur… dan turun kat stesen pudu… disebabkan ini adalah kali pertama nak gi pejabat FTAAA naik LRT… kami dah tersesat la… sepatutnya turun kat stesen Hang Tuah… bukan pudu, maka kami terpaksa berpatah balik satu stesen… lepas amik race kit, kami terus balik sebab miza dah bising2 kepenatan berjalan kaki…
Race kit yang kami dapat adalah beg sandang, botol air, tuala muka, t-shirt larian NewBalance dan BIB… Cuma kali ni perbezaannya, kat BIB takde tulis no… kena tulis sendiri apa yang kita rasa tentang larian nih… pikir punya pikir aku decide nak tulis “FREEDOM RUNNER – it’s a GOOD day to run”… dari sini aku dah dapat agak yang larian ni bukanlah satu pertandingan tapi hanya untuk suka2 jer…
Malam sebelum larian ajat datang tido kat rumah aku… kami plan esok pagi dalam kul 6 nak gerak dari rumah… naik moto… 
kat kawasan mula

Dan seperti yang dirancang kami pun kuar rumah kul 6 lebih dan sampai sana sebelum kul 7… masa kami sampai memang dah ramai umat yang berlegar2… dan disebabkan ini adalah fun run, so bermacam2 ragam la pelari yang ada… bila jam dah menghampiri jam 7.30pagi… kami dah mula berkumpul dipetak bermula… selepas sedikit senam robik, kami pun dilepaskan…
Laluan larian adalah sekitar Bandar utama… lari melintasi One Utama dan masuk ke kawasan perumahan… pelik gak la, sebab ni first time aku masuk larian yang laluannya masuk sampai ke kawasan perumahan… mesti orang yang tinggal kat situ terkejut… sapala pagi2 buta lari ramai2 kat kawasan dia orang nih… sepanjang laluan Cuma ada 1 water station jer… dan aku Berjaya menamatkan larian dalam masa 42min… dan laluan larian kebanyakkannya adalah rata jer…
Lepas tamat larian terus dapat medal… pastu amik lak goodies bag… peh, kali ni memang lumayan… penuh satu beg barang yang dapat… ada majalh, minyak wangi, sabun, minyak angin DLL… lepas habis stretching down, aku dengan ajat pun masuk ke dalam kawasan pejabat NTV7 sebab ada karvival… baru separuh round tetiba hujan turun dengan lebatnya… bila hujan dah mula reda sikit… aku dengan ajat decide untuk terus balik jer, walaupun masih ada booth carnival yang masih belu kami singgah… semua disebabkan keadaan mendung macam hujan nak turun lagi…
aku
ajat


Separuh jalan nak sampai ke rumah, hujan turun semula dengan lebatnya… basah kuyup kami masa sampai ke rumah... sekian.
antara barang yang dapat

pingat penamat

t-shirt larian NewBalance

tuala muka


Wednesday, July 20, 2011

Running gear


Kalau entry sebelum ini aku ada menceritakan tentang persediaan yang aku selalu amalkan sebelum dan selepas larian… kali ni aku nak bercerita pula tentang running gear… bukan gear basikal tu, tapi peralatan yang digunakan untuk berlari…
Pertama sekali adalah kasut… ini adalah peralatan yang terpenting untuk seseorang pelari… tanpa kasut yang sesuai, boleh member kesan kepada prestasi seseorang pelari… kasut yang digunakan perlulah bersesuaian dengan saiz dan bentuk kaki seorang pelari… aku pernah buat testing bentuk kaki aku kat website NerwBalance… bentuk kaki aku adalah termasuk dalam kategori neutral… 2 lagi bentuk kaki adalah flat dan hig arc… kalau korang buat testing kat website tu, ia juga akan mencadangkan jenis kasut NewBalance yang sesuai untuk korang… saiz kasut yang sesuai untuk berlari adalah 1 saiz lebih besar dari saiz kasut berjalan… ini adalah kerana kaki akan cenderung untuk mengembang dalam proses larian… oleh itu sewaktu membeli kasut, jangan beli kasut pada saiz yang ngam2… pilih yang besar sikit… antara jenama kasut larian yang popular adalah Newton, New Balance, Power, Adidas, Nike, Mizuno dll. Aku ada 3 set kasut untuk larian, 2 jenama Power dan 1 jenama Amsdex…
2 power, 1 amsdex

Kedua adalah stoking… sebenarnya ada stoking khas yang boleh oleh pelari yang boleh meningkatkan prestasi dan mengurangkan kejadian melecet… seperti stokin2 yang dijual oleh Nike dan Adidas… boleh juga untuk mencuba compression sock… compression sock ini member perlindungan dan juga tekanan secara berperingkat pada kaki… jenama yang terkenal untuk compression clothing ni adalah 2XU… buat masa ni aku belum ada lagi compression sock… aku Cuma pakai stoking cotton sahaja yang tebal… tapi aku plan nak beli gak satu… disebabkan harganya boleh mencecah sehingga rm200… so, kene kumpul duit dulu la…
Untuk pakaian pula… ada beberapa option… antaranya, compression clothing… compression boleh meningkatkan prestasi para pelari… compression juga ada pelbagai variasi… kalau tak suka pakai compression boleh pakai t-shirt yang diperbuat daripada dri-fit material… aku memang ada plan nak beli compression… terutama seluar paras lutut… boleh la dipadankan dengan compression sock yang panjang sampai paras lutut… tetapi itu semua memerlukan kos yang tinggi, oleh itu buat masa ni aku Cuma pakai trek sut sahaja… nak pakai short terasa macam terdedah sangat la plak… untuk baju plak aku selalunya akan pakai baju yang dibekalkan oleh penganjur… baju larian ni bergantung juga pada tahap kemampuan penganjur… kalau event2 kecik selalunya dia org baju t-shirt cotton je… untuk event besar, selalunya baju dri-fit…

compression sock
Aksesori2 lain yang sering digunakan sewaktu larian adalah… spek mata itam (sunglasses)… oleh kerana aku ni rabun dan kena pakai spekmata masa berlari… so, aku pakai sunglasses special yang boleh dipakai bersama2 spekmata biasa… Nampak cam S. jibeng pun ada… selain tu aku juga selalu pakai cap… pemakaian cap ni tak terhad untuk larian waktu siang jer… lari malam pun aku pakai cap, dah fesyen… untuk larian 7km dan keatas aku akan bawak sebotol air… tapi buat masa ni aku kena pegang je la sebab aku belum ada hydration belt (ni pun aku plan beli kemudian)… skarang yang aku ada Cuma pouch beg kecik je yang boleh muat dompet dengan h/phone… 
hydration belt

Tak dilupakan juga jam… alat ni penting untuk merekod masa larian… kalau jam yang cangih tuh siap boleh bagi bacaan hart rate, jarak larian, pace, stop watch, split DLL. Antara jenama yang terkenal adalah Suunto dan Timex… aku kalau nak beli jam HRM tu takde la… aku plan nak beli jam yang ada stop watch pun cukup dah… buat masa ni aku bergantung pada h/set jer… sebab h/set aku ada app untuk kira jarak larian, masa dan pace…
jam HRM

So, kalau nak di summary kan wish list aku… compression tight, compression sock, hydration belt dan jam… bila la boleh beli agaknya… DREAM ON…
 

Thursday, July 14, 2011

bahagian ke-2 untuk race report SCKLM 2011

Ini adalah bahagian ke-2 untuk race report SCKLM 2011…
Selepas tu aku berjalan menuju ke tempat pemula… masa ni masih tak ramai runner yang berkumpul di kawasan pemula ni… rasa macam poyolak awal2 dah tunggu kat sini… so, aku decide untuk berjalan sekitar kawasan mula untuk warming-up… tetiba timbul lagi rasa nak terkucil (begitu banyak) dan aku berjalan menuju tandas bergerak yang terletak lebih kurang 500m dibelakang kawasan mula… bila aku sampai, dah ramai orang yang beratur nak guna tandas… masa ni aku dengar kat kawasan mula dah start kecoh2 dan MC pun dah mula buat pengumuman… aku pun decide untuk tangguh hajat aku nak terkucil dan berpatah balik ke kawasan mula.
kawasan mula
pelari di kawasan mula

Dikawasan mula, pelari2 dah mula berkumpul… dan aku berada dikelompok tengah2… waktu ni keadaan dah mula meriah… ditambah pula dengan kehadiran kumpulan sorak…punyalah ramai umat, gerbang mula pun Nampak sayup2 je kat depan… dan bila aku toleh ke belakang, memang tak Nampak penghujung kumpulan pelari… waktu ni adalah masa untuk menenangkan diri menunggu isyarat pelepasan… sabar…. Jam baru tunjuk 6.50pagi…
TOMMM(bunyi pistol)… secara rasminya peserta 10km pun dilepaskan… disebabkan punya lah ramai runner, aku mengambil masa 3 minit untuk melepasi gerbang mula, itupun dalam keadaan berjalan… memang tak boleh berlari langsung… dalam 50m lepas gerbang mula, barulah boleh berlari sikit, itupun nak kena elak2 runner yang lain… waktu ni matahari belum keluar lagi dan keadaan agak mendung macam nak hujan… aku rasa macam rebas2 hujan dah mula turun… pada masa ni aku fikir lari dalam hujan la hari ni… tapi ujan x turun… keadaan mula jadi cerah selapas tu…
Masuk km yang ke-2… rasa nak terkucil aku datang balik… sudah… mula terasa menyesal tak buang hajat tadi sebelum lari… pada masa ni aku Nampak ada sebuah tandas bergerak kat tepi jalan… tapi ada orang tgh guna dan kat luar ada sorang lagi tengah tunggu… so, aku kuatkan semangat terus lari, cuba untuk tahan dari terkucil hingga tamat larian…
Masuk km ke-5… larian aku masih lagi dalam keadaan baik… aku tak terasa penat dan belum lagi terasa berhenti untuk berjalan… kat sini ada water station pertama yang menghidangkan air mineral sahaja… aku berhenti minum secawan dan terus berlari… depan sahaja dari water station ni ada sederet tandas bergerak… nampak aje tandas, rasa nak terkucil datang balik… so, aku decide untuk buang hajat dulu… tak lama la, dalam seminit je…
Bila dah buang hajat… baru rasa lega dan boleh berlari dengan tenang… dari sini route dah mula agak mendaki… pada km yang ke-7 ada satu lagi water station… pastu larian mula memasuki kawasan berbukit di belakang masjid Negara dan taman burung… aku mula kecikkan langkah untuk sesuaikan dengan keadaan berbukit… atas puncak bukit, aku berjalan kejap untuk kumpul tenaga…
Keluar dari lake garden… route dah mula menurun bukit dan jalan yang rata… masa melalui jalan parlimen menuju ke pusat Bandar ada water station yang terakhir… masa ni dah mula kedengaran keriuhan dan kececohan di kawasan penamat yang berada di dataran merdeka… dari jalan parlimen, route belok ke jalan raja laut… 2km yang terakhir ni agak seksa la jugak bagi aku… sebab aku dah masuk ke fasa jarak terjauh larian aku… aku berjalan sewaktu membelok masuk ke jalan TAR… dari sini aku kuatkan semangat unutk berlari terus ke garisan penamat… kat jalan TAR ni agak sesakla dengan pelari kerana semua kategori akan melalui jalan ni menuju ke dataran merdeka…
Semasa menghampiri garisan penamat aku senyum dan angkat tangan tanda bagus… manalah tahu ada repoter nak ambil gambar ke… boleh l;a masuk paper… aku jumpa gambar aku kat marathon-photo.com… nak beli tak mampu… pinjam yea…
YES!!!!... aku Berjaya menamatkan jarak larian terjauh aku buat masa ni… puas rasanya… dari garisan penamat terus pergi ke khemah untuk claim medal dan goodies bag… memang cekap la SCKLM tahun ni… tak yah beratur panjang untuk claim medal dengan goodies bag… masa official aku adalah 1jam 13min… kira ok tu… dengan keadaan pelari yang ramai…
kawasan tamat, dataran merdeka
kawasan tamat, dataran merdeka
barang yang aku bawak balik

Pas amik medal… aku buat warming down… jalan pusing2 kawasan penamat sambil tengok peserta2 lain yang baru sampai… disebabkan matahari dah mula terik… so, aku decide untuk terus balik… ALHAMDULILLAH…

Thursday, July 7, 2011

Race report #5 (Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2011)



Butir2 acara:
Tempat mula: Jalan parlimen, berdekatan simpang ke tugu Negara dan lake garden
Tempat tamat: Dataran merdeka
Kategori: lelaki terbuka, 10.8km
Race kit: Beg sandang kain, singlet larian New Balance, goodies dari sponsor, timing cip, bib (K-20035)
Post race: Beg kain, 100+, pisang, air mineral
Tarikh & masa: 26 Jun 2011, 7.00am

Ini adalah international event aku yang ke-2 dan yang paling special/best setakat ini… kerana ni adalah full marathon event yang mempertandingakan semua acara termasuk Full Marathon (FM-42km), Half Marathon (HM-21km) dan kategori yang aku sertai 10km… sebelum aku mula bercerita… aku kategorikan acara ni sebagai AWESOME/TERBAEK… bedasarkan pengalaman aku dan juga feedback dari peserta2 yang aku baca dalam facebook…
Sebelum acara ni bermula aku memang agak skeptic sebab takut event2 besar macam ni selalunya bermasalah… seperti yang berlaku pada Energizer Night Race… tapi setakat hari penyerahan REP tiada masalah besar berlaku… dan aku amat2 berharap pada hari larian semuanya akan berlajan dengan lancar.
Jarak 10km adalah jarak terjauh yang aku lari in a single run... memecahkan rekod 7km sebelum ini… sudah seharusnya aku merasa amat takut dan cuak… lebih2 lagi akan ada lebih dari 10000 peserta yang akan berlari sama dalam kategori aku (10km men’s open) dan 22000 pelari keseluruhan kategori…

TARGET: bawah 1jam… bedasarkan pace aku sekarang 6.0min/km… masa kelayakkan medal 2jam

PREPARATION: standard…

Oleh kerana masa pelepasan adalah pukul 7.00pagi (awal tu, biasanya 7.30pagi)… dan banyak jalan kat kl akan ditutup disebabkan event ni…so aku decide untuk kuar lebih awal… sembahyang subuh di luar… aku bangkit dari tido kul 4.30pagi… selepas amalan biasa aku… PowerBar Endurance, RedBull, roti, dan Vaseline… aku pun kuar dalam kul 5.15pagi… kali ni aku pakai singlet larian… mula2 rasa macam agak janggal gak la… rasa macam terdedah… sebab, larian aku sebelum ni semuanya dapat T-shirt… tapi aku fikir hari ni akan ramai orang pakai cam ni… so, aku buat selamba je la...
Aku plan nak parking moto kat padang merbuk… tapi bila aku sampai kat dataran merdeka dari jalan tuanku abdul rahman… simpang belok ke kanan ke padang merbok dan ditutup… akhirnya aku selit je moto aku kat LRT masjid jamek… sampi lebih kurang kul 5.45pagi… tak lama pastu azan subuh… selesai tanggungjawab… menapak ke tempat mula acara 10km di jalan parlimen…
Masa aku lintas kat dataran merdeka… suasana kat sana dah macam pesta… time ni pelari FM dah lama dah dilepaskan… pelari HM tengah tunggu masa je… tetiba rasa macam nak terkucil… nasib baik ada banyak tandas bergerak kat dataran merdeka… dah lepas hajat… sambung berjalan ke jalan parlimen… lebih kurang 300m sebelum sampai ke gerbang mula… aku berhenti untuk buat warming-up dan ikat timing chip ke tali kasut…
run timing chip

Banyak lagi aku nak cite tentang event ni… so, aku akan buat race report ni dalam 2 bahagian… sambung lagi dalam bahagian ke-2.

Tuesday, June 21, 2011

Race report #4 (KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011)


Butir2 acara:
Tempat mula: Kawasan lapang bersebelahan pintu masuk ke KL tower
Tempat tamat: Puncak KL tower
Kategori: A, lelaki terbuka, 800m + 2054 anak tangga
Race kit: beg kain, T-shirt logo larian, voucer dari sponsor, timing chip, bib (A0275)
Tarikh & masa: 7 may 2011
Ini merupakan international event pertama aku… tapi event ni lain sikit… sebab kurang berlari, lebih banyak memanjat… event ni memerlukan peserta untuk memanjat tangga kl tower sampai ke puncak… Cuma tahun ni event ni dibuat pada sebelah malam… tahun lepas buat sebelah pagi… aku dapat tahu pasal event ni masa menyertai larian hari wilayah… ada orang yang edarkan borang penyertaan semasa majlis penyampaian hadiah.. so, aku fikir event ni boleh jadi event aku untuk bulan may… aku ajak adik aku masuk sekali… tapi dia kata waktu kejohanan dia tengah exam week… so, takleh nak ikut sama…

Larian kali ini melibatkan lebih daripada 3000 pelari dan pelbagai kategori… ramai jugak foreigner yang masuk kerana hadiah utama agak lumayan… persediaan aku untuk event ni standard… aku plan untuk berlari pada kelajuan serdahana sewaktu larian 800m dan memanjat 2 anak tangga sekali panjat… Cuma pada kali ni aku akan berlari dengan memakai running cip… kegunaan running cip ni adalah untuk merekodkan masa larian… masa larian akan mula direkod pada ketika kita melintas petak mula dan tamat rekod sebaik sahaja melintas petak tamat… penggunaan cip ini amat meluas untuk event2 besar yang mana mempunyai jumlah pelari yang banyak… penggunaan cip ini adalah lebih adil, kalau tidak pelari akan bersesak2 di hadapan petak mula supaya boleh berada dihadapan kumpulan pelari… cip ni selalunya akan diikat pada tali kasut… ianya menggunakan teknologi RFID…
running cip

Aku amat bernasib baik sebab mendaftar awal, kerana pelari akan dilepaskan didalam kumpulan 300 pelari setiap pelepasan… ini sebenarnya nak mengelakkan kesesakkan didalam tower… aku termasuk dalam kumpulan pelari pertama yang akan dilepaskan pada jam 8.00pm… aku sampai di KL tower dengan menaiki motosikal pada jam 7.00pm… berlepas keluar dari rumah jam 6.30pm… masa aku sampai memang dah ramai ornag berkumpul dikawasan mula… ada disediakan makanan dan minuman iaitu sandwich dan jus… tapi aku tak makan dengan minum takut terkeluar balik sewaktu memanjat nanti… seperti biasa, sebalum larian dimulakan ada sedikit aktiviti senamrobik…
Selepas selesai senamrobik… peserta dari no bib A0001 hingga A0300 diminta masuk ke kawasan mula… termasuk aku sekali la tu… selepas sedikit upacara formal… maka kumpulan pelari pertama dilepaskan pada jam 8.00pm… so, aku pun mula berlari… 800m yang pertama ini adalah melibatkan larian mendaki bukit… aku mengekalkan langkah kaki  yang pendek tetapi laju untuk mengelakkan keletihan… sampai di lobi KL tower memang dah ramai penonton yang berkumpul dan bersorak… pelari ditunjukkan ke arah anak tangga untuk mula memanjat…
Aku pada mulanya melangkah 2 anak tangga sekali langkah… tetapi lama kelamaan terpaksa memanjat setiap anak tangga sebab dalam kawasan tower tu memang agak sesak, so terpaksa ikut aliran pelari dan juga aku dah mula terasa penat yang amat sangat… pada mulanya aku memang tak terfikir langsung yang memanjat anak tangga akan sepenat ini… setiap 5 tingkat disediakan water station, ada 100+ dan plain water… aku berhenti setiap water station untuk minum dan berehat seketika…
Berlari dalam tower ni sebanarnya agak claustrophobic sebab kawasannya gak sempit… Cuma boleh muat 2 orang selisih bahu ke bahu… semasa menajat tangga, aku maintain kat sebelah kiri, dengat dengan railing… kalau nak memotong guna belah kanan… aku guna railing untuk tarik badan aku semasa memanjat tangga… semasa memanjat kita Cuma Nampak dinding dengan anak tangga jer… sampai separuh jalan aku mula terfikir menyesal masuk larian nih sebab macam tak sampai2 puncak kl tower nih… aku kembali bersemangat bila dah sampai lagi 2 tingkat ke puncak… itu pun sebab aku dengar suara sorakkan orang kat atas bagi semangat…
Sampai jerk at puncak aku terus diberi pingat penamat… pastu aku tak tunggu lama2 kat puncak sebab takut nanti ramai orang… cepat2 aku turun naik lif… aku lepak kat bawah sambil minum red bull, 100+ dan milo sambil tengok peserta2 lain berlari… aku tak dapat tunggu lama2 sebab masa ni baru aku tersedar yang aku lupa bawak lesen dengan road tax moto… maka dalam kul 10.30pm aku pun balik… minta2 takde roadblock… masa aku nak gerak balik rupanya masih ada peserta yang belum dilepaskan… pukul berapa agaknya dia orang dapat berlari tu agaknya…sebelum balik aku amik sandwich dengan jus kat kawasan pelepasan…
baju, bib, cip & medal

Gambar dibawah adalah pencapaian aku dalam event nih… kira2 ok la tu… first timer… tahun depan nak masuk lagi rasanya…

Thursday, June 16, 2011

Teknik untuk berlari (bahagian ke-2)



Ini merupakan sambungan kepada entry aku sebelum ini (teknik untuk berlari bahagian 1)… semasa larian, adalah digalakkan untuk terus memandang kehadapan… jangan pandang kebawah kerana beberapa perkara… yang pertama, kita kena la tengok arah larian kita sebab kita kena perhatikan pelari2 yang lain dan juga keadaan trafik… biasanya semasa kejohanan larian aka ada marshall2 dan pihak polis yang membuat kawalan keselamatan dan trafik sewaktu kejohanan…. Tetapi ini tidak bermakna kita boleh berbuat sesuka hati sebab kalau kena langgar dengan kereta atau langgar antara sesama pelari… yang sakit kita jugak… yang kedua, bila kita pandang kehadapan, kita boleh focus kepada matlamat larian, ini dapat membantu kita untuk berlari dengan lebih baik…

Sewaktu berlari juga kita digalakkan untuk memberi perhatian kepada pernafasan dan juga bunyi hentakkan kaki… jika sewaktu berlari, pernafasan kita menjadi termengah2 maka kita digalakkan untuk memperlahankan larian… kerana ini adalah tanda kita kekurangan oksigen… jika kita meneruskan larian didalam keadaan ini adalah amat2 merbahaya… adalah lebih selamat untuk memperlahankan larian supaya pernafasan kita kembali normal daripada kita tiba2 jatuh pitam… perkara yang kedua yang perlu kita beri perhatian semasa berlari adalah bunyi hentakkan kaki… jika bunyi hentakkan terlalu kuat, ini bermakna impak yang ditanggung oleh kaki adalah besar… ini amat merbahaya untuk kesihatan kaki terutama bahagian sendi… cuba dapatkan transasi yang lancar antara kaki kanan dan kiri… sebab itu kita digalakkan untuk berlari dengan menggunakan midsole… ini ada terkandung didalam teknik POSE…

Juga untuk mengelakkan kaki dari terus menerus menerima impak yang kuat semasa berlari… adalah amat digalakkan jika berpeluang semasa larian untuk berlari pada permukaan yang lembut seperti atas tanah dan rumput… kebanyakkan acara larian berlangsung ikut route jalan raya… ini bermakna akan berlari diatas jalan bertar yang keras… jika terdapat kawasan berumput di bahu jalan… ambil peluang untuk berlari dikawasan ini untuk mengurangkan impak pada kaki…

Sebenarnya banyak lagi tip2 larian yang ada… korang boleh google it up… ni yang aku tulis ni adalah yang aku ingat dan aku selalu amalkan setiap kali aku berlari…

Sewaktu aku taip entry ni… aku tengah countdown untuk international event aku yang ke-2, iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM) yang mana aku akan berlari dalam kategori 10K… jarak larian terjauh aku… tinggal 9 hari lagi ke hari larian dan aku dah mula dengan rejim latihan aku… aku rasa gabra jugak nih sebab jumlah pelari yang dijangkakan akan berlari semasa SCKLM adalah 22000 orang (semua kategori)… ramai tuh… camne agaknye yea… apa2 pun akan aku ceritakan dengan lebih lanjut dalam race report aku selepas larian nanti… tunggu yea…