Saturday, April 28, 2012

RR#13 (Energizer Night Race 2012)



Tempat: Litar Antarabangsa Sepang
Kategori: Lelaki Terbuka 15.5km
Race kit: BROOKS Running Vest, BIB (F2079), timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal, Certificate, Finisher ‘T’, Energizer Head Lamp
Tarikh & masa : 21 April 2012, 8.20pm
                Penyertaan aku dalam acara ni memang penuh dengan debaran… pelbagai aspek mengenai acara ni menggusarkan aku… antaranya reputasinya bedasarkan acara yang sama pada tahun lepas penuh dengan kekecohan yang menghantui banyak pihak… sehinggakan ada runner yang memboikot acara ini… apa yang mendorong aku menyertai acara pada tahun ni adalah kesungguhan energizer membersihkan namanya yang tercemar pada tahun lepas dan perlantikan 21st century sport sebagai penganjur utama... bagi aku pula night race adalah satu acara larian yang unik dan memerlukan tumpuan lebih teliti… larian kali ini juga akan memecahkan rekod jarak larian aku iaitu 15.5km berbanding sebelum ini Cuma 12km sahaja…ini adalah peluang untuk aku memerhatikan prestasi larian aku pada jarak yang lebih jauh sebagai persediaan untuk menghadapi HM pada SCKLM 2012 kelak…
                Bersama2 dengan aku untuk menghadapi cabaran kali ini adalah ajat yang bergegas balik dari kota bharu pada jumaat malam semata2 supaya dapat menghadiri larian ini pada sabtu malam… kenduri kawin yang dirancang untuk dihadiri pada pagi hari sabtu pagi dibatalkan kerana betty tiba2 malas nak pergi kemana2… ini memberi peluang kepada aku untuk merehatkan diri sebagai persiapan untuk larian sebelah malamnya… kali ini juga miza akan ikut kami sekali kerana kawan ajat, una pun akan ikut sekali… sementara menunggu aku dan ajat berlari bolehlah miza duduk dengan una… sebelum sampai ke SIC, banyak tempat yang perlu kami tempuhi… pertama kami kena pergi ke putrajaya dahulu… supaya ajat boleh bersiap kerana semua running gearnya ada di rumah sewanya di putrajaya…aku, ajat dan miza bertolak dari rumah aku di gombak pada lebih kurang jam 3ptg… lebih kurang jam 4ptg kami sampai ke rumah sewa ajat di presint 9, putrajaya… dari rumah sewa ajat, kami akan bersiap sebelum bergerak ke SIC…
                Selepas solat asar, jam 5 lebih kami mula tinggalkan presint 9… aku baru tersedar yang aku sebenarnya lupa nak bawa earphone… aku punya earphone ada dalam pouch yang aku selalu guna bila jogging hujung minggu… takkan hujung minggu jogging pun aku nak bawak hydration belt… melampau tu… so aku singgah kejap kat petronas di presint 9 sementara nak isi minyak, aku carik la earphone… takde jual la plak… kalau takde earphone tak dapat la nak dengar lagu dari handphone aku… kalau tak dengar lagu lari jauh2 boleh cepat boring dan penat… lagipun aku gunakan rentak lagu tu untuk pacing larian aku… dari putrajaya kami bergerak melalui lebuhraya Dengkil Bypass ke Taman Kota Warisan yang terletak on the way ke SIC… kat kota warisan kami menjemput kawan ajat, una… dari kota warisan dah dekat dah nak sampai ke SIC… jam lebih kurang 6 ptg kami sampai ke SIC…
                Di SIC kami parking kereta berdekatan dengan kawasan mall SIC… kawalan trafik dan parking adalah amat baik sekali sebab banyak volunteer yang bagi panduan… kami berjalan kaki dari kawasan parking ke kawasan mall SIC yang tak berapa jauh… sampai sahaja di kawasan mall, kami disapa dengan sopan oleh para volunteer yang meminta kami untuk terus ke khemah pengambilan head light… satu khemah besar disediakan dengan jumlah volunteer yang mencukupi untuk pengambilan head light dan setiap peserta akan mendapat 1 head light… ini jauh lebih baik berbanding tahun lepas yang dikabarkan pengambilan head light adalah dihujung terowong ke pit stop dan Cuma dijaga oleh 2 petugas… disebabkan kurang kawalan, terdapat kes dimana ada pelari yang mengambil lebih dari 1 head light… agak malang bagi ajat kerana dia mendapat head light yang tidak berfungsi… tetapi pihak penganjur ada menyediakan khemah khas untuk menukar head light yang bermasalah… tanpa kesukaran ajat dapat head light baru menggantikan head lightnya yang rosak…

                Kemudian kami beredar ke kawasan booth penaja dan singgah di pentas persembahan kerana ada majlis khas untuk pembida no BIB, ucapan umum dari Adam OneArm Runner dan senamrobik untuk memanaskan badan… selepas selesai membuat regangan otot kami bergerak masuk ke kawasan grandstand sementara menunggu acara larian bermula… masa ini matahari sudah mula terbenam dan keadaan semakin gelap… kami bersantai2 dikawasan grandstand sementara menunggu acara pertama bermula, FM 42km… jam 7.45mlm pelari2 FM sudah mula memenuhi holding area dikawasan mula dan pada masa yang sama aku dan ajat juga mula bergerak ke holding area untuk pelari 15.5km… kami melalui terowong ke pit stop yang juga dikenali sebagai Tunnel Of Death oleh pelari2 ENR 2011… maka kami menunggu didalam holding area sehingga dilepaskan…

                Tepat jam 8.oomlm pelari FM pun dilepaskan… kemudian pelari 15.5km pula bergerak ke hadapan ke petak mula… MC membuat pengumuman supaya semua pelari menyalakan lampu head light masing… dan dengan kiraan beramai2, tepat jam 8.20mlm kami pun dilepaskan… aku dan ajat berlari beriringan… pace permulaan kami adalah baik… berlari di atas trek lumba SIC memang mengujakan… treknya rata dan luas, banyak ruang untuk berlari tanpa perlu berhimpit2… aku benar2 rasa seronok berlari didalam trek… timing aku untuk keseluruhan trek yang berjarak 5.5km adalah amat baik… pace larian aku adalah lebih baik dari yang aku rancangkan sepanjang 5.5km berkenaan… setiap 2.5km akan terdapat water station yang dilengkapi dengan span basah yang sejuk, air mineral dan 100+… cukup berpuas hati… setelah hampir lengkap 1 putaran litar… larian berpindah dari kawasan trek ke service road yang turut sama mengelilingi litar SIC… DAN disinilah siksaan yang sebenarnya bermula…sehingga km yang ke-6, pace aku adalah amat baik… TETAPI apabila berlari di atas service road, lain pula kisahnya… service road memang berbeza macam langit dengan bumi dengan trek… service road penuh dengan bukit tinggi yang turun naik seperti tanpa henti… jarang sekali berjumpa dengan kawasan yang rata… jalannya tidak rata, sempit dan gelap… SEKSA betul rasanya… apa yang aku nampak Cuma sinaran lampu head light dari pelari yang turun naik mengikut alunan bukit yang seperti alunan ombak tanpa henti (macam karya satera la plak)…
                Pace aku menjadi semakin lambat dengan pertambahan km… pada km ke-10 pace aku adalah 7.8, jauh dari planning aku 7.5 pada asalnya… untuk menambah seksaan aku lagi… apabila aku menghampiri km ke-11, bateri h/phone aku boleh kong… so takde la lagi lagu dan data collection RUNSTAR aku… h/phone dah takleh guna so simpan je la… dari km ke-11 hingga km ke-13, prestasi larian aku jatuh merudum… masa ni aku masih berada dalam trek service road dan aku lebih banyak berjalan dari berlari… aku mula berasa rimas sebab suhu pun agak panas tanpa ada tiupan angin… so aku buka head light yang aku pasang di dahi dan gantung di leher dengan lampunya menyuluh ke belakang… tiba2 ada seorang runner menyapa aku meminta aku memadamkan lampu putih yang menyuluh kebelakang kerana silauannya menggangu pelari yang lain… sorry la aku tak perasan… pastu aku adjust head light tu, pasang kat pinggang dengan warna merah dinyalakan… apa yang melegakan aku adalah apabila tiba di water station kerana dapat minum dan menyegarkan badan dengan span basah yang sejuk…
                2.5km yang terakhir larian berpindah semula masuk ke dalam trek… aku dapat catch-up balik dengan ajat yang meninggalkan aku semasa di service road… kami berjalan bersama sambil berborak… masing2 bersetuju yang bukit turun naik di service road memang MEMBUNUH… larian berbaki 2km sahaja lagi, kami mula berlari semula tetapi aku diserang cramp di kedua2 belah peha… aku terpaksa berhenti sementara ajat meneruskan larian… menghampiri km yang terakhir… aku mula berlari semula dengan perlahan dan menahan sakit… 500m sebelum gerbang penamat, aku berhenti berjalan TETAPI miza yang duduk di grand stand ternampak aku berjalan dan menjerit kepada aku minta cepat sikit sebab dia dah lama menunggu… TERPAKSA la aku berlari semula walaupun dalam kesakitan menuju penamat… lintas sahaja garisan penamat terus dihulurkan sijil dan sebotol air… masa yang aku catatkan adalah 2jam 12min… jauh dari masa target aku 1jam 51min… tak kiralah janji abis… first time aku berlari melebihi masa 2jam…

                Re-group semula dengan ajat dikawasan penamat dan kami bergerak untuk mengambil goodies bag… segalanya berjalan dengan teratur sekali… dalam goodies bag ada snek, finisher medal dan buat pertama kali finisher ‘T’… dari kawasan collection goodies bag, dengan perlahan kami bergerak semula ke kawasan mall melalui Tunnel of Death… untuk ke Tunnel of Death kami terpaksa menuruni anak tangga dan naik tangga dihujung tunnel… PERHHH siksa sungguh rasanya menahan sakit pada peha sewaktu munuruni dan naik anak tangga… bukan aku sahaja yang mengeluh, ramai runner lain pun sama… re-group dengan miza dan una di pintu tiket… jam sudah menunjukkan 11mlm… kami rasa dah tiba masanya untuk balik…







                Perjalanan keluar dari SIC agak slow kerana jalan jem… persimpangan utama jalan besar dan jalan masuk ke SIC masih dikawal kerana pelari2 FM masih belum menamatkan larian… jalan dibuka sekejap2 bila ada gap dikalangan pelari FM… kagum sungguh aku melihat semangat pelari2 FM dalam usaha menamatkan cabaran mereka sewaktu malalui kawasan ini… SALUTE… perjalanan lewat malam ini adalah lancar dan bila jam menunjukkan waktu pukul 12 t/mlm kami sampai ke kota warisan untuk drop-off una… perjalanan diteruskan ke putrajaya untuk drop-off ajat pula… plan asal ajat nak ikut aku balik ke gombak tetapi dia berasa kurang sihat seperti nak mutah… kondisi biasa bila dah berlari jarak yang jauh kerana perut bergoncang sewaktu larian dan hanya diisi dengan air kosong dan 100+… aku pun ada rasa yang sama Cuma aku tahan kan aje… aku tak dapat nak turun dari kereta kerana cramp pada peha… perjalanan balik diteruskan oleh aku dan miza…jam menghampiri pukul 2pagi bila aku sampai ke rumah… masa ni miza dah tertido dalam kereta kerana kepenatan… macamlah dia yang berlari…
                Itulah kisah panjang lebar pengalaman aku berlari pada ENR 2012… sehingga kini aku masih teringat2 larian aku pada malam itu dan akan terus menjadi kenangan berharga aku yang akan aku kenang sampai bila2… tapi kalau ada ENR 2013, pasti aku akan join… hehehheee….

6 comments:

aReLaN said...

hohohoho...memang seksa kan lari kat luar tu.aku leh terpijak batu lagi tu.seksa betul.tapi syukur la dapat gak target bawah 2 jam walaupun banyak jalan je dari berlari

Pelampung Bocor said...

at least ko dapat gak bawah 2jam... masa aku kelaut peginya...

noname said...

salam saya dah follow blog awak.
follow saya balik hehe

http://suara-aku-sendiri.blogspot.com/

noname said...

salam done follow your blog.follow me back :)

Nick Phillips (15/03/1967 - 04/11/2022) said...

Congrats. You did a great job finishing the race. Memang gila kat luar outer service roads tu!

Happy Feet

Pelampung Bocor said...

thank's Nick