Tempat: Litar Antarabangsa Sepang
Kategori: Lelaki Terbuka 15.5km
Race kit: BROOKS Running Vest, BIB (F2079),
timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal, Certificate,
Finisher ‘T’, Energizer Head Lamp
Tarikh & masa : 21 April 2012, 8.20pm
Penyertaan
aku dalam acara ni memang penuh dengan debaran… pelbagai aspek mengenai acara
ni menggusarkan aku… antaranya reputasinya bedasarkan acara yang sama pada
tahun lepas penuh dengan kekecohan yang menghantui banyak pihak… sehinggakan
ada runner yang memboikot acara ini… apa yang mendorong aku menyertai acara
pada tahun ni adalah kesungguhan energizer membersihkan namanya yang tercemar
pada tahun lepas dan perlantikan 21st century sport sebagai
penganjur utama... bagi aku pula night race adalah satu acara larian yang unik
dan memerlukan tumpuan lebih teliti… larian kali ini juga akan memecahkan rekod
jarak larian aku iaitu 15.5km berbanding sebelum ini Cuma 12km sahaja…ini
adalah peluang untuk aku memerhatikan prestasi larian aku pada jarak yang lebih
jauh sebagai persediaan untuk menghadapi HM pada SCKLM 2012 kelak…
Bersama2
dengan aku untuk menghadapi cabaran kali ini adalah ajat yang bergegas balik
dari kota bharu pada jumaat malam semata2 supaya dapat menghadiri larian ini pada
sabtu malam… kenduri kawin yang dirancang untuk dihadiri pada pagi hari sabtu
pagi dibatalkan kerana betty tiba2 malas nak pergi kemana2… ini memberi peluang
kepada aku untuk merehatkan diri sebagai persiapan untuk larian sebelah
malamnya… kali ini juga miza akan ikut kami sekali kerana kawan ajat, una pun
akan ikut sekali… sementara menunggu aku dan ajat berlari bolehlah miza duduk
dengan una… sebelum sampai ke SIC, banyak tempat yang perlu kami tempuhi…
pertama kami kena pergi ke putrajaya dahulu… supaya ajat boleh bersiap kerana
semua running gearnya ada di rumah sewanya di putrajaya…aku, ajat dan miza
bertolak dari rumah aku di gombak pada lebih kurang jam 3ptg… lebih kurang jam
4ptg kami sampai ke rumah sewa ajat di presint 9, putrajaya… dari rumah sewa
ajat, kami akan bersiap sebelum bergerak ke SIC…
Selepas
solat asar, jam 5 lebih kami mula tinggalkan presint 9… aku baru tersedar yang
aku sebenarnya lupa nak bawa earphone… aku punya earphone ada dalam pouch yang
aku selalu guna bila jogging hujung minggu… takkan hujung minggu jogging pun
aku nak bawak hydration belt… melampau tu… so aku singgah kejap kat petronas di
presint 9 sementara nak isi minyak, aku carik la earphone… takde jual la plak…
kalau takde earphone tak dapat la nak dengar lagu dari handphone aku… kalau tak
dengar lagu lari jauh2 boleh cepat boring dan penat… lagipun aku gunakan rentak
lagu tu untuk pacing larian aku… dari putrajaya kami bergerak melalui lebuhraya
Dengkil Bypass ke Taman Kota Warisan yang terletak on the way ke SIC… kat kota
warisan kami menjemput kawan ajat, una… dari kota warisan dah dekat dah nak
sampai ke SIC… jam lebih kurang 6 ptg kami sampai ke SIC…
Di
SIC kami parking kereta berdekatan dengan kawasan mall SIC… kawalan trafik dan
parking adalah amat baik sekali sebab banyak volunteer yang bagi panduan… kami
berjalan kaki dari kawasan parking ke kawasan mall SIC yang tak berapa jauh…
sampai sahaja di kawasan mall, kami disapa dengan sopan oleh para volunteer
yang meminta kami untuk terus ke khemah pengambilan head light… satu khemah
besar disediakan dengan jumlah volunteer yang mencukupi untuk pengambilan head
light dan setiap peserta akan mendapat 1 head light… ini jauh lebih baik
berbanding tahun lepas yang dikabarkan pengambilan head light adalah dihujung
terowong ke pit stop dan Cuma dijaga oleh 2 petugas… disebabkan kurang kawalan,
terdapat kes dimana ada pelari yang mengambil lebih dari 1 head light… agak
malang bagi ajat kerana dia mendapat head light yang tidak berfungsi… tetapi
pihak penganjur ada menyediakan khemah khas untuk menukar head light yang
bermasalah… tanpa kesukaran ajat dapat head light baru menggantikan head
lightnya yang rosak…
Kemudian
kami beredar ke kawasan booth penaja dan singgah di pentas persembahan kerana
ada majlis khas untuk pembida no BIB, ucapan umum dari Adam OneArm Runner dan
senamrobik untuk memanaskan badan… selepas selesai membuat regangan otot kami
bergerak masuk ke kawasan grandstand sementara menunggu acara larian bermula…
masa ini matahari sudah mula terbenam dan keadaan semakin gelap… kami
bersantai2 dikawasan grandstand sementara menunggu acara pertama bermula, FM
42km… jam 7.45mlm pelari2 FM sudah mula memenuhi holding area dikawasan mula
dan pada masa yang sama aku dan ajat juga mula bergerak ke holding area untuk
pelari 15.5km… kami melalui terowong ke pit stop yang juga dikenali sebagai
Tunnel Of Death oleh pelari2 ENR 2011… maka kami menunggu didalam holding area
sehingga dilepaskan…
Tepat
jam 8.oomlm pelari FM pun dilepaskan… kemudian pelari 15.5km pula bergerak ke
hadapan ke petak mula… MC membuat pengumuman supaya semua pelari menyalakan
lampu head light masing… dan dengan kiraan beramai2, tepat jam 8.20mlm kami pun
dilepaskan… aku dan ajat berlari beriringan… pace permulaan kami adalah baik…
berlari di atas trek lumba SIC memang mengujakan… treknya rata dan luas, banyak
ruang untuk berlari tanpa perlu berhimpit2… aku benar2 rasa seronok berlari
didalam trek… timing aku untuk keseluruhan trek yang berjarak 5.5km adalah amat
baik… pace larian aku adalah lebih baik dari yang aku rancangkan sepanjang
5.5km berkenaan… setiap 2.5km akan terdapat water station yang dilengkapi
dengan span basah yang sejuk, air mineral dan 100+… cukup berpuas hati… setelah
hampir lengkap 1 putaran litar… larian berpindah dari kawasan trek ke service
road yang turut sama mengelilingi litar SIC… DAN disinilah siksaan yang
sebenarnya bermula…sehingga km yang ke-6, pace aku adalah amat baik… TETAPI
apabila berlari di atas service road, lain pula kisahnya… service road memang
berbeza macam langit dengan bumi dengan trek… service road penuh dengan bukit
tinggi yang turun naik seperti tanpa henti… jarang sekali berjumpa dengan
kawasan yang rata… jalannya tidak rata, sempit dan gelap… SEKSA betul rasanya…
apa yang aku nampak Cuma sinaran lampu head light dari pelari yang turun naik
mengikut alunan bukit yang seperti alunan ombak tanpa henti (macam karya satera
la plak)…
Pace
aku menjadi semakin lambat dengan pertambahan km… pada km ke-10 pace aku adalah
7.8, jauh dari planning aku 7.5 pada asalnya… untuk menambah seksaan aku lagi…
apabila aku menghampiri km ke-11, bateri h/phone aku boleh kong… so takde la
lagi lagu dan data collection RUNSTAR aku… h/phone dah takleh guna so simpan je
la… dari km ke-11 hingga km ke-13, prestasi larian aku jatuh merudum… masa ni
aku masih berada dalam trek service road dan aku lebih banyak berjalan dari
berlari… aku mula berasa rimas sebab suhu pun agak panas tanpa ada tiupan
angin… so aku buka head light yang aku pasang di dahi dan gantung di leher
dengan lampunya menyuluh ke belakang… tiba2 ada seorang runner menyapa aku
meminta aku memadamkan lampu putih yang menyuluh kebelakang kerana silauannya
menggangu pelari yang lain… sorry la aku tak perasan… pastu aku adjust head
light tu, pasang kat pinggang dengan warna merah dinyalakan… apa yang melegakan
aku adalah apabila tiba di water station kerana dapat minum dan menyegarkan
badan dengan span basah yang sejuk…
2.5km
yang terakhir larian berpindah semula masuk ke dalam trek… aku dapat catch-up
balik dengan ajat yang meninggalkan aku semasa di service road… kami berjalan
bersama sambil berborak… masing2 bersetuju yang bukit turun naik di service
road memang MEMBUNUH… larian berbaki 2km sahaja lagi, kami mula berlari semula
tetapi aku diserang cramp di kedua2 belah peha… aku terpaksa berhenti sementara
ajat meneruskan larian… menghampiri km yang terakhir… aku mula berlari semula
dengan perlahan dan menahan sakit… 500m sebelum gerbang penamat, aku berhenti
berjalan TETAPI miza yang duduk di grand stand ternampak aku berjalan dan
menjerit kepada aku minta cepat sikit sebab dia dah lama menunggu… TERPAKSA la
aku berlari semula walaupun dalam kesakitan menuju penamat… lintas sahaja
garisan penamat terus dihulurkan sijil dan sebotol air… masa yang aku catatkan
adalah 2jam 12min… jauh dari masa target aku 1jam 51min… tak kiralah janji
abis… first time aku berlari melebihi masa 2jam…
Re-group
semula dengan ajat dikawasan penamat dan kami bergerak untuk mengambil goodies
bag… segalanya berjalan dengan teratur sekali… dalam goodies bag ada snek,
finisher medal dan buat pertama kali finisher ‘T’… dari kawasan collection
goodies bag, dengan perlahan kami bergerak semula ke kawasan mall melalui
Tunnel of Death… untuk ke Tunnel of Death kami terpaksa menuruni anak tangga
dan naik tangga dihujung tunnel… PERHHH siksa sungguh rasanya menahan sakit
pada peha sewaktu munuruni dan naik anak tangga… bukan aku sahaja yang
mengeluh, ramai runner lain pun sama… re-group dengan miza dan una di pintu
tiket… jam sudah menunjukkan 11mlm… kami rasa dah tiba masanya untuk balik…
Perjalanan
keluar dari SIC agak slow kerana jalan jem… persimpangan utama jalan besar dan
jalan masuk ke SIC masih dikawal kerana pelari2 FM masih belum menamatkan
larian… jalan dibuka sekejap2 bila ada gap dikalangan pelari FM… kagum sungguh
aku melihat semangat pelari2 FM dalam usaha menamatkan cabaran mereka sewaktu
malalui kawasan ini… SALUTE… perjalanan lewat malam ini adalah lancar dan bila
jam menunjukkan waktu pukul 12 t/mlm kami sampai ke kota warisan untuk drop-off
una… perjalanan diteruskan ke putrajaya untuk drop-off ajat pula… plan asal
ajat nak ikut aku balik ke gombak tetapi dia berasa kurang sihat seperti nak
mutah… kondisi biasa bila dah berlari jarak yang jauh kerana perut bergoncang
sewaktu larian dan hanya diisi dengan air kosong dan 100+… aku pun ada rasa
yang sama Cuma aku tahan kan aje… aku tak dapat nak turun dari kereta kerana
cramp pada peha… perjalanan balik diteruskan oleh aku dan miza…jam menghampiri
pukul 2pagi bila aku sampai ke rumah… masa ni miza dah tertido dalam kereta
kerana kepenatan… macamlah dia yang berlari…
Itulah
kisah panjang lebar pengalaman aku berlari pada ENR 2012… sehingga kini aku
masih teringat2 larian aku pada malam itu dan akan terus menjadi kenangan
berharga aku yang akan aku kenang sampai bila2… tapi kalau ada ENR 2013, pasti
aku akan join… hehehheee….
6 comments:
hohohoho...memang seksa kan lari kat luar tu.aku leh terpijak batu lagi tu.seksa betul.tapi syukur la dapat gak target bawah 2 jam walaupun banyak jalan je dari berlari
at least ko dapat gak bawah 2jam... masa aku kelaut peginya...
salam saya dah follow blog awak.
follow saya balik hehe
http://suara-aku-sendiri.blogspot.com/
salam done follow your blog.follow me back :)
Congrats. You did a great job finishing the race. Memang gila kat luar outer service roads tu!
Happy Feet
thank's Nick
Post a Comment