SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KITA... KHAS BUAT RAKAN2 BLOG SAYA....
Wednesday, August 31, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Kecederaan / Injury (kecederaan lutut)
Semua
jenis sukan pasti ada risiko… dan risiko ini boleh mendatangkan bahaya
serta mudarat kepada diri kita sendiri… oleh itu, adalah baik untuk kita
memahami semua risiko yang ada dalam setiap aktiviti sukan supaya kita boleh
mengelakkan dari berlakunya kecederaan…
Untuk
sukan berlari, aku rasa jenis kecederaan yang paling biasa adalah sakit
lutut… aku pun ada mengalami masalah yang sama… sakit lutut ni
selalunya akan terjadi selepas larian, untuk aku selalunya sakit lutut akan
muncul selepas larian yang jauh melebihi 10km… kesakitan dibahagian lutut
akan ketara apabila aku cuba untuk membengkokkan lutut sewaktu berjalan, turun
tangga dan sembahyang…
Apa
yang aku selalu lakukan untuk mengurangkan rasa sakit ini adalah dengan menyapu
ubat sapu dibahagian lutut selepas larian… antara ubat sapu yang aku
gunakan adalah WINTOSAL, VERON, DEEP HEATING RUB, PERSKINDOL… dalam masa yang sama aku
juga menggunakan knee protector… knee protector ini memberikan
tekanan/compression dan kestabilan kepada lutut aku, aku juga menggunakkan knee
protector ini sewaktu larian supaya lutut akuk berada dalam keadaan stabil
sewaktu larian… lutut aku yang bermasalah adalah lutut sebelah kanan…
| Donna (Glucosamine), Perskindol, Veron, Wintosal, Deep Heating Rub |
Kenapa
sakit lutut ini boleh terjadi… antara sebabnya adalah teknik larian yang
kurang tepat… kecederaan lutut sewaktu larian berlaku semasa landing
kerana waktu ini lutut menerima tekanan dan hentakkan yang tinggi… jika
kedudukan kaki tidak lurus sewaktu larian, lutut akan mudah tercedera…
antara sebab lain adalah keadaan rawan lutut yang telah haus dan kekurangan
cecair pelincir dalam lutut… rawan boleh menjadi haus kerana penggunaan
yang berlebihan… siptom ini amat ketara berlaku dikalangan ahlil2
sukan…
| Knee protector |
Untuk
memastikan rawan senantiasa berada dalam keadaan baik… adalah digalakkan
untuk mengambil vitamin tambahan… vitamin yang sesuai untuk joints and
flexibility adalah glucosamine… aku ada mengambil vitamin nih…
vitamin ni juga sesuai untuk golongan yang berusia yang selalu mengalami
kesakitan pada lutut… untuk masalah cecair pelincir yang
berkurangan… boleh ditambah dengan pembedahan kecil… pembedahan
juga boleh dilakukan untuk memperbaiki rawan yang telah rosak… keadaan
rawan yang tidak licin akan menyebabkan kesakitan… sebenarnya prosedur
pembedahan ini dicadangkan oleh boss aku kerana dia juga mengalami masalah
kesakitan lutut dan dia telah menjalani pembedahan dan menurut boss aku, ianya
berkesan… aku rasa aku berlum sampai tahap memerlukan pembedahan…
cukuplah dengan mengambil vitamin tambahan glucosamine…
Adalah
digalakkan juga untuk melakukan beberapa senaman untuk memperkuatkan otot2 yang
berada di kawasan lutut… tak dapat aku nak ceritakan macam mana bentuk
senamannya… boleh la check sendiri kat dalam internet
Nak
juga aku peringatkan yang apa yang aku tulis ni adalah bedasarkan pengalaman
dan pengamatan diri sendiri sahaja… aku bukanlah pakar perubatan…
oleh itu jangan terlalu percaya apa yang aku tulis… kalau nak dijadikan
panduan boleh la… ok…
Monday, August 15, 2011
Race Report #7 (Men’s Health Night Run 2011) bah. 2
ni ha, sambungan dari bahagian satu
![]() |
| PICC |
Dalam 4km yang pertama aku tiada mengalami apa2
masalah… walaupun pace aku agak laju kerana mengikut rentak pelari2 yang lain…
waktu ni juga aku ternampak yimster berlari dengan kain pelikat memotong aku
dengan lajunya… tak terdaya aku nak mengikutnya… masalah aku bermula bila
sampai di belakang PICC yang mempunyai dakian bukit yang agak tinggi… aku
terasa kesakitan pada abdomen yang memaksa aku untuk berjalan sehingga ke
puncak bukit… aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya… tetapi prestasi aku
menjunam teruk selepas itu… aku tak mampu untuk berlari untuk tempoh masa yang
lama… menyebabkan aku banyak berjalan, terutama di kawasan yang berbukit… water
station yang disediakan juga pada hemat aku tak memadai kerana aku hanya dapat
minum pada water station yang pertama dan ketiga sahaja kerana air habis… pada
water station yang kedua aku minum dari botol yang aku bawa sendiri dan ada
sorang runner yang baik hati berkongsi air botolnya dengan aku… Powerbar gel
yang aku ambil semasa waterstation yang kedua juga tidak dapat membantu aku
memulihkan tenaga aku… bukan sahaja tenaga… semangat aku untuk berlari juga
semakin luntur… secara mentalnya aku dah mula kalah… hasilnya aku berjalan ¼
dari jarak 12.3km itu… ini merupakan pretasi terburuk aku dalam larian…
![]() |
| dari blog yim... |
Bertambah buruk lagi 2km nak sampai ke garisan
penamat… aku mula merasai cramp dibahagian betis kiri dan kanan… ini adalah
pertama kali aku merasa cramp di kaki semasa larian… tetapi lagi 500m nak
sampai ke garisan penamat… aku gagahkan jugak untuk berlari sambil menahan rasa
sakit… aku sampai ke garisan penamat dengan masa yang tidak berapa baik… 1jam
36min…
Setelah tamat larian aku pun pergi ambil
goodies bag… selepas berehat seketika dan warming down aku pun bergerak ke
kereta aku untuk balik… sampai ke kereta, ada sebijik van putih dah menghalang
aku dari nak keluar… punyalah hangin aku… kita dah la penat2 lari, nak balik
sekali ada orang blok la plak… aku tunggu situ kejap, manalah tahu empunya van
datang dan alihkan vannya… sekali aku ternampak no tel empunya van terselit kat
cermin van… aku cuba call, tapi tak dapat2… makin hangin la aku… masa ni ada
satu keluarga cina lalu dan ternampak aku bersandar kat bonet kereta… dia org
offer nak tolong aku keluarkan kereta… alhamdullilah dengan bantuan dia org
dapat jugak kau keluar… moga allah sahaja la yang membalas budi baik mereka…
masa atas highway, owner van call aku balik… aku marahlah dia balik…
menyusahkan orang jer…
| harta rampasan hahahaaa.... |
Pencapaian aku semasa larian ni memang betul2
menghantui aku… nasib baik sekarang ni bulan pose… takde masuk larian mana2…
hujung minggu pun takde gi jogging… aku ambil peluang ni untuk reflek kembali
apa yang sebenarnya berlaku semasa larian tersebut dan apa strategi aku untuk
mengatasinya… aku fikir, kalau 12.3km pun payah aku nak habiskan… macam mana
aku nak lari half-marathon tahun depan… dah start goyang dah nih…
Aku fikir antara penyebabnya adalah persediaan
yang lebih kurang sahaja… t/hari aku makan nangka menyebabkan perut aku agak
berangin yang boleh menyebabkan perut sakit… badan aku tidak mendapat rehat
yang secukupnya kerana ada pelbagai aktiviti sebelah siangnya… berbanding jika
berlari sebelah pagi yang mana aku akan mendapat rehat yang secukupnya… pace
permulaan aku agak laju kerana terikut2 rentak pelari yang lain… botol air yang
aku bawa kecik sangat dan tak cukup untuk larian jarak jauh… kerana terlalu
banyak berjalan, bila aku cuba untuk berlari semula… kaki aku cramp… dan yang
paling utama menyumbang kepada prestasi buruk dalam larian ni adalah, aku kalah
secara mentalnya... terlalu mengikut kata badan yang keletihan…
Harapnya aku dapat memperbaiki kelemahan2 ni
dalam sesi latihan aku selepas raya nanti… insyaallah
Akhir kata aku nak mengucapkan selamat berpuasa
kepada semua umat islam… semoga bulan ramadhan ni membawa pelbagai keberkatan
kepada kita semua…
Tuesday, August 9, 2011
Race Report #7 (Men’s Health Night Run 2011)
Tempat: Putrajaya (berhadapan palace of
justice)
Kategori: Terbuka lelaki 12.3km
Race kit: Running vest REEBOK, BIB (A0157),
running timing chip
Post race: Goodies from sponsor (estimate worth
~rm300)
Tarikh & masa: 30 julai 2011, 8.20pm
Ini merupakan larian terakhir aku sebelum masuk
bulan ramadhan 1432 hijrah yang mana 1 ramadhan akan jatuh pada 1 ogos 2011…
pada mulanya aku tak nak masuk larian ni kerana jadual larian aku untuk bulan
julai dah penuh dengan larian NTV7 Feel Good Run… tetapi memikirkan lepas ni
aku akan cuti agak panjang… lebih kurang 2 bulan, maka apa salahnya masuk
larian terakhir sebelum puasa… lagipun goodies yang ditawrkan menarik jugak…
bernilai kira2 rm300…
Larian ni sebenarnya banyak meninggalkan kesan
kepada aku dan juga banyak pecah rekod… pertama, merupakan larian malam pertama
aku (KL Towerthon tak kira la, sebab banyak panjat dari lari)… kedua, larian
pertama diluar kawasan kl… dan ketiga, jarak terjauh aku dalam satu larian
(12.3km)… rekod sebelum ni dipegang oleh SCKLM, 10km… ni merupakan antara
larian aku yang naikkan jarak lariannya dalam persediaan menghadapi
half-marathon tahun depan… kali ni aku masuk sorang jer…
Larian akan berlangsung pada sabtu malam ahad…
pagi sabtu, aku ada jemputan tahlil dan doa selamat menyambut ramadhan di
batang kali… masa kat kenduri ni aku makan gulai lemak cili api nangka muda…
(yang kelak akan menghantui aku sewaktu larian nanti)… terus terang aku
nyatakan bahawa persiapan aku untuk menghadapi larian ni sebenarnya kurang
mantap… aku tak dapat nak mengikuti jadual persiapan yang aku dah nyatakan
sebelum ni atas sebab tertentu…boleh juga dikatakan yang aku terleka dan sambil
lewa dalam membuat persiapan… semuanya ini sebenarnya akan memberi kesan terhadap
prestasi aku sewaktu larian nanti…
Aku bertolak dari rumah naik kete dalam pukul 5
ptg… perjalanan dijangkakan akan ambil masa dalam 1jam… oleh kerana aku memang
tak familiar dengan kawasan putrajaya, sebab itu aku plan untuk bertolak awal
sikit… aku ikut highway baru kl-putrajaya dan dalam lebih kurang kul 6 aku
sampai… pusing2 dalam kawasan putrajaya, 6.30 baru aku dapat parking… itupun
bukan kat belakang palace of justice…
Disebabkan masih awal lagi… aku pun pusing kat
area carnival sambil ambil barang2 free sebelum bergerak ke masjid untuk solat
magrib… masa ni aku ternampak beberapa orang pelari2 yang famous seperti miss
jewel, reza ali dan yimster… lepas solat aku bergerak kembali ke kawasan mula…
ikat kasut dengan timing chip dan buat warming up… seperti biasa ada senamrobik
sebelum semua peserta diminta berkumpul di gerbang mula… pelari jarak 12.3km
akan dilepaskan dahulu sebelum pelari 5km… pelari hanya dilepaskan pada jam
8.20 selepas ketibaan VIP…
ok...ok... kita sambung lagi dalam bahagian ke dua...
Thursday, August 4, 2011
Passion for running
Entry
kali ni aku nak kupas mengenai passion for running… apa sebab musabab yang
mendorong seseorang untuk berlari… untuk aku, tujuan utama aku mula2
menceburkan diri dalam dunia larian ni adalah atas sebab2 untuk kesihatan
seperti yang telah aku ceritakan dalam entry yang terdahulu… aku rasa memang
ramai orang yang berlari atas sebab kesihatan… kebanyakkannya adalah untuk
menurunkan berat badan… kerana berlari adalah salah satu senaman kardiovaskular
yang bagus, juga dapat membakar kalori yang banyak… sebab itu bila kita
berlari, kita akan berpeluh dengan banyaknya… bagi aku pula, aku tiada masalah
lebihan berat, malah aku termasuk dalam kategori mereka yang kurang berat
badan… sebelum2 ni aku dah dah mencuba pelbagai cara untuk menambahkan berat
badan tapi tak Berjaya… percaya atau tidak, selepas mula berlari, berat badan
aku dah mula bertambah… ini dibantu oleh dengan gaya pemakanan yang sihat…
Berlari
juga merupakan salah satu cara aku untuk mengisi aktiviti pada masa lapang… aktiviti
yang mudah, murah dan boleh dilakukan pada setiap hujung minggu… bermula dengan
aktiviti jogging di taman tasik titiwangsa setiap hujung minggu membawa kepada
competitive running… berlari tidak lagi satu aktiviti riadah… tetapi dah
menjadi satu passion bagi aku…
Apa
yang menjadi keutamaan sekarang adalah berapa laju dapat aku berlari… berapa
jauh dapat aku rangkumi… berapa lama aku dapat bertahan… it is about testing my
limit as a human… blog2 dan forum2 memancing yang dulu selalu aku kungjungi dah
semakin sepi… yang selalu aku layari sekarang adalah blog2 pelari… seronok
dapat membaca kisah2 mereka… kerana pasti aku dapat kaitkan dengan pengalaman
sendiri…
Kalau
dulu selalu tercari2 mana kolam2 pancing yang dapat memberikan tarikan yang
hebat… sekarang nih tercari2 event2 larian yang dapat memenuhi kalender larian
bulanan… pejabat FTAAA (Federal Territories Amateur Athletic Association) yang
terletak berdekatan dengan stadium Negara juga dah berkali2 aku panjat untuk
mendaftar masuk larian dan pergi mengambil race pek… istilah2 baru sekarang
yang selalu bermain di bibir adalah T-Shirt larian, running vest, BIB no,
timing chip, hydration pack, compression clothing, carbo-loading dan lain2
lagi…
Hujung
minggu sekarang adalah masa2 yang selalu dinanti2kan… inilah masa untuk
berlatih… membina stamina dan kekuatan… setiap larian direkod masanya,
jaraknya, lajunya dan pace… kemudian data2 ini akan dinilai dan dianalisis
sebagai penanda aras tahap kebolehan terkini… sekarang pemandangan juga teliti
terhadap mereka2 yang berada di persekitaran… apakah jenis kasut yang mereka
gunakan… jenama pakaian yang mereka gunakan… teknik larian… sebagai
perbandingan dengan apa yang ada pada diri sendiri…
Pencapaian
aku yang terkini adalah quarter-marathon… tahun depan aku target half-marathon…
insyallah tahun lagi satu full-marathon… YES I’M A MARATHONER…
![]() |
| ni bukan aku... |
Thursday, July 28, 2011
Race Report #6 (NTV7 Fun Run 2011)
Tempat mula
& tamat: Berdekatan banggunan TV3, Bandar utama
Kategori:
Lelaki 7Km
Race kit:
BIB, running t-shirt new balance, botol air, tuala muka, beg sandang kain
Post race:
Goodies dari sponsor, sijil, medal
Tarikh
& masa: 3 julai 2011, 7.30am
Peh…
seminggu lepas larian SCKLM aku ada masuk larian yang lain lak… harapnya
seminggu adalah masa yang cukup untuk aku recover dari SCKLM… larian kali
ni adalah semperna ulangtahun NTV7 yang berlangsung di sri pentas, Bandar utama…
larian kali ni aku masuk bersama2 adik aku…
Sehari
sebelum larian, aku, miza dan ajat pergi amik race kit di pejabat FTAAA…
disebabkan miza nak ikut sekali maka takleh la nak naik moto… so, kami
decide untuk pergi sana naik LRT aje… maleh nak bawak kereta sebab mesti
jem punya kawasan tu… kami naik LRT dari stesen sentul timur… dan
turun kat stesen pudu… disebabkan ini adalah kali pertama nak gi pejabat
FTAAA naik LRT… kami dah tersesat la… sepatutnya turun kat stesen
Hang Tuah… bukan pudu, maka kami terpaksa berpatah balik satu
stesen… lepas amik race kit, kami terus balik sebab miza dah bising2
kepenatan berjalan kaki…
Race kit
yang kami dapat adalah beg sandang, botol air, tuala muka, t-shirt larian
NewBalance dan BIB… Cuma kali ni perbezaannya, kat BIB takde tulis
no… kena tulis sendiri apa yang kita rasa tentang larian nih… pikir
punya pikir aku decide nak tulis “FREEDOM RUNNER – it’s a
GOOD day to run”… dari sini aku dah dapat agak yang larian ni
bukanlah satu pertandingan tapi hanya untuk suka2 jer…
Malam
sebelum larian ajat datang tido kat rumah aku… kami plan esok pagi dalam
kul 6 nak gerak dari rumah… naik moto…
| kat kawasan mula |
Dan seperti
yang dirancang kami pun kuar rumah kul 6 lebih dan sampai sana sebelum kul
7… masa kami sampai memang dah ramai umat yang berlegar2… dan
disebabkan ini adalah fun run, so bermacam2 ragam la pelari yang ada…
bila jam dah menghampiri jam 7.30pagi… kami dah mula berkumpul dipetak
bermula… selepas sedikit senam robik, kami pun dilepaskan…
Laluan
larian adalah sekitar Bandar utama… lari melintasi One Utama dan masuk ke
kawasan perumahan… pelik gak la, sebab ni first time aku masuk larian
yang laluannya masuk sampai ke kawasan perumahan… mesti orang yang
tinggal kat situ terkejut… sapala pagi2 buta lari ramai2 kat kawasan dia
orang nih… sepanjang laluan Cuma ada 1 water station jer… dan aku
Berjaya menamatkan larian dalam masa 42min… dan laluan larian
kebanyakkannya adalah rata jer…
Lepas tamat
larian terus dapat medal… pastu amik lak goodies bag… peh, kali ni
memang lumayan… penuh satu beg barang yang dapat… ada majalh,
minyak wangi, sabun, minyak angin DLL… lepas habis stretching down, aku
dengan ajat pun masuk ke dalam kawasan pejabat NTV7 sebab ada karvival…
baru separuh round tetiba hujan turun dengan lebatnya… bila hujan dah mula
reda sikit… aku dengan ajat decide untuk terus balik jer, walaupun masih
ada booth carnival yang masih belu kami singgah… semua disebabkan keadaan
mendung macam hujan nak turun lagi…
| aku |
| ajat |
Separuh
jalan nak sampai ke rumah, hujan turun semula dengan lebatnya… basah
kuyup kami masa sampai ke rumah... sekian.
| antara barang yang dapat |
| pingat penamat |
| t-shirt larian NewBalance |
| tuala muka |
Wednesday, July 20, 2011
Running gear
Kalau entry
sebelum ini aku ada menceritakan tentang persediaan yang aku selalu amalkan
sebelum dan selepas larian… kali ni aku nak bercerita pula tentang
running gear… bukan gear basikal tu, tapi peralatan yang digunakan untuk
berlari…
Pertama sekali
adalah kasut… ini adalah peralatan yang terpenting untuk seseorang
pelari… tanpa kasut yang sesuai, boleh member kesan kepada prestasi
seseorang pelari… kasut yang digunakan perlulah bersesuaian dengan saiz
dan bentuk kaki seorang pelari… aku pernah buat testing bentuk kaki aku
kat website NerwBalance… bentuk kaki aku adalah termasuk dalam kategori
neutral… 2 lagi bentuk kaki adalah flat dan hig arc… kalau korang
buat testing kat website tu, ia juga akan mencadangkan jenis kasut NewBalance
yang sesuai untuk korang… saiz kasut yang sesuai untuk berlari adalah 1
saiz lebih besar dari saiz kasut berjalan… ini adalah kerana kaki akan
cenderung untuk mengembang dalam proses larian… oleh itu sewaktu membeli
kasut, jangan beli kasut pada saiz yang ngam2… pilih yang besar
sikit… antara jenama kasut larian yang popular adalah Newton, New
Balance, Power, Adidas, Nike, Mizuno dll. Aku ada 3 set kasut untuk larian, 2
jenama Power dan 1 jenama Amsdex…
| 2 power, 1 amsdex |
Kedua adalah
stoking… sebenarnya ada stoking khas yang boleh oleh pelari yang boleh
meningkatkan prestasi dan mengurangkan kejadian melecet… seperti stokin2
yang dijual oleh Nike dan Adidas… boleh juga untuk mencuba compression
sock… compression sock ini member perlindungan dan juga tekanan secara
berperingkat pada kaki… jenama yang terkenal untuk compression clothing
ni adalah 2XU… buat masa ni aku belum ada lagi compression sock…
aku Cuma pakai stoking cotton sahaja yang tebal… tapi aku plan nak beli
gak satu… disebabkan harganya boleh mencecah sehingga rm200… so,
kene kumpul duit dulu la…
Untuk pakaian
pula… ada beberapa option… antaranya, compression clothing…
compression boleh meningkatkan prestasi para pelari… compression juga ada
pelbagai variasi… kalau tak suka pakai compression boleh pakai t-shirt
yang diperbuat daripada dri-fit material… aku memang ada plan nak beli
compression… terutama seluar paras lutut… boleh la dipadankan
dengan compression sock yang panjang sampai paras lutut… tetapi itu semua
memerlukan kos yang tinggi, oleh itu buat masa ni aku Cuma pakai trek sut
sahaja… nak pakai short terasa macam terdedah sangat la plak… untuk
baju plak aku selalunya akan pakai baju yang dibekalkan oleh penganjur…
baju larian ni bergantung juga pada tahap kemampuan penganjur… kalau event2
kecik selalunya dia org baju t-shirt cotton je… untuk event besar,
selalunya baju dri-fit…
![]() |
| compression sock |
Aksesori2 lain
yang sering digunakan sewaktu larian adalah… spek mata itam
(sunglasses)… oleh kerana aku ni rabun dan kena pakai spekmata masa
berlari… so, aku pakai sunglasses special yang boleh dipakai bersama2
spekmata biasa… Nampak cam S. jibeng pun ada… selain tu aku juga
selalu pakai cap… pemakaian cap ni tak terhad untuk larian waktu siang
jer… lari malam pun aku pakai cap, dah fesyen… untuk larian 7km dan
keatas aku akan bawak sebotol air… tapi buat masa ni aku kena pegang je
la sebab aku belum ada hydration belt (ni pun aku plan beli kemudian)…
skarang yang aku ada Cuma pouch beg kecik je yang boleh muat dompet dengan
h/phone…
![]() |
| hydration belt |
Tak dilupakan
juga jam… alat ni penting untuk merekod masa larian… kalau jam yang
cangih tuh siap boleh bagi bacaan hart rate, jarak larian, pace, stop watch,
split DLL. Antara jenama yang terkenal adalah Suunto dan Timex… aku kalau
nak beli jam HRM tu takde la… aku plan nak beli jam yang ada stop watch
pun cukup dah… buat masa ni aku bergantung pada h/set jer… sebab
h/set aku ada app untuk kira jarak larian, masa dan pace…
![]() |
| jam HRM |
So, kalau nak di
summary kan wish list aku… compression tight, compression sock, hydration
belt dan jam… bila la boleh beli agaknya… DREAM ON…
Subscribe to:
Posts (Atom)










