Sunday, February 19, 2012

Mari Bercuti (Hotel BERJAYA Times Square)



            Seperti yang aku pernah sebut dalam race report sebelum ni… betty telah menang Most Caring Employee 2011 kat tempat dia bekerja… hadiahnya adalah penginapan 3hari 2malam di Hotel BERJAYA Times Square yang terletak di kawasan bukit bintang… hotel ni adalah salah satu hotel yang famous kat area kl kerana lokasinya yang amat2 stategik (area bukit bintang) dan bersambung dengan hotel ini adalah pusat membeli belah BERJAYA Times Square.
            Aku telah mencadangkan supaya kami tebus baucer penginapan tersebut pada bulan januari… 7 ~ 9 januari 2012… antara sebab mengapa aku cadangkan tarikh tersebut… pertama duit bonus aku masih ada lagi, so boleh la nak shopping sikit… kedua, pada 8 januari aku ada acara larian MPIB run 12k 2012 di padang merbuk, sementara aku pergi berlari, bolehla betty dengan miza berehat2 di hotel…
            Hotel BERJAYA ni taklah asing sangat pada aku… department aku dulu dah 2 kali buat re-treat kat sini… Cuma masa tu aku tak dapat nak menikmati sepenuhnya pengalaman menginap kat hotel ni memandangkan banyak aktiviti dibuat dalam dewan…
            Percutian kami bermula pada 7 januari 2012, hari sabtu… selepas bersarapan dan berkemas (termasuk mengemas peralatan larian aku)… kami pun bertolak ke hotel… perjalanan Cuma memakan masa 30min sahaja… hotel ni taklah jauh sangat dari rumah aku, sekejap je dah sampai kalau jalan tak jem… jalan jem sikit kat depan hotel… biasala jalan imbi, jem je memanjang…
            Bilik yang kami dapat besar jugak… studio suite… selepas check-in kami bermalas2 dalam bilik hotel sambil tengok tv… pemandangan keluar tingkap hotel boleh Nampak tapak bekas penjara pudu dan IPK KL… dalam pukul 3, aku turun ke BERJAYA times square untuk carik makanan untuk lunch dan beli tiket wayang untuk malam ni… suasana dalam kompleks BERJAYA adalah penuh dengan suasana perayaan tahun baru cina dan seperti biasa para pengunjung memang ramai dan padat…
tarian naga

            Pada sebelah petang aku dengan miza mengabiskan masa dengan mandi dan bersantai di swimming pool hotel yang amat besar… lebih kurang jam 6.30 aku dan miza naik semula ke bilik hotel kerana aku kena bersiap untuk special dinner reservation buat aku dan betty… jam 7.30mlm aku dan betty turun ke Big Apple Restaurant untuk dinner kami berdua… miza duduk sensorang dalam bilik hotel sambil tengok tv…
            Suasana didalam restaurant memang amat2 tenang… Cuma ada aku dan betty sahaja… layanan  yang diberikan adalah amat2 ekseklusif… kami duduk disebelah tingkap sambil menikmati pemandangan kl yang mulai bertukar dari suasana senja masuk ke suasana malam… menurut pelayan kami, restoran ni amat penuh untuk makan tengah hari… tetapi untuk makan malam memang tak ramai pengunjung… aku telah memesan lamb rack untuk aku, sirloin beef steak untuk betty dan ceasar salad… jujur aku katakan… makanan yang disediakan amat2 sedap sekali… memang quality Top Chef… sampai licin la lamb tu aku ratah… rasa macam nak order lagi jer… Selepas selesai dinner… aku dan betty pergi ke kompleks BERJAYA untuk beli dinner untuk miza pula… 
antupancing nak makan
teman ku...

            Acara seterusnya adalah menonton wayang… aku dah tak ingat cerita apa yang kami tengok sebab tak best sangat… takde banyak pilihan cerita buat masa ni… tengok saja la… kalau tak, takde lak aktiviti malam ni… Cuma disebabkan kompleks Berjaya ni besar sangat… kami bertiga melilau mencari panggung wayangnya… turun naik eskeleter… lepas abis tengok wayang memang dah lewat… kami terus balik ke bilik hotel, tapi sebelum tu sempat jugak singgah kat 7-eleven kat lobi hotel beli magi segera untuk santapan lewat malam… sampai je bilik aku terus tido sebab esok pagi nak bangun awal…
            Hari kedua percutian, hari ahad… Jam 4.30pagi aku dah bangkit balik… betty dengan miza masih tido lagi… tak tahu la pukul brapa lak dia org tido… lepas bersiap aku terus gerak ke padang merbok… oleh kerana masih awal lagi suasana kat hotel masih lengang lagi… untuk cerita lanjut event MPIB run 2012… boleh rujuk race report yang aku dah post sebelum ni… aku balik semula ke hotel dalam jam 11pagi…
            Lepas sampai ke bilik… miza masih tido lagi… aku pergi ke plaza imbi untuk belikan sarapan betty dan miza… kat situ ada kedai mamak… kalau nak makan sarapan kat hotel… memang melampau la mahalnya… lepas beli sarapan aku terus turun ke swimming pool… aku berenang seround 2 dan melepak kat tepi pool rehatkan badan… pastu baru aku naik ke bilik untuk mandi dan tido…
            Lepas bangun dari tido baru rasa segar semula badan… aku ajak miza untuk gi jalan2 dalam komplek BERJAYA times squares dan makan tengah hari sekali… betty tak nak ikut dia nak lepak2 dalam bilik sahaja… aku dengan miza pusing2 dalam komplek, gi tengok orang main bowling… kami tak masuk amusement park sebab aku rasa rugi masuk dah petang… kalau nak untung masuk dari pagi sebab bayarannya adalah per-entry… lepas penat berjalan2… aku dengan miza menghabiskan waktu petang kami dengan berenang2 dan lepak2 di kawasan swimming pool…
            Sebelah malam pula kami sekeluarga keluar dinner kat Kenny Rogers… lepas makan jalan2 lagi sambil shopping sikit2… kami beli eksesori h/phone… betty tambah bling2 kat h/set dia… kami juga singgah kat GnC… aku beli makanan tambahan baru… Optimum Nutrition Serious Mass dan juga beberapa jenis vitamin… lepas penat pusing… kami balik dan lepak kat bilik semula… apa yang bagus kat hotel BERJAYA ni… malam2 ada orang house keeping datang Tanya ada apa2 barang yang kita perlukan, macam uncang teh atau kopi… mintak je, dia orang boleh bagi…
            Hari isnin… Hari terakhir percutian kami… takde apa2 yang kami buat, lepas bersarapan (beli kat kedai mamak lagi) kami pun check-out dan balik ke rumah… best jugak bercuti kat hotel BERJAYA ni… lepak sungguh kami… antara yang best adalah masa makam malam kat restoran Big Apple… lamb rack memang marvelos sekali… boleh repeat nih… swimming pool pun best gak sebab saiznya besar… Cuma gym jer aku tak sempat nak singgah… ok, sehingga percutian yang akan datang…

Saturday, February 11, 2012

Race Report #11 (MPIB Run 12k 2012)



Tempat: Padang Merbuk, Kuala Lumpur
Kategori: Lelaki Terbuka 12km
Race kit: Running T-shirt, BIB (A0769), timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal, E-Cert, Goodies bag
Tarikh & masa : 8 Januari 2012, 7.10am
            Acara pembuka 2012… tetapi ni bukan acara larian pertama 2012… terdapat acara lain yang dianjurkan lebih awal iaitu pada 1 jan 2012 seperti Newton New Year Run yang berlansung di Puchong kalau tak salah aku… aku memilih acara ni atas2 sebab2 kosnya yang lebih murah dan lokasi yang lebih dekat… ada satu lagi acara pada bulan januari ni iaitu MIZUNO Wave Run 10k yang berlangsung di UPM, Serdang… yang ni masalahnya adalah lokasi yang agak jauh…
            Ni adalah julung2 kali Multi Purpose Insurance Berhad menganjurkan larian… REP collection dibuat di banggunan OCM… REP mengandungi running t-shirt, BIB, timing chip dan goodies bag. Persediaan yang aku buat adalah standard Cuma kali ni aku tak bertolak dari rumah tetapi dari Berjaya Times Square Hotel… jeng jeng jeng… ini adalah kerana Betty telah menang Most Caring Employee di tempat kerjanya dan hadiahnya adalah penginapan 3hari 2malam di Berjaya Times Square Hotel… mungkin aku akan menulis satu entry khas mengenai percutian kami di Berjaya Times Square Hotel kemudian… ini bukanlah pertama kali aku menginap di Hotel Berjaya… sebelum ni dah 2 kali sebab company aku suka buat re-treat kat hotel ni
            Aku bertolak keluar dari Hotel Berjaya dalam jam 5.30pagi… jalan memang lengang giler… aku memandu perlahan2 sebab aku tak berapa biasa dengan jalan2 kat area bukit bintang… dalam pukul 6 aku pun sampai ke area padang merbuk… aku parking depan bank rakyat dan berjalan kaki ke kawasan mula…
kat kawasan mula
            Pasa waktu ni, ramai peserta dah mula berkumpul kat area parking padang merbuk… aku ambil kesempatan untuk pergi buang air kecil dulu sebelum orang menjadi ramai… selepas selesai buang hajat, aku mula buat aktiviti warming-up… selepas warming-up aku ambil dahulu sepeket GU gel… rasa nak muntah plak makan GU gel pagi2 buta nih…
            Acara larian akan dimulakan dengan pelepasan peserta wanita 10k dahulu diikuti dengan peserta 10k lelaki dan seterusnya… sewaktu pengumuman meminta semua peserta 10k wanita menuju ke kawasan mula aku masih lagi berada di kawasan parking padang merbuk… malas aku nak bersesak2 kat kawasan mula tu… kawasan mula dan tamat tidak berada pada tempat yang sama… ini membuatkan ada beberapa peserta yang menjadi konfius kerana menunggu bermulanya acara dikawasan penamat…
starting line-up men's 10k
            Tepat jam 7pagi, peserta wanita 10k pun dilepaskan… sejurus selepas itu semua peserta lelaki 10k mula berkumpul… seperti biasa aku berada dalam kelompok tengah… tepat jam 7.10pagi, peserta lelaki pula dilepaskan… larian dimulakan dengan berlari merentasi bukit yang rendah… aku Berjaya maintain pace yang agak baik sepanjang larian… larian aku kali ini aku menggunakan seluar general compression jenama Breath yang baru dibeli… juga hydration belt jenama ultimate direction, juga baru dibeli… masa larian, peta dan pace di monitor dengan menggunakan Runstar dalam h/phone Samsung galaxy Y, juga bru dibeli… biasalah, bonus dah masuk itu hari… banyakla barang baru boleh beli… eh, sebelum lupa, kasut pun baru, jenama DIADORA yang dibeli semasa sale MIZI sport centre… oleh kerana aku pakai seluar general compression, aku berasa amat2 selesa sepanjang larian kerana otot2 kaki tak terasa cepat panas dan oleh kerana aku tak perlu berlari sambil memegang botol air… rentak larian aku adalah lebih baik… Cuma aku perlu biasakan diri berlari dengan hydration belt di pinggang… Cuma masalah yang timbul adalah kurang tempat untuk menyimpan barang seperti IC dan kunci kereta kerana poket yang ada kat hydration belt terlalu kecil dan seluar breath tak ada poket langsung… (perkara pasal seluar breath takde poket langsung aku dah suarakan kat laman facebook Breath)… sebab dah ada hydration belt sendiri, maka aku ambil keputusan untuk skip water station yang pertama kerana terlalu crowded… aku Cuma berhenti pada water station yang ke-2 dan ke-3 untuk minum air dan ambil GU gel…
            Kawasan larian kali ini adalah sekitar bukit tunku… memang turun naik bukit la… berbeza dengan larian lain kat kawasan KL yang aku masuk yang mana banyak berlari kat kawasan rata seperti lebuhraya mahameru…. Larian kali ni aku tamatkan dengan masa 1jam 28min… lewat 2minit jika nak dibandingkan dengan larian MALAKOFF hujung tahun lepas…
alamak... gambar terbalik la plak... tak tahu camne nak adjust...
            Seperti biasa selepas larian, aku berpusing kat kawasan penamat sambil singah kat gerai2 yang ada seperti gerai 100+, nestle dan roti high 5… lepas buat warming down aku lepak kat tepi padang merbuk dan tengok persembahan band dari sekolah viktoria… aku pernah bersekolah kat sekolah viktoria, tapi tak lama, 2 minggu je, sebelum aku masuk ke sekolah asrama penuh (sekolah menengah sains johor)…
            Selesai sudah acara pembuka 2012… untuk bulan febuari aku mungkin tak masuk apa2 acara larian disebabkan pada bulan febuari aku ada plan untuk pergi ke tasik kenyir untuk trip memancing dengan member sekolah aku dulu Acai… kalau ikut jadual larian aku, next event adalah Brooks Half Marathon yang akan diadakan di stadium bukit jalil

Tuesday, January 17, 2012

2011 – revisited


Goodbye

            2011 merupakan tahun yang bermakna buat aku… banyak perkara2 penting yang berlaku pada tahun 2011… antaranya, aku dah kurangkan aktiviti memancing… aku mula menyertai kejohanan larian… blog antupancing dah aktif semula, dari blog memancing menjadi blog pelari…. Aku dah settling down sebagai seorang trainer di tempat kerja aku… aku travel sampai ke hujung dunia (tangjung langsat) untuk menghadiri temuguda…. Hahahaaa…
            Yang paling aku nak imbas kembali adalah aktiviti larian aku… pada bulan mac aku mula bertanding dalam kejohanan larian dan kejohanan sulung aku adalah Larian Hari Wilayah Menjana Transformasi… sejak dari itu, setiap bulan aku menyertai kejohanan larian… acara yang paling unik aku sertai sepanjang 2011 adalah KL Tower Towerthon… pengalaman memanjat KL Tower pada waktu malam adalah amat menarik sekali… acara terbesar yang aku sertai adalah SCKLM 2011… berlari 10k bersama2 10000 pelari yang lain di tengah2 kuala lumpur… jarak terjauh dalam acara larian adalah sewaktu Men’s Health Night Run 2011, 12.3km (atau 13km mengikut data h/set aku)… Men’s Health merupakan larian malam aku yang pertama dan juga larian yang memberikan goodies bag yang terbaik iaitu pelbagai barangan yang bernilai lebih kurang rm300… Putrajaya pula adalah tempat yang paling jauh aku pergi untuk menyertai acara larian… acara yang paling fun aku sertai adalah larian KTM Komuter… walaupun tak mendapat apa2 pingat tetapi penganjur dapat menganjurkan temasya yang agak hebat… jumlah keseluruhan pingat penamat yang aku dapat collect sepanjang 2011 adalah 7 butir… this is my treasure… and I love it..
            Aktiviti larian juga telah memperkenal aku kepada beberapa perkara yang sebelum ni aku tak pernah tahu… aku mula memerhatikan kasut yang orang pakai dan pakaian yang orang pakai sewaktu larian terutama sewaktu sesi latihan aku di taman tasik titiwangsa dan metropolitan… kerana jenis kasut dan pakaian memberikan idea tahap kecenderungan seseorang terhadap aktiviti larian… lokasi2 utama aktiviti larian termasuk Dataran Merdeka, Padang Merbuk dan Putrajaya… website2 seperti PENONTON, HOOHA, MYRACEONLINE, THEMARATHONSHOP dan KLMARATHON adalah website2 yang wajib dilayari setiap kali melayari internet… tak ketinggalan setiap kali melewati kedai2 sukan, mesti singgah punya… jenama2 seperti ADIDAS, NIKE, BROOKS, NEWTON, MIZUNO, DIADORA, POWER, COMPRESSION, 2XU, GU, POWERBAR, DRYFIT, HYDRATION BELT menjadi pujaan hati…
            Secara keseluruhannya aku amat2 berpuas hati dan enjoy dengan aktiviti larian aku sepanjang 2011… 
Welcome

            Sekarang dah masuk 2012… harapan aku untuk tahun ni adalah… untuk terus kekal aktif dalam aktiviti larian… aku plan tahun ni aku mesti lari dalam acara 21k @ HM… aku target untuk lari HM sewaktu SCKLM 2012 yang mana pendaftarannya akan dibuka dihujung bulan jan ’12… aku nak daftar awal supaya dapat early bird fee, murah sikit… tahun ni juga aku nak tarik kengkawan aku supaya join aktiviti larian… dan buat masa ni dah ada 2-3 orang yang mula termakan racun aku… hahahaaa…. 2012 juga kau mulakan dengan menyertai acara MPIB run 2012 sejauh 12k…. race reportnya akan menyusul kemudian… semoga maju jaya tahun ni… adios…
GO… GO…. GO…. ANTUPANCING
Long Distance Runner (LDR)

Sunday, January 15, 2012

Race Report #10 (Malakoff 12km KL Race)


Dah nak masuk separuh bulan januari baru dapat nak post race report larian terakhir aku 2011... maaflah yea.... sibuk sikit dan internet pun buat hal
Tempat: Bukit Kiara Equestrian Resort
Kategori: Lelaki Terbuka 12km
Race kit: Running T-shirt, BIB (A0299), timing chip
Post-race: Finisher medal, E-Cert, Goodies bag
Tarikh & masa : 18 December 2011, 7.10am
                Acara penutup dan penamat untuk aktiviti larian tahun 2011. Larian tahunan yang dianjurkan oleh Malakoff seperti biasa diadakan di Bukit Kiara. Pemula dan penamat larian adalah di dalam kawasan Bukit Kiara Equestrian Resort. Larian yang sama juga dianjurkan oleh Malakoff di pulau pinang. Selepas mengharungi larian berbukit semasa Parkcity run, aku Berjaya sekali lagi menterjebakkan diri aku dalam larian yang berbukit… yang pasti aku akan menempuhi beberapa bukit dalam larian kali ini… aku tahu ada beberapa runner yang mengelakkan diri dari menyertai larian ini kerana tidak sanggup mengharungi litar yang berbukit bukau…. Hahahaaa, padan muka aku…
                REP collection dibuat di Athlete Circle di Jaya One, PJ… nak cari Jaya one tu senang je… tapi nak cari Athlete Circle kat dalam Jaya One tu berbelit jugak la… aku kira2 adela dalam 30min aku berlegar2 dalam kawasan Jaya One tu mencari Athlete Circle… aku perasan dalam masa yang sama ada orang lain gak mencari2 AC… tapi aku buat bodo jer… sebab kalau dia org tanya aku, buka aku tahu pun… pintu masuk ke AC pun tak berapa strategic… menghala ke kawasan parking… lepas amik REP, aku berlegar2 tengok barang dalam AC… tapi reganya boleh tahan la…. So, tengok je la…. Belinya jangan harap… sekali lagi aku dapat running t-shirt berwarna hijau… banyak betul running tee dengan vest warna hijua tahun ni, pakat apa….
gerbang mula dan tamat... jam 6.30pagi

                Pada hari kejohanan aku bangkit kul 4 pagi… lepas bersiap, dengan berbekalkan 2 pek GU gel dan sebotol air 100+ (yang diisi dalam botol NIKE)…. Aku pun kuar rumah dalam kul 5 pagi… aku kuar awal sebab nak try cari parking dekat2 bukit kiara equestrian… kalau tak aku kena parking kat desa sri hartamas dan naik bas ke bukit kiara equestrian… setibanya di kawasan bukit kiara, aku tengok ramai yang parking kat tepi jalan menghala ke pusat sains Negara… aku pun selit la kereta aku kat tepi jalan… lepas parking aku berjalan masuk ke dalam kawasan bukit kiara equestrian dan mencari surau untuk solat subuh… selepas solat, aku mempersiapkan diri dengan mengikat kasut, timing cip dan memakan sepeket GU gel… rasa macam nak muntah lak makan GU gel pepagi cam ni… lapas tu aku mula buat stretching… lepas stretching aku pusing kat kawasan mula sambil2 tengok orang… sebenarnya kau mencari 2 orang kawan dari opis aku yang kata nak masuk acara larian ni… tapi tak Nampak pun batang hidung….
                Menghampiri jam 7 pagi semua peserta 12km wanita mula berkumpul kerana mereka akan dilepaskan dahulu… dan pada jam 7.10pagi peserta lelaki 12km dilepaskan pula… aku berlari pada pace yang agak baik pada permulaan ini… keluar sahaja dari kawasan equestrian, terus jumpa bukit yang pertama… bukit yang pertama dan kedua aku dapat berlari dengan GAGAHnya… masuk bukit yang ke-3, aku Cuma mampu berlari sehingga separuh bukit…. Pastu berjalan sehingga ke puncak bukit, bila turun bukit baru aku mula berlari semula… sewaktu aku nak mula berlari baru la aku diberitahu yang untuk melengkapkan 12km, aku kena buat 2 pusingan di kawasan bukit damansara…. Bermakna aku akan tempuh 2kali setiap bukit…. PEHHHHH seksa… semasa min ke-26 peserta paling depan (orang Kenya rasanya) dah overlap aku, masa tu aku belum masuk lap yang ke-2 lagi…. Laju betul dia lari… masa sampai ke water station yang pertama aku tak berhenti pun sebab ramai sangat orang dan kena beratur untuk dapatkan air… nasib baik aku bawa botol air sendiri…. Water station yang kedua aku berhenti untuk ambil sepeket GU gel…
                Bahagian terakhir larian adalah sedikit mudah kerana menuruni bukit… aku bukak langkah panjang sebab nak kejar balik masa berjalan aku semasa mendaki bukit… turun dari bukit terus masuk kekawasan equestrian… aku menamatkan larian dengan masa yang agak baik… 1jam 26min… sebaik sahaja melintasi garisan penamat, aku terus menuju ke gerai Gatorade dengan sarapan nestle… tapi ramai sangat pulak yang beraturnya… so, aku terus ke tempat tempat untuk claim medal dan goodies bag… lepas tu boleh ambil sarapan, tapi macam biasa beratur panjang… aku lepas lari memang takde selera sangat, so aku skip ambil sarapan dan lepak kat tepi padang polo sambil minum 100+ yang aku bawa dan buat stretching down… sambil2 tu tengok orang2 main kuda… best gak kalau dapat naik kuda nih…
selesai sudah

                Selepas penat aku hilang… aku pergi balik untuk dapatkan sarapan nestle cereal dengn Gatorade… masa ni orang dah tak ramai beratur… selesai sarapan aku pun gerak balik… walaupun masa yang aku catatkan adalah baik, tetapi overall standing aku tak berapa ok… aku berada pada kedudukan yang ke-646 daripada 922 pelari dalam kategori aku… aku rasa event kali ni banyak fast runner yang masuk… ok, itulah event penutup 2011… entry selepas ni aku akan buat kesimpulan untuk semua aktiviti larian setahun aku…
running t-shirt dan medal



medal front view

medal rear view

BIB no antupancing

Wednesday, December 14, 2011

Race Report #9 (Parkcity Run 2011)


Tempat: Desa Parkcity
Kategori: Lelaki Senior 10km
Race kit: Running vest, BIB (C642), timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal, E-Cert
Tarikh & masa : 27 November 2011, 7.10am

           Ini merupakan race yang ke-8 untuk tahun ni… kali ini race ni diadakan di desa parkcity, kuala lumpur… desa parkcity ni merupakan salah satu kawasan kediaman yang baru dan agak elite… kawasannya memang terjaga dan mempunyai banyak kawalan keselamatan… boleh dikatakan semua pintu masuk ke kawasan ni mempunyai pintu berhalang yang dijaga oleh security…

           Untuk race kali ni, aku akan berlari sekali dengan ajat… oleh kerana aku bekerja, maka aku minta ajat pergi ambil REP pada hari jumaat… disebabkan aku Cuma membekalkan resit pembayaran pendaftaran sahaja, maka masa nak ambil REP jadi kelam kabut sedikit kerana tak tahu kategori larian… sebenarnya aku dan ajat berlari dalam 2 kategori yang berlainan… ajat kategori men’s junior dan aku men’s senior… hhuhhhuhu, dan rasa macam tua sangat rasanya… nasib baik Race Director Mr. Lauterdaux membantu… ajat kata berbelit lidah dia bercakap dengan Frenchman tu… Mr. Lauterdaux (kalau tak salah ejaan aku) adalah antara mereka yang terkenal dalam dunia marathon di Malaysia nih… dia dah menang banyak larian dan merupakan salah seorang jurulatih marathon masa SCKLM… dia merupakan seorang rakyat perancis yang bekerja di Malaysia… sewaktu mengambil REP, goodies bag terus diberi sekali… maknanya selepas larian takde goodis bag la…

           vest yang diberikan agak menarik jugak… tapi aku tak berapa minat dengan BIB yang diberikan kerana jenis stiker… masalah dengan BIB jenis ni adalah mudah tertanggal bila baju dah basah dengan peluh… aku pernah gunakan BIB jenis ni semasa larian FUN RUN yang dianjurkan oleh kilang tempat aku bekerja… boleh tengok race report#1… tapi aku rasa penganjur memang dah tahu masalah BIB macam ni sebab itu dia orang bagi sekali pin… kali ni aku akan berlari dengan running cap yang baru… running cap aku yang lama macam berat sikit lebih2 lagi bila dah basah dek peluh dan tidak ada pengudaraan yang cukup ke kepala aku yang membuat aku merasa panas dan tak selesa… running cap baru aku lebih ringan dan diperbuat dari material yang macam jarring yang membolehkan aliran udara yang lebih baik…
  
          Sabtu malam ahad, ajat datang bermalam kat rumah aku… kami plan sebelum kul 6 dah kuar rumah naik kereta… jarak parkcity dengan rumah aku takdela jauh sangat, aku budget dalam 30min dah boleh sampai… masa ajat ambil REP aku dah suruh dia rekon tempat nak parking kereta… sebab kat parkcity ni takleh nak suka2 parking kete, nanti boleh kena lock dan denda…
antupancing

ajat & seluar Breath

           Kami sampai ke parkcity dalam kul 6.30am dan parking di sportcentre parkcity… dari tempat parking kami kena berjalan lebih kurang 500m untuk sampai ke international school, tempat larian akan dilepaskan.. semasa sampai di international school dah ramai peserta yang sampai… kami mula buat senaman memanaskan badan dan regangan… sebelum pukul 7 ada sesi senamrobik dan sebelum pukul 7 peserta untuk kategori 5km diminta berkumpul kerana mereka akan dilepaskan terlebih dahulu… tepat jam 7 pagi, peserta 5km pun dilepaskan…
            Sebaik selepas peserta 5km dilepaskan, semua peserta 10km diminta berkumpul… seperti biasa, aku dengan ajat berada dalam area pertengahan kelompok pelari… tengah sebok2 tengok2 org kiri kanan, tetiba dengar bunyi hon, bermakna larian dah dilepaskan… selepas 2minit, aku dan ajat pun melintasi gerbang mula… bahagian pertama larian ni akan ada banyak kawasan berbukit… organizer dah bagitau awal2… so, berlari la aku naik turun bukit… aku berlari tanpa henti untuk 3km yang pertama, aku berhenti pun sebab dah sampai water station yang pertama… malangnya, water stationnya kecik sangat, sampai nak kena beratur ambil air… selepas water station ni aku terus berlari dengan pace yang agak baik… kawalan trafik sepanjang larian adalah baik, tapi macam biasala mesti ada pengguna jalan raya yang lain yang marah2 dan tak puas hati kerana jalan terpaksa ditutup untuk bagi ruang kepada runner…
menghampiri jarak 5km, yang mana ada bukit (nak panggil gunung pun bleh kot) yang amat tinggi sejauh 600m… sewaktu ni aku terpaksa membuat technical strategy, iaitu untuk power walk semasa MENDAKI dan berlari semasa menuruni bukit… ini untuk mengelakkan aku daripada keletihan dibahagian kedua larian… diatas bukit ada satu checkpoint mat yang perlu dilintasi oleh semua pelari… aku rasa ada diantara runner yang tak berlari melintasi checkpoint mat diatas bukit kerana ada runner yang ada result penamat tapi takde result checkpoint… ngelat la tuh… semasa menuruni bukit aku membuka langkah tetapi berhati2 supaya tidak mengenakan impact yang berlebihan kepada lutut… sewaktu menuruni bukit aku berselisih dengan ajat di pertengahan bukit… aku menjerit memberi kata2 semangat kat dia…
            Selepas dari bukit ni… keadaan trek adalah menurun bukit dan jalan yang rata… pace larian aku masih lagi baik… keadaan di water station 2 adalah juga lebih baik… aku berhenti minum dan mengambil sepeket GU gel… bila dah menghampiri KM yang terakhir, aku dikecewakan kerana terpaksa membuat U-turn baru dapat melintasi garisan penamat… aku tamatkan larian dengan langkah yang panjang dan larian yang laju… cuba untuk memperbaiki rekod larian 10km… waktu rasmi aku semasa melintasi garisan penamat adalah 1jam 11min… YES!!!, ini adalah PB aku, Berjaya memintas masa larian aku sewaktu SCKLM…
            Sebaik sahaja melintasi garisan penamat, aku diberikan medal penamat… larian kali ini penganjur menggunakan E-Certificate, ini bermakna sijil larian boleh di muat turun dari internet selepas larian berserta nama dan masa larian dicatat atas sijil… so, takdela terima sijil kosong lepas larian… oleh kerana larian kali ni aku tak bawa bersama2 air, maka lepas abis larian aku memang dahaga gile… aku masuk ke dalam kawasan sekolah untuk mencari air… aku dapati ada satu line yang amat panjang untuk mengambil cereal breakfast dan minuman Gatorade… oleh kerana aku ni memang tak minat nak beratur lama2, maka aku ambil keputusan untuk warming down dahulu sambil menunggu ajat menamatkan lariannya…
barangan dari parkcity


medal penamat
            
            Setelah beberapa kali aku mundar mandir kat kawasan penamat tu, tetiba aku Nampak ajat keluar dari kawasan sekolah dengan membawa cereal breakfast dan secawan Gatorade… rupanya dia sampai tak lama lepas aku sampai… masa dia 1jam 16min… lepas dia sampai, dia terus beratur ambil ceral breakfast dengan air Gatorade… kemudian kami beredar ke kawasan parking kereta di parkcity sportcentre… di kawasan parking aku buat stretching dan minum 100+ yang bawa dari rumah…
            Tak lama lepas tu kami pun gerak balik… tapi sbelum tu singgah dulu kat kedai mamak untuk sarapan pagi dan beli sarapan untuk orang2 kat rumah…

Sunday, December 11, 2011

Musim Tengkujuh

sorry dah lama tak post apa2... laptop buat hal... nak kena hantar servis... sekarang ni ada kat kuantan... cuti2 malaysia tergempar dan tak dirancang.... semalam seharian di bukit gambang water park... balik sahaja dari bukit gambang lebih kurang 4.30ptg.... hujan pun turun dan sampai sekarang (ahad, 11/12/2011, pukul 12.53t/hari) hujan masih belum berhenti.... macam ni la fenomena musim tengkujuh di pantai timur.... kalau berlanjutan boleh membawa kepada banjir.... untuk kenkawan di pantai timur mungkin dah biasa dengan keadaan ni... aku pun dah lama tak rasa hujan lama macam ni... dulu masa belajar kat UTM skudai ada sekali.... hujan tak henti2 beberapa hari sampai aku tak leh nak gi kuliah sebab semua pakaian aku dah basah... sidai pun tak kering...
          minggu depan aku ada running event.... MALAKOF 12k kuala lumpur yang akan berlangsung di bukit kiara.... sekali lagi aku berjaya melibatkan diri aku dalam perlumbaan yang melibatkan bukit yang mana pasti separuh jalan nanti aku akan mengenal erti sebenar penyesalan..... hahahahaa.... sekarang ni musim hujan... kalau minggu depan hujan gak macam ni.... double trouble la jawabnya.... hujan + bukit.... amikkawwww....
             race report untuk PARKCITY run dan siap... tapi tak sempat nak post.... nanti balik kl la baru post.... okeyyyy....