Saturday, September 19, 2009
balik kampung beraya (beraya Prapa Kampung)
dulu masa aku kecik2 kat kg... abg2 sedara aku yg besar2 sukar buat kacau masa pengumumam tarikh hari raya... mula2 dia org buat MUTE kan suara pakcik tu masa dia nak umum tarikh... so terpaksa la atuk aku pergi tanya kat org surau raya jatuh bila... bila tahun depan lak... atuk aku buat countermeasure, dia sendiri pegang remote control tv... abg2 sedara aku pergi offkan terus main switch... so bergelap la satu rumah... punya marah la atuk aku... tapi tahun tu TV pun buat countermeasure yang sama... dia org paparkan tarikh raya... aku rasa dia org pun pernah rasa kene pedajal macam nih heheheheee...
tahun ni aku balik beraya ke KUANTAN... so, aku nak cite kat sini la pengalaman manis aku balik beraya malam semalam... aku bertolak balik naik kelisa aku dari rumah kul 1.30pagi (lepas abis kemas rumah dan packing baju)... masuk aje mrr2 nak ke karak dah sangkut jem... ya, ALLAH, sabar je aku... bayangkanlah... dari kul 1.40pagi bertolak... aku dapat masuk highway pantai timur kul 4.30pagi... 3jam mengensot dari gombak ke karak... mula2 cadang nak bersahur kat kg... dah jadi macam ni aku bersahur kat tepi jalan jer... itupun makan jambu potong singgit... nasib baik mengenang kan raya dah dekat... kalau tidak takdo la pakcik nak susah2 cam nih... duduk umah tido ado gak pakedahnyo...
nih gamba aku ambik dari dalam kete masa jem tuh... CD yang aku main pun sampai dah 2-3 kali ulang...
Thursday, September 17, 2009
Trip ramadhan (reis Ramadhan)
Saturday, September 12, 2009
Pilatus terhempas, 2 juruterbang maut
alamak... sedih sungguh aku baca pasal berita nih... kalau pilot kita terbunuh dalam pentempuran ok la gak... ni masa aman pun bole jadik camni... apa cite, tolong la kementerian pertahana dengan air force... tolon la check balik semua equipment kite supaya kejadian yang sama x berulang... al-fatihan aku sedekahkan buat yg terkorban dan takziah buat keluarga arwah...
berita ni aku petik dari utusan malaysia
utusankedah@utusan.com.my
![]() |
| Keadaan pesawat Pilatus PC-7 yang terhempas di lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, yang mengorbankan dua nyawa, semalam. |
LANGKAWI 11 Sept. – Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar maut apabila pesawat Pilatus PC-7 yang mereka naiki terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.
Kedua-dua juruterbang tersebut dikenali sebagai Mejar Mohd. Rozaini Mohd. Mustafa, 37, dan Mejar Mohd. Zulkifli Hasan, 38. Kedua-dua mereka berkhidmat di pangkalan TUDM Kepala Batas, Alor Setar.
Kejadian berlaku ketika juruterbang berkenaan cuba mendaratkan pesawat tersebut di landasan lapangan terbang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan TUDM Kepala Batas dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan di lapangan terbang tersebut sebelum terbakar.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Langkawi, Ishak Hashim berkata, empat jentera bersama 15 anggota bomba berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat pada pukul 12.50 tengah hari.
Menurut beliau, ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua juruterbang yang lengkap beruniform masih berada di tempat duduk masing-masing.
‘‘Anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua juruterbang tersebut dari pesawat kira-kira pukul 1.20 petang dan terus dibawa ke Hospital Langkawi,’’ kata beliau.
Bagaimanapun, punca kemalangan itu masih disiasat.
Thursday, September 10, 2009
my fish
So aku dah buat beberapa research dalam internet item2 mod (modification) yang boleh aku buat kat standard fish aku… tak nak la bikin dasat2 sangat… sekadar dapat up sikit performance jadik la… sekarang nih rasa cam dah semput sikit, maklumla dah dekat 5 taun dah… antaranya
1. Pakai spark plug teknologi terkini – iridium denso @ NGK
2. High flow air filter (washable) drop-in @ open pod – K&N @ simota
3. Up-grade ekzos sytem (extractor+bullet+muffler+piping 1.5” @ 1.4”) – marco
4. Power stabilizer – pivot raizin
5. Belum terfikir lagi…..
Yang penting item2 kat atas nih ada dalam lingkungan budjet aku… so, sekarang nih aku tgh berkira2 harga barang dengan budjet yang ada… aku rasa yang first aku nak buat ganti spark plug… iridium spark plug nih boleh up power, jimatkan minyak pastu tahan lama… setahun pun ok lagi… rasanya macam pelaburan yang menguntungkan… heheheeee
Dalam masa yang sama teringin gak nak up-grade peralatan perang aku… tapi tunggula hujung tahun nanti bila aku balik kuantan… kat sana boleh carik barang murah sikit… plan nak carik mesin baru… kalau nak cun brand shimano… baru matching dengan joran aku… hehhehee… bestnya berangan…
untuk pengetahuan korang... gambar2 kat atas tu bukan gambar kete aku...tu gambar aku cilok dari dalam internet... gambar kete aku aku dah ambil dah tapi mana tah aku letak... malas la nak ambik yang baru... hehehheee
Tuesday, September 1, 2009
Suka-suka mangkau
Thursday, August 27, 2009
ramadhan 2009
Salam dan selamat bertemu semula didalam bulan yang tersangat mulia ini… aku rasa hampir kebanyakkan blogger2 muslim pasti ada menulis sesuatu mengenai ramdhan dalam blog memasing… so aku pun tak nak ketinggalan la dari mencoret sesuatu mengenai ramadhan…
Bagi aku… ramadhan ni adalah bulan untuk kesederhanaan… ibadah puasa yang kita buat ni menuntut kita supaya berserdahana… sebab dalam berpuasa kita tak boleh berlebih-lebihan kerana ia boleh mengurangkan pahala… ini merangkupi segala dalam ibadah puasa ni… tak kirala di waktu sahur ke, waktu berpuasa ke dan waktu berbuka… kalau kita tengok dalam ruang lingkup yang lebih luas pun sama gak… keserdahanaan ini di tuntut tak kira diwaktu awal ramadhan, dipertengahan ramadhan atau bila nak dekat2 raya nanti… (puasa baru masuk hari ke 6 dah mula ingat nak raya)
So, bagi aku… berpuasa ni memang membawa pelbagai cabaran… dari nak bangun bersahur, pas sahur baru nak lelap mata azan subuh dah berkumandang… waktu pagi, tengah hari dan petang di pejabat yang mana selalunya diisi dengan aktiviti meeting dan eating… dan apabila nak berbuka nanti… kalau pegi bazar ramadhan tu kalau boleh semua nak angkut balik… bak kata orang tua aku… bawak tali la, boleh tarik bazar ramadhan tu balik umah… dan bila malam menjelang dan perut pun dah mula membuncit (mentedarah punya pasal)… ada ibadah2 yang wajib dan sunat dituntut… tapi masalahnya nak menyempurnakan ibadah tu sebab ‘hongeh’ sangat (terutama magrib)
So bulan pose ni tak tahu la aku nak buat trip memancing ke idak… sebab banyak tu cabarannya… kalau gi mancing siang… panas… gi mancing malam… nak gi terawih, pastu perut dah kenyang nak kuar pun malas… kalau ada nanti aku ceritakan
So, SeLaMaT BeRpUaSa
Thursday, August 20, 2009
trip kelah
Objektif: Memancing kelah dan bawa balik idup2 untuk isi dalam akuarium ayah aku
Lokasi: sebuah sungai yang tak tahu namanya tapi kat jalan lama dari batang kali ke genting
Laporan penuh:
Trip ni sebenarnya dah lama dah diplan… asalnya idea dari adik aku yang duduk kat shah alam tu… setelah sampai hari yang dijanjikan, tetibalak adik aku x leh ikut sebab dia kene keje… tapi trip tetap diteruskan walaupun ahli yang tinggal Cuma aku dengan ayah aku jer… so kami plan untuk pergi pada sebelah petang sebab belah pagi aku ada urusan kerajaan… so, bila t/hari tu aku sampai umah ayah aku… cuacanya macam nak ujan jer… tapi aku dengan ayah aku gerak gak, manalah tahu bila sampai sana x ujan ker (semangat giler)… seperti yang dijangkakan on the way ujan toron… tapi memang nasib baik la… sampai je kat lokasi memancing, ujan pun berhenti… sebelum sampai ke sungai, kami singgah kat ladang kelapa sawit untuk kutip umpan (buah sawit masak)… port kami memancing tu memang cun la… kalau nak buat tempat berkelah pun boleh, tapi airnya agak laju la… pastu ada beberapa lubuk yang sangat berpotensi… so, ayah aku pun pilih satu lubok yang agak tinggi… kami memancing dari tebing lubok yang ketinggiannya lebih kurang 3meter… memang agak mengerunkan la… menurut ayah aku, sekarang ni bukan musin hujan, kalau musim ujan tempat yang kami mancing memang dah tenggelam la… so ayah aku pun prepare umpan, hirisan buat sawit… aku pun mula la memancing kat kawasan2 jeram tu… susah jugak memancing kat kawasan jeram ni sebab mata mudah sangkut kat batu… setelah mancing hampir sejam, tetiba pancing aku yang aku letak kat atas batu tu bergerak… memula aku ingat sebab arus yang tarik… lapas aku gulung tali, tengok2 ada anak kelah kat ujung mata kail aku… so, itulah hasil tunggal untuk trip kali ni… kami bergerak balik bila dah menjelang petang sebab x nak sangkut dalam utan ni bila dah gelap… dan anak kelah tu pun dah menjadi penghuni tetap akuarium ayah aku…



